Chapter 36

1.3K 81 4
                                    

Damien mengeluh perlahan bila melihat orang suruhan Mary lalu lalang.

Ke mana sahaja dia pergi, mereka pasti ada. Itu pun dia perasan selepas diberitahu oleh Syukri. Kalau Syukri tak bagitahu, memang dia ingat orang awam biasa sepertinya sahaja.

Di tempat umum sebegini pun, mereka masih mengekori dia dan Syukri. Tak aman betul.

Tak guna betul. Tak sangka Mary boleh bertukar menjadi seseorang yang sekejam ini. Nyawa Haaya jadi taruhan. Mana mungkin dia ambil risiko.

Setiap hari ada sahaja majlis yang akan dihadiri olehnya. Atas arahan Mary. Kalau dia tak mahu ikut, Haaya akan jadi mangsa.

Haih. Kasihan Haaya. Dia tak bersalah dalam hal ini.

"Kenapa mengeluh ni bos?", ujar Syukri yang baru saja keluar dari tandas.

"Lamanya dalam toilet. Call awek ke?", Damien buat lawak hambar.

Tengok. Nak buat lawak pun rasa tak best.

Syukri menyengih dan mendekatkan badannya ke arah Damien.

"Saya hubungi seseorang untuk bantuan.", Syukri ketawa tanpa sebab.

Damien merasakan ada sesuatu yang dirancang oleh Syukri. Dia ikut saja ketawa.

"Kenapa ayat you formal semacam dan kenapa kena gelak?", soal Damien. Masih buat muka pura-pura kelakar seperti Syukri.

"Saya nak tengok dia orang ada bagi apa-apa reaksi tak. Lagipun kawan saya cakap cuba berbahasa Melayu sepenuhnya jadi mereka tak boleh tangkap sangat apa kita nak cakap.", Syukri menyengih.

Matanya mengerling ke arah orang suruhan Mary yang terdekat. Hmph. Betul kata-kata kawannya. Orang suruhan Mary ni semuanya tak fokus setelah sebegitu lama mengikuti mereka berdua.

Mereka berdua pun tak buat apa-apa cubaan untuk meminta bantuan. Mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu. Mereka perlu bertindak diluar jangkaan.

"Betul apa kawan saya cakap. Orang suruhan pencinta bos tu semuanya tak fokus. Yang paling dekat dengan kita ni, tengok tu. Main game.", Syukri menjulingkan matanya ke atas.

Nampak macam gengster. Tapi hmph, gengster mengecewakan.

Damien berkerut mendengar kata-kata Syukri. Kawan?

"Saya minta bantuan daripada orang yang paling saya tak jangka akan minta tolong.", Syukri senyum.

"Siapa?", soal Damien.

"Kita balik rumah dulu, then kita bincang."

"Eh, selamat ke nak bincang kat rumah?", Damien risau.

Kali terakhir mereka bercakap soal nak cari plan untuk menyelamatkan diri daripada Mary, dia disoal siasat oleh Mary sendiri keesokan harinya.

Tekaan dia mengatakan Mary mungkin meletakkan pepijat elektronik untuk mengintip perbualan mereka.

Sebab itulah dia rasa ekstra penat. Penat nak berjaga-jaga dalam setiap tingkah lakunya. Nak hubungi keluarganya pun tak boleh. Sebab dia akan diintip. Dia tak mahu membahayakan keluarganya.

Nak hubungi Haaya? Lagilah tak boleh. Cuba lah sebut nama Haaya depan Mary. Perempuan psiko itu akan mengamuk semahunya. Kali terakhir dia menyebut nama Haaya, gelas melayang terbang ke kepalanya. Nasib baik sempat elak.

Kecut perutnya. Mary tak ubah seperti orang gila yang nampak normal pada luarannya.

Hah, baru sebut. Orangnya sudah sampai. Sudah lah datang mencari setiap tiga jam. Gila betul.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now