Okay. Cuba fikir rasional, Haaya. Takkan lah dia dah nak kahwin dengan kau tapi masih bersayang-sayang dengan perempuan lain? Ex girlfriend pulak tu?
Haaya mengambil nafas sedalam-dalamnya. Sarina yang sedang duduk dihadapan Haaya hanya memerhati. Wajahnya nampak risau.
"You okay, Haaya?", soal Sarina.
Haaya senyum nipis dan mengangguk.
Razin akhirnya mendekati mereka selepas lama berbual. Dia tersenyum tetapi wajahnya nampak penat.
"You okay ke, Razin?", Sarina menegur.
Razin mengangguk sebelum mengalih perhatiannya kepada Haaya.
"I am so so sorry. Lama pulak hal penting nak dibincangkan tadi sampai ambil masa awak. Awak dah try baju?", suara Razin lembut. Sarat dengan rasa bersalah.
"It's okay. Awak nak tengok gambar saya pakai baju tu?", suara Haaya sengaja diceriakan. Baik aku tanya dia bila kitaorang berdua je.
Razin mengangguk laju dengan senyuman.
Sarina yang tersengih melihat mereka berdua terus menyampuk.
"Jealousnya I tengok both of you. Rasa nak kahwin juga rasanya!", Sarina melentukkan kepalanya dengan senyuman penuh makna. Berangan kejap.
"Okay, I tak nak ganggu you love birds. Apa-apa you nak tambah ke atau apa-apa, you guys cari I kat depan eh?", Sarina mengangkat ibu jarinya. Thumbs up.
Serentak Haaya dan Razin mengangguk.
"Mana gambarnya? Saya nak tengok.", Razin teruja.
Haaya terus mencari semula gambar yang ditangkap tadi dan ditunjukkan kepada Razin.
Dia sempat menghantar gambar dia ke group keluarganya yang terdiri daripada Ameena, Lily, Alex dan Damien.
Eh?
Ya Allah! Kalau aku hantar kat group tu maknanya Damien pun akan nampak juga!
Aduh!
Karang dia ingat aku sengaja nak menunjuk pula. Hmm, tapi dia pun dah bertunang. Buat apa dia nak pedulikan aku kan? Elok je dia tak pedulikan aku berbulan-bulan. Abaikan dia, Haaya!
"Cantiknya awak, Haaya. Bertuahnya saya.", ujar Razin dengan senyuman lebar.
Haaya ketawa kecil mendengar pujian Razin. Malu. Pulak rasanya.
"Baju awak semua okay tak?", soal Haaya.
"Dah, saya dah cuba. Ketat sikit dekat bahagian lengan. Saya minta Sarina longgarkan sikit. Saya kan selalu pergi gim sekarang.", Razin sengaja flex lengannya di hadapan Haaya.
Haaya menjulingkan matanya ke atas. Poyo.
* * *
"Habis tu kau tak tanya dia ke?", Jo berkerut.
Haaya baru menceritakan apa yang terjadi semasa di butik pengantin siang tadi.
"Maybe aku yang salah baca gerak bibir dia?", Haaya bersangka baik.
Kalau aku salah teka, naya je kena marah dengan Razin. Walaupun selama ni Razin tak pernah lagi marah aku. Tak pun nanti aku dituduh cemburu.
Well. Menipu lah kalau aku tak rasa jealous. Ada lah rasa jealous sikit. Sikit je.
"Kenapa kau tak tanya je dia?", soal Ajeerah pula sambil menatang pinggan berisi cucur udang yang baru siap dimasak.
Letak saja atas meja, laju tangan Alex menyambar. Suka dia dapat makan makanan sebegini. Memang kegemaran dia lah pun.
YOU ARE READING
Soulmate? //COMPLETED//
RomanceHaaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik yang dia cuba elakkan selama dia hidup selama 23 tahun ini. Love conflict. "Because you're a beauty w...