Sebaik sahaja kereta masuk ke dalam halaman rumah, kedua-dua ibu mereka sudah tegak menunggu. Macam biasa, mereka akan datang ke rumah Haaya terlebih dahulu. Sebab sudah pastinya Lily ada di sini.
"Eh? Mana diaorang tahu kita nak balik?", soal Haaya.
Damien sengih.
"I texted them."
Alex mencebir. Kata nak buat surprise. Nampak sangat anak mak. Nak buat surprise pun tak sampai hati.
Sebaik sahaja mereka keluar daripada kereta dan berjalan ke arah ibu-ibu mereka, suara Lily sudah menjengah dan kedengaran teruja.
"Betul ke Ian?", soal Lily.
Merujuk kepada mesej yang dihantar anaknya setengah jam yang lepas. Sebab mesej itulah dia segera ke sini dan berbincang dengan Ameena. Tak sabar.
Damien mengangguk dan senyum.
Alex terpinga-pinga. Apa yang betul?
Lengan Haaya ditarik oleh Ameena yang tiba-tiba mengesat air matanya.
Haaya mula panik sekejap. Kenapa pulak dengan mak aku ni?
"Kenapa mak? Mak tak sihat ke??", Haaya pantas membelek ibunya. Kut lah ada cedera di mana-mana.
Pelik Haaya bila melihat ibunya yang mengesat air mata dengan senyuman. Sementara mummy pula dengan senyuman yang hampir ke telinga.
Pelik betul ni.
"Jom. Kita bincang kat dalam.", Ameena senyum.
Haaya menggesel lengan Alex. Bertanya apa yang dia terlepas ni. Ibu-ibu mereka nampak teruja. Siap menegah mereka semua agar tak ikut ke dapur. Tunggu je di ruang tamu.
Alex mengangkat bahu dengan wajah yang sungguh bingung. Dia tak tahu apa yang jadi ni? Dialihkan pandangan ke arah Damien yang nampak tenang. Malah tersenyum lagi.
Alex mencerunkan matanya.
"What did you do?", soal Alex.
Damien buat muka tak bersalah.
Haaya merenung wajah Damien. Menanti jawapan sehingga Damien jadi tak senang duduk dan terus memberikan sebab kenapa ibu-ibu mereka berkelakuan pelik.
"I said..", Damien menggigit bibir.
Muka Haaya dipandang dan wajahnya nampak garang. Rasa nak gelak sebab comelnya Haaya.
Kecomelan Haaya ni buat dia rasa nak picit je pipi tu.
"You said what?", ulang Haaya. Semacam je apek ni.
Damien senyum. Terasa lapang dada seketika nak menyebut apa yang berlegar dalam kepalanya sejak dia pulang ke Malaysia. Ayat yang asyik berulang dan ulang dan ulang di dalam kepala selagi dia tak sebut.
"Will you marry me?"
Haaya tergamam.
Badan terasa dipaku di sofa tanpa boleh bergerak. Air wajah Damien yang lembut memandang wajahnya membuatkan dia rasa sebak bercampur terkejut bercampur dengan seribu satu lagi perasaan yang tak boleh nak diterjemahkan dalam perkataan.
Alex menjerit suka mendengar ayat yang dah lama dia nak dengar adiknya sebut.
Ameena dan Lily sama-sama senyum lebar penuh naluri kasih sayang keibuan. Melihat detik-detik bahagia seorang anak di depan mata.
"Haaya? Say something?", pujuk Damien bila orang lain gembira kemain tapi Haaya macam blur.
"Ha?", Haaya berkerdip berulang kali. Betul ke apa yang aku dengar tadi atau aku yang berangan...?
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...