Chapter 45

1.7K 81 1
                                    

"Boleh lah eh?", Haaya meleretkan suaranya.

Damien mula mengeluh. Bila Haaya mula buat suara comel dengan muka comel macam ni, macam mana dia nak melarang?

Haaya masuk ke dalam pejabat sepenuhnya. Tadi dia hanya jengulkan wajah di muka pintu sahaja. Kini, dia berdiri membelakangkan pintu yang terbuka. Syukri yang ada dibelakang Haaya menahan senyum melihat wajah bosnya yang mula lemah.

Lemah dengan suara Haaya.

Tadi bukan main lagi kata tak boleh. Sekali cik tunang naik ke pejabat, mula lah melemah.

"Saya bukannya pergi dengan orang yang awak tak kenal pun. Lagipun kesian diaorang penat-penat rancang untuk saya. Takkan tak nak pergi?", Haaya memberikan sebab.

"Tapi saya takut kalau jadi apa-apa.", ujar Damien.

"Pajama party je, bukannya bahaya pun.", Haaya tergelak sendiri.

"Jauh sangat sampai ke Bali?", soal Damien.

"Tak jauh mana lah. Seberang negara je.", jawab Haaya.

Takut sangat dia ni. Apa jelah yang boleh jadi?

"Please? Kalau awak risau, saya bawak sekali security dengan saya.", Haaya cuba berunding.

Kalau aku bawak security sekali dan Damien takdelah nak risau kan? Win win situation.

Damien diam. Mempertimbangkan idea Haaya. Bernas juga idea tu.

"Pleaseeeee?", Haaya meleretkan suaranya sekali lagi. Mata dikerdipkan berkali-kali.

Test market.

Damien mengeluh lagi. Kali ini kuat dan disertaikan dengan jawapan.

"Okay, fine.", Damien menjulingkan matanya ke atas.

Rasa annoyed. Bukan dengan Haaya. Tetapi dengan diri sendiri. Selalu kalah dengan pandangan Haaya.

Haaya tersengih lebar. Wajah terujanya sudah tak boleh ditahan lagi.

"No worries, okay. Saya takkan bagi siapa-siapa mengorat saya. Tapi saya tak janji saya takkan cuci mata.", Haaya mengenyit matanya.

Damien memegang dadanya. Rasa kena mini heart attack mendengar ayat terakhir Haaya.

Haaya ketawa besar sebelum menuju ke pintu. Sebelum pintu ditutup, Haaya berhenti seketika.

"I'm always yours."

Ayat Haaya membuatkan Damien tersengih sendirian sepanjang hari sampai Syukri jadi takut melihat bosnya. Pergi meeting pun sengih. Klien pun pelik.

Macam ni rupanya penangan orang bercinta eh?

Seram shit.

*       *       *

"Memang perlu ke bodyguard ramai-ramai ni?", bisik Jo.

Matanya memandang ke arah sekumpulan lelaki yang berdiri tegak di hadapan Damien. Macam tengah dengar arahan.

Haaya hanya senyum. Mata dikalih kepada Damien yang nampak serius. Briefing yang sepatutnya sekejap je dah berlanjutan ni.

Baru dia nak bergerak ke arah Damien, Afzan muncul dengan wajah malas. Apa entah yang dikatakan oleh Afzan sebab Damien hanya sengih.

Briefing tamat akhirnya.

Matanya dan mata Damien bertemu. Serentak itu bibir Damien menguntum senyum. Haaya mengangkat kening. Bertanya secara telipati.

Laju Damien datang mendapatkannya. Lima langkah panjang, Damien sudah berdiri dihadapannya. Jealous juga dengan manusia berkaki panjang ni. Sekejap je dah nak sampai ke destinasi.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now