Sudah seminggu sejak James pergi meninggalkan mereka semua. Suasana di dalam rumah suram. Kehilangan cahaya. Bukan senang nak menghadapi kematian orang yang kita sayang.
Pintu diketuk tiga kali. Nak masuk ke tak eh? Serba salah pulak rasanya. Tapi mak dengan mummy dah pesan siap-siap tadi. Hmm. Ah, belasah je lah!
Damien baring melentang menghadap siling bilik. Nafas dihela terasa berat dan melekat di kerongkong. Ada rasa pelik di dalam hatinya. Bila sedih, rindu dan terkejut bercampur, tak tahu lah jadi apa perasaannya sekarang ini. Sungguh tak sangka. Tak sangka daddy pergi secepat ini. Rasa macam baru selama daddy menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga anak syarikat kepada dia.
Eh?
Damien berkerut.
Bau apa ni? Sedapnya bau.
Siapa pulak memasak ni? Rasanya mummy ikut mak keluar ke bandar sekejap. Ke mummy masak something dan terlupa nak tutup api? Oh uh. No, no.
Laju Damien melompat dari katil dan terus menuju ke dapur. Bahaya ni kalau terlupa tutup api dapur. Terbakar pulak rumah ni nanti. Bertambah tempoh berkabung pula nanti.
"Haaya.."
Lembut suara Damien bila melihat Haaya yang laju mengacau sesuatu di dalam periuk. Terhenti terus langkahnya sebelum dia bergerak dengan perlahan. Hatinya sudah kembali tenang.
Haaya berpaling bila terdengar namanya disebut.
"Hey, Damien!", senyuman diberikan dengan ikhlas.
Damien membalas balik senyuman Haaya. Walaupun seminggu ni rasa seperti dunianya terumbang-ambing seketika, dengan adanya Haaya, dia tahu semuanya okey. Dia boleh lalui semua ini.
Damien mengambil tempat di kaunter dapur. Memerhatikan Haaya yang cekap memasukkan macam-macam bahan ke dalam periuk. Ikut tekaannya, mungkin Haaya sedang memasak kari ayam. Tapi ada bau lain selain kari. Dia tak pasti bau apakah ini.
Haaya memperlahankan api dapur sebelum berpaling untuk menghadap Damien sepenuhnya. Melihatkan Damien dengan jambang yang mula muncul membuatkan dia rasa pelik. Damien tak pernah berjambang sebegini. Selalunya Damien sentiasa kelihatan kemas dan segak. Tapi hmm, berjambang pun still segak je. Untung bergenetik kacak-cantik.
"Alex mana?"
Rasa macam nak tanya pasal jambang tapi Haaya menahan niat.
"I'm here.", Alex muncul dengan senyum nipis.
Haaya jalan laju sebelum memeluk Alex dengan sepenuh hatinya. Bear hug time. Memberikan sokongan dalam diam seperti mana yang dia telah lakukan sejak seminggu ini. Ini adalah kali pertama Alex tersenyum sejak James dikebumikan. Alhamdulillah.
"Are you feeling any better today?", soal Haaya. Nada risau. Secara zahirnya Alex nampak okay. Mata dah merah seperti selalu.
Alex mengangguk. Setiap hari Haaya menghantar mesej nasihat, islamik ataupun memes kepadanya. Semata-mata nak naikkan semangatnya yang hilang. Dan dia kembali ke realiti. Daddy pergi meninggalkan mereka dan berapa lama lagi dia harus menangis? Ini semua qada dan qadar Allah.
"Much better. Terima kasih, baby girl.", Alex memeluk Haaya dengan bear hug turun temurunnya yang diwarisi dari Lily.
Damien mengambil tempat Haaya untuk mengacau kari yang dimasak. Oh, patutlah bau lain. Ada carbonara sekali. Kegemaran dia.
"Tak nak tanya saya jugak ke?", Damien mencekak pinggang dengan sudip di tangan. Carbonara diceduk sedikit sebelum dirasa. Sedapnya!
Alex dan Haaya ketawa geli hati melihat gaya Damien. Macam mak-mak. Mak jadian.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...