Chapter 51

5.3K 123 26
                                    

"Sah!"

Perasaan nervous tadi hilang sebaik sahaja lafaznya disahkan oleh semua orang yang terbabit. Diganti dengan perasaan penuh rasa syukur yang tak terhingga.

Akhirnya.

Ya Allah, akhirnya.

Akhirnya, aku dah jadi suami kepada wanita yang aku sayang sejak bertahun lamanya.

Tangan diangkat mengaminkan doa. Mata dipejam menghayati doa yang dibaca dan perasaan yang mula memenuhi dada.

Syukri menyinggung bahu bosnya yang tidak berganjak walaupun doa sudah beberapa saat dah habis.

"Bos, tak nak kiss the bride ke?", bisik Syukri dalam gurauan.

Damien menahan senyum.

Itu boleh buat sepanjang hidupnya. Apa ada hal, kan?

Perlahan tetapi pasti, Haaya dihampiri. Dia dapat melihat sisa-sisa air mata daripada mereka yang berada di sekeliling Haaya.

Mummy. Mak. Alex. Ajeerah dan Jo. Dan juga Afzan.

Tak sangka budak ni boleh termenangis juga rupanya.

Haaya mengangkat muka bila Damien mendekat.

Damien tersenyum lembut bila melihat mata Haaya yang juga basah. Moganya itu air mata bahagia.

"Assalamualaikum, my wife.", perlahan suara Damien. Hanya dapat didengari mereka berdua setelah pengiring Haaya memberikan sedikit ruang.

Senyuman yang muncul dibibir Haaya menambahkan lagi perasaan bahagia di hati Damien.

"Waalaikumussalam, Encik Kim."

Balasan daripada Haaya membuatkan Damien ketawa kecil.

Damien menghulurkan tangannya sebelum disambut oleh Haaya tanpa rasa ragu-ragu. Cincin disarung ke jari Haaya yang muat dengan jayanya sebelum Haaya bersalam dengannya. Buat kali pertamanya. Sebagai suami isteri yang sah.

Bibir Damien membaca doa yang perlu sebelum singgah di dahi Haaya. Lama.

Menghayati tanggungjawab yang digalasnya sekarang dan selamanya, Inshaa Allah.

Majlis akad nikah berjalan dengan lancarnya dan dipermudahkan. Tiada isu yang boleh membuatkan sesiapa pening kepala nak handle.

Sejak dari tadi juga, tangan Haaya tidak pernah lepas daripada genggaman Damien. Sentiasa erat.

"Tak nak makan ke? Mak tak nampak pun korang berdua makan?", soal Ameena sebaik sahaja tetamu terakhir pulang.

"Nak, nak. Tapi ni ha, Damien ni.", Haaya menunjuk kepada jemari mereka yang bersambung.

Tak nak lepas aku langsung lepas habis akad tadi. Kut iye pun. Bukannya aku nak lari ke mana. Tapi rasa kelakar pun ada juga. Sayang betul eh Damien kat aku. Hahaha.

"Awak dah lapar ke? Kenapa tak cakap?", ujar Damien.

Dia punya lah gembira Haaya sudah menjadi miliknya sampai lupa akan perut masing-masing.

Perut Haaya berbunyi memberi tanda.

Damien ketawa mendengarnya. Haaya mula membesarkan matanya. Memberikan isyarat mata 'Kan dah cakap, lapar'.

Ameena ketawa kecil.

"Hah, pergilah makan dulu. Lauk pauk semua ada dekat dapur. Yang dekat luar dah habis. Nanti join kami semua kat depan tau. Bincang pasal esok.", Ameena memberikan arahan.

Haaya dan Damien mengangguk dengan sengihan.

"Awak nak makan apa?", Haaya bertanya.

Matanya memandang lauk-pauk yang tinggal. Memandangkan majlis nikah ni dibuat kecil-kecilan dan hanya tetamu yang betul-betul penting dan terdekat sahaja dijemput, ibunya memutuskan untuk masak semua menu sendiri. Puas hati katanya.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now