Setiap kali keluar sekali, mesti terserempak dengan ex dia. Penat aku macam ni.
Kut iya pun aku takde harapan untuk mengharapkan persahabatan ni bertukar kepada something else, takkan lah nak bagi hati ni berdarah setiap kali jumpa ex dia?
Dah lah semuanya lawa-lawa pulak tu. Takde ke yang biasa je? Haih..Johanna mengangkat muka dari buku yang dibacanya. Untuk kesekian kali dia mendengar Haaya mengeluh sejak pulang dari mall dengan Damien.
Apa yang tak kena?
"Mengeluh je ni? Tak best ke date tadi?"
Mendengar komen Jo, Haaya mengeluh lagi.
Kali ini Jo duduk tegak. Menumpukan perhatian kepada Haaya yang berwajah muram.
"Apa yang jadi sebenarnya?"
Berbelah bahagi nak bagi tahu.
"Terjumpa dengan ex dia lagi. Ey, scratch that. She basically ambushed him. Macam drama petang-petang tu pulak rasanya. Siap kata nak get back. Then keluar cerita yang dia dah kahwin pun sebenarnya. Belum lagi part aku macam biasalah jadi 'girlfriend' Damien. Dengan semua mata fokus on them lagi. Ended by that girl blah dengan bunyi mendengus macam kuda. Seriously. Gila."
Mata Jo terbeliak. Macam menarik. Kenapalah dia kena ikut abangnya keluar pulak tadi.
Cis. Melepas nak tengok drama live.
"Sebab tu ke kau nampak muram je?"
"Maybe. I.. I don't know. Aku rasa perasaan aku bercampur baur sekarang ni. Patut ke aku rasa macam ni?"
Johanna membetulkan letak cermin mata.
"Perasaan macam mana tu?", soal Jo.
Haaya menghela nafas berat.
"Aku rasa.. Maybe perasaan aku untuk Damien is still damn here."
Beberapa tahun sebelumnya...
"Kau serius lah?", Haaya menggaru kepala yang tiba-tiba gatal.
"Serius lah ni. Bila lagi kau nak bagitahu?", Ajeerah menjawab.
Apa yang Ajeerah cadangkan mungkin boleh menyebabkan friendship dia dan Damien terganggu. Kalau tak terima macam mana??
"Kau bagitahu je dulu. Fikir kemudian. Lagipun daripada apa yang aku nampak, Damien pun sukakan kau."
Bersungguh-sungguh Ajeerah memberi komen. Tapi hati Haaya masih berbelah bahagi.
"Haaya, ini tahun terakhir dia tau. Lepas ni ke mana entah dia pergi. Jadi apa salahnya."
Betul juga. Tahun ini adalah tahun terakhir Damien di sekolah ini. Manakala dia masih ada dua tahun tersisa lagi. Now or never, Haaya.
Tanpa berfikir lebih dalam, Haaya mula melangkah menuju ke bangunan yang menempatkan kelas pelajar tingkatan lima.
Bangunan itu sepi sahaja memandangkan hampir kesemua pelajar berada dipadang ketika ini. Hari sukan sekolah. Dia dapat tahu yang Damien baru sahaja kembali ke kelas untuk mengambil sesuatu. Nasib baik dia terserempak dengan classmates Damien.
Senyuman nervous muncul dibibir Haaya tanpa dipinta.
Matanya nampak Damien yang sedang memakai kasut. Ready untuk keluar ke padang semula.
Jantung Haaya terasa berdegup lebih kencang daripada biasa. Ni macam dah berdegup lebih kencang daripada biasa ni. Kalah heartbeat masa berlari 100m tadi ni.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...