𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 1

146 11 0
                                    

AYAAZ bergerak beberapa langkah ke hadapan. Kepala yang sedari tadi menunduk kini diangkat memandang sebuah rumah agam. Rumah agam keluarganya, disinilah mama, papa dan Abang Zaiyan berada.

Tangannya mula mengeluarkan peluh akibat rasa berdebar. Dia takut untuk bersua muka dengan keluarganya. Tetapi, memikirkan hati yang sudah merindui mereka, dia cuba kuatkan semangat.

Beg yang berisi pakaiannya digalas. Loceng rumah ditekan sekali. Masih tiada sesiapa yang munculkan diri. Dia mencuba sekali lagi.

"Assalamualaikum.." Salam diberikan. Nadanya sedikit bergetar. Ayaaz berdebar.

"Waalaikumussalam, sekejap sekejap."

Tubuh Ayaaz mengeras. Suara itu, suara yang dirinduinya. Suara Athief Zaiyan, abangnya. Semakin laju jantung berdegup. Bagaikan nafasnya tersekat dan tidak mampu bernafas.

'Bertenang, Ayaaz. Kuatkan semangat kau. Jangan takut.'

Pagar terbuka luas, Zaiyan melangkah ke arah pagar untuk melihat siapa yang datang ke rumah agam keluarganya.

"Ya, Encik cari sia---"

Zaiyan terdiam. Lidahnya kelu. Riak wajah usah dikata, terkejut dia melihat gerangan yang berada di hadapannya ini.

"Abang, Ayaaz dah balik." Ayaaz cuba melangkah lebih dekat namun Zaiyan menghalangnya dengan isyarat tangan.

"Kau siapa? Siapa izinkan kau jejakkan kaki ke sini?"

Ayaaz terkedu. Dia sudah agak perkara ini berlaku. Zaiyan bencikan dia.

"Abang, Ayaaz minta maaf. Ayaaz mengaku Ayaaz salah selama ni. Ayaaz menyesal dengan apa yang Ayaaz buat. Maafkan Ayaaz, abang." Ayaaz menangis teresak-esak. Lututnya jatuh ke tanah. Kaki Zaiyan dipeluk erat.

"Lepaskan kaki aku!"

"Zaiyan, kenapa ni? Dari dalam mama dengar suara kamu menjerit."

Mama.

Ayaaz berdiri. Puan Sri Adira didekatinya. Lantas tubuh mamanya dipeluk erat.

"Mama, maafkan Ayaaz, mama." Ayaaz teresak-esak di bahu Puan Sri Adira. Puan Sri Adira menolak tubuh gerangan yang tiba-tiba saja memeluknya.

"Ayaaz.." Nama itu meniti di bibir Puan Sri Adira. Riak wajahnya cuba dikawal.

"Mama.." Tangan mamanya cuba diraih namun Puan Sri Adira lebih pantas mengalihkan tangannya ke belakang.

"Apa tujuan kamu ke sini? Siapa mama kamu?" Soal Puan Sri Adira penuh sinis.

Ayaaz menggeleng kepalanya. Bukan ini yang dia mahukan. Tetapi, inilah yang dia agak. Tiada siapa lagi yang mahu sayanginya. Semua memilih untuk bencikannya.

"Mama, papa ada? Ayaaz nak jumpa papa boleh?"

Puan Sri Adira ketawa sinis. Masih berani Ayaaz berkata seolah tiada apa yang berlaku sebelum ini.

"Kamu siapa nak jumpa dia? Tak ada hal penting pun kalau kamu jumpa dia. Lebih baik kamu pergi."

"Mama, Ayaaz menyesal, mama. Ayaaz janji Ayaaz akan betulkan semuanya. Ayaaz anak mama, kan? Mama sayangkan Ayaaz kan?" Rintih Ayaaz membuatkan Puan Sri Adira mengalihkan pandangannya begitu juga Zaiyan. Sekeras-keras hati mereka, mereka tidak sanggup melihat Ayaaz sebegini, tetapi..

Ayaaz deserve it.

