Ambil nafas.
Lepas.
Ambil lagi nafas.
Lepas.
Okey.
Haaya memandang tepat wajah Damien yang menunggu dia bercakap. Tanya dia pasal wanita seksi tadi, Haaya! Jangan segan-segan. Kau cuma nak tahu je. Kan?
"Nak pergi makan tak lepas ni? Lapar lah pulak."
Aiseh. Lain pulak yang keluar dari mulut aku. Tapi aku memang lapar pun.
Haaya buat muka kasihan.
Tapi tak payah buat muka kasihan pun, Damien akan buat apa saja untuk dia. Cuma Haaya je yang tak sedar akan hakikat itu.
"Takde masalah. Tapi.. Sebenarnya ada benda lain saya nak cakap dengan awak."
Haaya mengangguk perlahan. Okay.
"Tapi bagi saya sepuluh minit boleh? Nak check dokumen ni. Sikit je lagi.", Damien menyengih bila Haaya menggelengkan kepalanya.
"Okey lah. Buat lah kerja awak dulu. Saya tunggu."
Phone ditangan dibuka. Mencari apps kegemarannya. Twitter.
Sepuluh minit yang dipinta Damien terlajak menjadi dua puluh minit dan Haaya langsung tak sedar sehinggalah Damien berdehem.
Damien yang merenungnya dipandang dengan muka blur sebelum dia teringat. Eh, dah lebih masa ni.
"Dah lebih masa ni. Kata tadi sepuluh minit je?"
"Saya dah habis check lama dah. Awak khusyuk sangat dengan phone. Saya tak nak ganggu awak. Hari mesti busy kan sebab WhatsApp awak pun last seen pagi tadi."
Haaya senyum. Sikap bertimbang rasa Damien adalah antara perkara yang paling dia senangi tentang Damien. Yang paling dia tak gemar? Bila Damien mula memuji diri sendiri. Walaupun pujiannya adalah benda yang betul, dia tetap menyampah. Huh.
"Okey, apa awak nak cakap dengan saya tadi?"
Damien yang tiba-tiba bangun dan memakai semula kotnya membuatkan Haaya terpinga-pinga. Kata nak ada benda nak cerita. Ni nak ke mana pulak kemas-kemas ni?
Damien menghulurkan lengannya sebaik sahaja dia sampai disebelah Haaya.
"Jom, kita bercerita over dinner?"
Haaya bangun tanpa memaut pelawaan lengan Damien. Tak nak dia pegang anak teruna mummy tanpa alasan.
"Ni muka macam proud brother tiba-tiba ni kenapa?", berkerut dahi Haaya.
Bila dia tak memaut lengan Damien, wajah Damien tidak nampak terkilan ataupun terasa tapi sebaliknya. Dia nampak bangga. Motif?
"I'm proud of you sebab awak takkan pernah pegang lelaki tanpa sebab langsung. Dulu macam tu. Sekarang pun still sama. Tetap pendirian. I like that about you.", Damien mengenyitkan matanya.
Tiba-tiba dia terasa nak uji pendirian Haaya yang satu itu. Dan betul tekaannya. Pendirian Haaya masih sama.
Melilau mata Haaya melihat ke sekeliling restoran yang dibawa oleh Damien. Dekorasi dia memang lain dari yang lain. Ramai pelanggan tapi suasananya tenang dan tiada bunyi bingit orang bergelak sakan. Hmm, maybe rules dekat sini adalah jangan bising-bising kut?
"Restoran ni memang macam ni. Even ramai orang, awak takkan dengar bunyi bising ke apa. Rules dia memang macam tu. Makan dengan tenang. No kalut-kalut."
Haaya ketawa tanpa suara mendengar ayat Damien. No kalut-kalut.
Eh, kenapa aku gelak takde bunyi pulak ni? Fuh, semacam restoran ni. Ter-automatik ikut peraturan.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...