Pintu bilik pejabat Haaya diketuk sebelum dibuka tanpa menunggu jawapan. Rasa teruja nak menyampaikan berita tentang projek kerjasama mereka yang akhirnya lulus.
"Hey, baby!", suara Alex ceria menyapa.
Tetapi apa yang dilihat membuatkan dia terhenti seketika.
Haaya dan Damien masing-masing berwajah serius. Nampak macam tengah berbincang masalah negara. Siap dengan pakej berkerut lagi.
"Erm, guys? Am I interrupting something?", Alexandra bingung.
Haaya mengangkat wajah. Jam di dinding dipandang sebelum menepuk dahinya.
"Dah masuk waktu office ke?", Haaya rasa serba salah.
Ni namanya gunakan waktu pejabat untuk hal peribadi ni. Sejak balik lunch tadi, mereka berdua bergabung idea untuk membantu Alia. Apatah lagi bila cerita Alia disahkan betul oleh orang-orang Damien.
Razin memang hilang!
"Sorry, sister. We were just lost in thought.", Damien sengih nipis.
Alex berpeluk tubuh. Menyandarkan badan di meja Haaya dengan muka penuh rasa ingin tahu.
"Share with me?", soal Alex.
Haaya memandang Damien dengan muka ragu-ragu. Damien mengangguk. Memberi isyarat mata saja. Haaya berkerut dengan muka tak pasti tetapi Damien membalas dengan senyum dan anggukan.
Alex hanya memandang pertukaran bahasa senyap mereka dengan senyuman. Kelakar pulak rasanya.
"Okay lah! Cerita dia macam ni.", Haaya membuka cerita.
Alex sengih suka sebelum pantas mengambil tempat duduk disebelah Damien.
Satu persatu diceritakan. Haaya cuba meringkaskan cerita tetapi dengan maklumat yang padat.
"Astaghfirullahalazim.. Seriously? Razin?", nada suara Alex penuh dengan rasa terkejut.
Haaya dan Damien mengangguk serentak.
"I even checked it with my guys. Cerita ni betul.", Damien serius.
Untuk keselamatan Haaya, dia meminta orang-orangnya mengikuti semua orang yang bakal mendatangkan bahaya kepada Haaya. Dan Alia adalah salah seorang daripadanya.
"So macam mana sekarang??", Alex bersimpati akan Alia.
Untuk jadi ibu tunggal dalam waktu macam ni adalah agak susah. Apatah lagi nak membesarkan anak sendirian. Tambah pula pekerjaaan Alia sebagai seorang pramugari. Bukan ke kerja tu mementingkan penampilan? Macam mana nak kerja bila perut mula membesar?
"Yang pertama, kita kena cari Razin.", ujar Haaya. Muka geram.
Tak guna betul. Dah pandai sebarkan benih kau pada orang lain, pandai lah bertanggungjawab. Tahu nak seronok je.
"Then?", soal Alex lagi.
"Nak tak nak, kita kena bagitahu Pakcik Soleh.", Damien bersuara.
Tak dapat nak dibayangkan apa perasaan Pakcik Soleh bila dia tahu pasal ni nanti. Banyak masalah yang anaknya ini sudah buat. Apa je lagi masalah yang dia buat agaknya.
* * *
Kunjungan mereka ke rumah Pakcik Soleh kali ini macam menempah maut pun ada.
Tergamam Haaya bila melihat banyak kereta diparkir di laman rumah Pakcik Soleh.
"Jangan cakap..", Haaya berjeda.
"Alex rasa adik beradik Razin semua balik lah.", Alex buat muka ngeri.
Damien diam tak bergerak.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...