Chapter 34

1.4K 74 0
                                    

Damien POV

"Haaya!"

Panggilannya sia-sia kerana pintu lif sudah tertutup. Damien berkerut. Takut Haaya fikir lain. Hati saya betul-betul untuk awak je, Haaya.

"She's Haaya? That Haaya?", soal Mary dengan wajah tak percaya.

Damien mengangguk laju. Langkah diteruskan ke pejabat. Hatinya tak tenang. Sungguh dia risau jika Haaya fikir bukan-bukan.

Mary mengikuti langkah panjang Damien selaju yang boleh tetapi tetap tertinggal beberapa langkah kebelakang. Panjang sangat lah kaki dia ni.

Damien terus duduk di atas kerusinya dan mula menaip sesuatu di dalam telefon. Wajahnya serius.

Mary mengambil tempat di hadapan Damien dengan muka tak puas hati.

"So she's that Haaya? The one you kept on saying when we were dating?", Mary berkerut.

Biasa je orangnya. Ingatkan lawa sangat. Apa entah yang istimewa sangat sampai Damien tak pernah berhenti sebut namanya. Sikit-sikit Haaya.

"Yes, she's the one.", jawab Damien ringkas.

Mary mendengus. Menyampah. Sejak zaman mereka bercinta lagi, nama Haaya tak pernah lekang daripada bibir Damien. Setiap masa dan saat. Sehinggakan dia juga hairan. Siapakah kekasih Damien sebenarnya? Dia atau Haaya.

Damien akhirnya senyum lega bila Haaya membalas mesejnya. Perhatian dialih ke arah Mary yang menunggu dia. Sebaik sahaja matanya memandang Mary, senyuman lebar dihadiahkan wanita itu buatnya.

"I thought you're based in London?", soal Damien.

"Yes but currently we have a collaboration here with all Asean artist. Just a part of my new campaign.", Mary masih senyum.

Damien mengangguk.

"I haven't met you in ages, Damien. Don't you miss me?", suara Mary menggoda.

Wajah Damien masih biasa. Hanya tersenyum nipis.

"You got husband. Takkan lah I nak rindukan isteri orang.", ujar Damien.

Gila ke apa nak main rindu-rindu isteri orang? Lagipun, I got Haaya.

Riak wajah Mary yang berubah sedih membuatkan Damien tertanya-tanya. Aku ada salah cakap ke?

"Actually, my husband died last year."

Mata Damien terbeliak mendengar kata-kata Mary.

Meninggal? Bila? Kenapa dia tak tahu pun? Walaupun dia dan Mary sudah menjadi sejarah, sekali sekala berita tentang wanita ini akan sampainke pengetahuan dia. Mereka mempunyai kenalan yang sama. Jadi, pelik bila dia tak tahu menahu langsung.

"I'm sorry to hear that."

Mary menggeleng kepala.

"It's okay. I'm fine now. Susah I nak terima kenyataan at first. He was the love of my life.", mata Mary berair sedikit.

Damien bangun dan menghampiri Mary sebelum menghulurkan kotak tisu.

"Always a gentleman.", puji Mary dengan senyuman.

Damien hanya mengangkat bahu. Tangan disilang dan dia merehatkan badannya di bucu meja.

"You okay?", soal Damien.

"I will be more okay if you temankan I ke function tu nanti?.", Mary mencuba nasib.

Function yang melibatkan companynya juga.

"Okay.", ringkas jawapan Damien.

Wajah Mary bertukar teruja. Sungguh teruja.

"Seriously? Oh God!"

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now