Chapter VII

1.9K 99 2
                                    

Jegilan mata daripada Damien membuatkan semua orang tertanya. Haaya pula lekas memandang wajah Damien.

Perasan yang Haaya memandangnya, Damie tersenyum seperti tiada apa yang berlaku.

Andra pula meng'oh' tanpa suara sebelum membuat isyarat menzip mulut.

"Apa ni cerita separuh jalan?"

Johanna menggesek bahu abangnya dengan bahunya. Andra menggeleng kepala dan mengulangi isyarat yang sama. Dia tak boleh cerita lebih. Titik.

Razin ikut bingung melihat mereka berdua yang bertukar pandangan. Dia boleh meneka tetapi tidak tahu sama ada accurate atau tidak.

"Oh, wow. Look at the time."

Seperti robot Andra bersuara. Nampak sangat nak cover something.

"Johanna adinda ku sayang, abang dah kena balik. Besok ada early flight ke Osaka. Nak apa-apa tak?"

Andra bertanya seperti tiada apa. Selamba je.

Dengan muka tak puas hati, Johanna tetap menjawab.

"Anything that screams Osaka will do."

Jo tahu abangnya cuba menukar topik. Sejak bila pulak abangnya reti nak balik awal macam ni bila ada early flight? Hmm, takpelah. Akan ku korek juga nanti.

"Haaya? Nak apa-apa?", Andra mengalih perhatiannya kepada Haaya. Gadis yang sudah dianggap adiknya.

"Ha? Hmm, asalkan ikhlas, Haaya terima je.", Haaya tersenyum.

"Kalau gitu, abang hadiahkan diri abang. Tulus dan ikhlas buat Haaya Rose."

Kata-kata Andra disambut dengan jelingan maut Damien, ketawa besar Haaya, julingan mata Jo dan gelengan kepala Razin.

* * *

Akhirnya.
Exam terakhir untuk semester ini. Haaya mengeliat di atas kerusinya. Menanti pengawas peperiksaan aka pensyarah mereka juga.

Pen diletakkan ke atas meja dengan penuh hemat dan cermat. Berasap jugalah kepalanya nak cukupkan berapa patah perkataan untuk esei yang diminta.

Mata Haaya mencari Johanna yang masih tertunduk. Mungkin sedang membaca semula eseinya.

Haaya sudah tidak mahu membaca semula. Dah dua tiga kali check. Sekarang adalah masa untuk redha dan tawakal.

Ei, tak sabarnya nak balik rumah!

Dah tiga bulan tak menjejak kampung halaman dek kerana sibuk melampau. Rindunya dengan mak.

Di dalam kepala Haaya, macam-macam aktiviti yang dia nak buat. Terutamanya, tidur dengan aman.

Kakinya terasa bergetar tiba-tiba.

Eh?

Haaya mengambil bekas penselnya di kakinya. Lupa pulak phone dalam ni. Mata Haaya meliar ke sekeliling. Senyum tersumbing di bibir Haaya.

Aku dok risau nak check phone tapi budak-budak lain dah siap berselfie dengan kertas exam. Well, zaman millennium kan?

WhatsApp yang masuk segera dibuka dan dibaca.

Lah.. Mak tak jadi nak datang ambil dia hari ni. Sebaliknya Damien akan bawa dia pulang ke kampung.

E'eh, banyak pulak masa dia ni? Tak kerja ke? Mentang-mentang dia boss. Suka dia je keluar masuk office.

Telefon disimpan semula dengan kadar segera. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan pengawas peperiksaan. Spoil mood nak balik kampung je nanti.

Wajah Damien yang tersenyum menyambut dia sebaik sahaja dia sampai di dorm. Lambat-lambat kaki Haaya melangkah ke arah Damien.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now