Chapter 26

1.3K 76 7
                                    

"Apa? Kenapa pandang aku macam tu?"

Haaya mencerunkan matanya sebaik sahaja dia masuk ke ruang mereka bekerja. Jo tersengih penuh makna sedari tadi.

"Tengok ni."

Jo menunjukkan skrin telefonnya. Masih dengan senyum penuh makna.

Haaya berkerut. Itu gambar dia. Tapi siapa pulak yang ambil gambar dia??

"Mana kau dapat gambar ni?", dahi masih berkerut.

Aku ada stalker ke? Wow.

Jo ketawa kecil.

"Ni story Instagram Razin. Aku baru tengok tadi. Ingatkan korang pergi makan jauh-jauh."

"Story dia? Kurang asam betul mamat ni. Ambil gambar aku tak bagi tahu!", Haaya menggeleng kepala.

Patutlah tadi dia dok sengih-sengih seorang diri. Buat perangai rupanya.

"Ala, gambar kau tak jelas pun. Dia blur kan. Tapi aku sebagai kawan kau, aku kenal lah.", Jo buat muka bangga.

Haaya menjulingkan mata ke atas.

Malas nak layan. Karang kalau aku mesej Razin dan tanya kenapa dia ambik gambar aku, ada je jawabnya. Kalau dia jawab dengan jawapan standard, takpelah. Ni? Suka sangat bagi jawapan yang boleh buatkan aku rasa nak hempuk je si Razin.

"Kau pergi shopping ke tadi?", Jo merujuk kepada beg kertas yang dipegang Haaya.

"Oh ni? Razin mintak tolong aku pass kan dekat ayah dia. Aku pun tak tau apa bendanya.", ujar Haaya sebelum meletakkan beg di sebelah kerusinya.

"Aku ingat menyempat lah kau nak shopping.", Jo menyengih.

"Banyak duit aku nak shopping."

"Mana lah tau Razin nak belanja?"

Haaya menggelengkan kepala. Malas nak menjawab.

*      *      *

"Mana satu rumahnya, mak?", soal Haaya.

Dari tadi dok pusing kampung ni. Ibu-ibunya dari tadi memerah ingatan masing-masing. Tak ingat mana satu rumahnya.

"Cuba Haaya call Razin? Mummy pun tak ingatlah mana satu. Lebih kurang je semuanya."

Haaya memberhentikan kereta di tepi jalan. Selamat kut ni. Laluan besar untuk orang lain lalu-lalang. Telefon dikeluarkan.

"Haaya cuba ye. Kalau dia tak angkat, maknanya maybe dia tengah kerja.", Haaya mendail nombor Razin.

Tak sampai dua saat berdering, panggilan berjawab. Salam diberi dan dijawab.

"Haaya?"

Nada gembira Razin membuatkan Haaya menahan senyum. Entah kenapa dia rasa nak senyum. Kenapa dengan aku ni??

"Er, Hi. Saya nak tanya ni. Rumah ayah awak yang mana satu? Mak dengan mummy lupa rumah yang mana satu. Cat rumah pulak lebih kurang je semua. Tak kelabu asap, kelabu lembut."

Kedengaran suara Razin yang ketawa kecil mendengar kata-kata Haaya. Tapi memang betul pun. Kebanyakan rumah berwarna kelabu. Cuma berbeza colour scheme je.

"Rumah ayah yang ada buaian dekat pokok. Takut awak tak jumpa jugak so to be safe, saya call ayah. Nanti saya call awak balik. Tunggu sekejap eh."

"Okay. Saya tunggu."

Lily menjengulkan muka dari seat belakang.

"Razin cakap apa?"

"Dia cakap cari rumah ada buaian."

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now