"Seriously?"
Hanya sepatah perkataan yang dijawab Lily. Tetapi nada suaranya menunjukkan betapa terujanya dia.
Haaya tersenyum dengan telefon yang terlekap di telinga. Penat dia menunggu Damien sehingga malam sebegini hanya untuk meminjam telefon. Nak call mummy Lily. Kalau pakai telefon dia sendiri untuk buat call ke Malaysia, alamatnya menangis tepi bucu katil nak bayar bil.
"Betul, mummy. Alex kata dia nak balik.", lembut suara Haaya menjelaskan.
Bunyi nafas tersekat kedengaran sebelum suara Lily muncul semula di talian.
"T-thank God, Haaya. After all these years, dia nak juga balik. Thank you, Haaya. Thank you so so so much.", suara Lily yang mula tenggelam dengan tangisannya sendiri membuatkan Haaya sendiri terasa sebak.
Ibu mana yang tak sayangkan anak. Tapi Lily tersepit antara anak dan suami. Nak kejar anak yang menghilang tapi pada masa yang sama kena memujuk suami yang ditelan api kemarahan. Dia tersepit. Serba salah.
"Don't thank me, mummy. Alex memang rindukan mummy cuma dia teragak-agak nak balik sebab uncle. Mummy cubalah pujuk dia, ya?"
"Mummy akan cuba sedaya upaya. Before this, mummy tak fight sekuat hati demi Alex. Kali ni, mummy takkan mengalah.", suara Lily kedengaran determined.
Panggilan ditamatkan dengan mummy yang mengirim salam sayang dan pesanan untuk Alexandra. Yang dia sendiri akan menunggu di airport sebaik sahaja mereka tiba nanti. Menunggu anak perempuan yang sudah tiga tahun tidak berjumpa. Setakat Skype, rindunya tidak terluah.
Damien duduk berhadapan dengan Haaya yang berdiri di depan kaunter dapur.
"She is coming?"
Anggukan Haaya membuatkan Damien rasa dadanya lapang. Ini satu langkah penting sebelum daddy dan Alex boleh berbaik semula. Keluarga tetap keluarga in the end. Takkan ada yang boleh mengubah hakikat itu.
"Awak dah beli tiket flight?"
"Dah. Awal-awal lagi saya dah beli untuk kita bertiga.", Damien menyengih.
"Amboi? Yakinnya Alex nak ikut balik?", ujar Haaya sambil mengacau air tehnya. Satu mug teh diberikan kepada Damien.
"Thanks.", jawab Damien dengan sengihan yang masih tersisa sebelum menyambung, "I put my trust on you. Awak je yang boleh lembutkan hati Alex macam petik jari je."
Dia sendiri tak tahu apa jenis magik yang Haaya ada. Mummy sendiri tak mampu nak lembutkan hati Alex. Tetapi dengan Haaya, Alex mudah lembut. Dan dia sentiasa bersyukur untuk itu.
"Well, thanks. Bila kita balik?"
"Dalam dua hari lagi. Sebab besok saya ada kerja sikit. Last one, I promise.", Damien mengangkat tangan tanda janji bila Haaya mencerunkan matanya.
"Janji?"
"I cross my heart."
Haaya mengangguk.
"Bukannya apa. Awak ni busy betul sejak kita sampai ke sini. Ye, saya tahu awak nak yang the best untuk business tapi kesihatan kena jaga juga. Ingat tu.", lembut Haaya menasihatkan. Ini bukan bebelan ya. Kalau bebelan, takdenya Damien tersenyum mendengar kata-katanya.
"I know, I know. And I'm sorry. Truly. Sepatutnya saya yang bawa awak jalan-jalan sekitar sini tapi in the end, Razin took the honor.", nada cemburu Damien disertai dengan nada tak puas hati. Dia nak bawa Haaya jalan-jalan juga!
Haaya ketawa mendengar komen Damien. Still tak puas hati dengan hal tu?
"Bila awak free pulak, awak lah bawa saya jalan-jalan.", cadang Haaya. Yelah, sebelum nak balik ni kan.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...