Chapter 20

1.5K 81 1
                                    

A-a-apa??

Mata Haaya terkerdip-kerdip.

Aku salah dengar ke? Tak mungkin.

"Saya betul-betul sukakan awak. More than a friend and not as sister, definitely."

Lembut dan yakin suara Damien membuatkan lutut Haaya terasa longgar sekejap.

Oh no. Mau jatuh terjelepuk aku dekat sini. Damien suka aku? Damien suka pada aku?

"What do you say?"

Haaya rasa nafas terhenti seketika. Rasa macam tak percaya.

Baru nak buka mulut, suara Johanna menyampuk.

"Wei, masuk cepat! Dah senja ni. Karang kena sorok dengan hantu."

Tersengih Jo sambil buat muka yang mungkin sepatutnya nampak menakutkan. Tapi tak menjadi. Nampak pelik ada lah.

"Boleh tak awak bagi saya masa untuk fikir? Saya ada banyak benda nak tanya.", Haaya bersuara akhirnya.

Damien mengangguk dengan muka determined.

"Saya akan tunggu. Jom, kita masuk dulu."

Masuk sahaja ke dalam rumah, Johanna dan Ajeerah berbisik sambil menahan ketawa. Sekali pandang, dah macam makcik-makcik bawang. Kecil mata Haaya memandang mereka berdua yang semakin galak berbisik.

Sajalah tu.

Meja yang sudah terhidang dengan air dan snek membuatkan Haaya bingung seketika. Siapa pulak yang hidang ni? Lama sangat ke dia dengan Damien dekat luar tadi?

"Jemput makan lah semua. Dah lama makcik tak jumpa kamu semua. Terutamanya kamu, Razin. Dulu kecik je. Kering je.", Ameena ketawa sambil meletakkan dulang berisi kuih muih dan mee goreng di atas meja.

Damien dan Haaya berkerut serentak lama tak jumpa Razin? Mak kenal Razin ke?

Semakin rancak Ameena berbual dengan Razin. Macam-macam menori flashback yang dikongsi bersama termasuklah memori berkenaan dengan arwah ayah Haaya. Semakin pelik Haaya jadinya. Siapa Razin dengan mak?

"Sebenarnya mak kenal Razin?"

Soalan Haaya membuatkan mereka semua senyap seketika sebelum Ameena menjawab.

"Kamu tak ingat Razin ke?"

"Ha?", Haaya berkerut. Ingat? Ingat apa? Dia kenal Razin ke sebelum ni?

"Haaya ingat tak uncle Soleh? Kawan arwah abah? Dulu dia selalu datang sini bawak anak lelaki dia. Soleh dulu pernah jadi partner James before dia jual semua share dia pada James. Satu family diaorang pindah lepas tu. Haaya selalu main dengan anak dia dulu. Sekali sekala lah. Maybe Haaya tak berapa ingat kut. Budak tulah Razin.", ujar Ameena.

"Tak ingat sangat lah mak."

Aku ingat siapa uncle Soleh tapi anak lelaki dia? Selalu main dengan aku? Razin?

Haaya menoleh ke arah Razin yang sedia tersenyum bila pandangan mata mereka bertembung.

"So awak dah kenal saya dulu lah? Ke awak pun tak ingat?", soal Haaya.

"Saya rasa macam dah kenal awak. Tapi tak ingat. Sekarang ni baru saya tahu. Kiranya kita dulu playmates.", Razin mengangkat kening.

Haaya mengangguk perlahan. Tapi sungguh dia tak ingat. Playmates? Maybe mereka berkawan sekejap je kut. Sebab tulah dia tak berapa ingat. Tambah pulak mak cakap uncle Soleh sekeluarga berpindah pulak. Hmm.

"Kira kuat juga ye jodoh korang. Waktu kecik, you kenal Haaya. Bila dah besar, you kenal dengan I.", Alex menyampuk.

Damien menjeling kakaknya bila Alex berbicara soal jodoh. Alex buat muka tak bersalah.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now