"Kamu bukan anak mama dan papa lagi. Jangan tunjuk muka kamu pada kami. Berambus!"

Puan Sri Adira menolak tubuh Ayaaz hingga ke luar pagar sehingga Ayaaz terjatuh. Ayaaz bangkit semula namun pagar sudah ditutup. Ayaaz meronta-ronta di situ.

"Mama, buka pagar ni, mama!. Abang, Ayaaz minta maaf. Ayaaz janji Ayaaz berubah. Mama! Abang!"

Ya allah, sehingga begini engkau menguji aku. Aku tidak kuat.

••••

LANGKAH kakinya diteruskan sehingga dia tiba di sebuah rumah banglo 3 tingkat. Segaris senyuman terbit di bibirnya. Inilah rumah banglo yang didiami isterinya.

Kakinya bergerak ke arah pintu utama rumah setelah pagar terbuka. Dia sempat mengerling ke arah garaj kereta. Kereta isterinya tiada. Mungkin Isterinya keluar.

"Ayaaz.."

Ayaaz kembali memandang ke pintu utama rumah. Tangan dihulur kepada wanita separuh abad itu atau lebih dikenali sebagai Mak Ida.

"Mak Idah apa khabar?" Soal Ayaaz. Lama sudah dia tidak berbual dengan Mak Ida.

"Mak Ida baik-baik aje dekat sini. Kamu tu Ayaaz, sihat?" Pipi Ayaaz diusapnya. Sedihnya dia melihat wajah Ayaaz yang cengkung dan kurang bermaya.

"Sihat alhamdulillah." Balas Ayaaz dengan senyuman manisnya.

"Kenapa tak call Mak Ida dulu? Kalau tidak boleh Mak Ida jemput kamu dekat penjara tu. Ini kamu boleh berjalan kaki je." Mengucap panjang Mak Ida dibuatnya. Jarak antara rumah banglo ini dan penjara bukannya dekat. Ia memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. lama.

"Telefon tak ada, Mak Ida. Nak guna telefon awam pun tak ada duit. Lagipun, Ayaaz okay je berjalan kaki. Tak ada masalah." Ayaaz cuba menyedapkan hati Mak Ida. Padahal, kakinya memang dah bengkak sedikit.

"Apa-apa jelah, Ayaaz. Yang penting kamu dah selamat pulang. Syukurlah kamu dah dibebaskan. Mak Ida harap kamu istiqomah. Jadilah lelaki yang soleh, Mak Ida nak kamu ingat yang Mak Ida tak pernah bencikan kamu. Kisah kamu itu adalah kisah lalu, jadi tak ada keperluan jika Mak Ida ungkit semula. Setiap manusia buat silap, begitu juga Mak Ida. Sekarang ini, kamu fikirkan jalan hidup kamu untuk masa akan datang. Kalau orang lain bencikan kamu, ingatlah Mak Ida yang sentiasa sayangkan kamu."

Air mata Ayaaz mengalir membasahi pipi. Terus dia mengucup kekura wanita itu. Disebalik mereka yang membencikannya, masih ada yang sudi menyayanginya. Syukur ya allah.

"Tyara pergi mana, Mak Ida? Nampak kereta dia tak ada dekat garaj." Soal Ayaaz. Sedari tadi lagi dia ingin bertanya tentang itu.

"Oh, lupa pula Mak Ida nak beritahu. Tyara dah bekerja. Beberapa bulan selepas kamu masuk penjara, Tyara ambil alih syarikat abi dia. Tinggi jawatannya, macam kamu dulu. Apa ya nama jawatan tu? Siyo? Ciyo?"

Ayaaz ketawa kecil. Mak Ida masih kelakar sejak dahulu.

"CEO lah, Mak Ida." Ayaaz menghabiskan sisa tawanya.

Tak sangka Tyara sudah menjadi orang yang berjaya. Syarikat bapa mertuanya itu sangat dikenali. Banyak syarikat telah bekerjasama dengan syarikat bapa mertuanya dalam menjayakan sesebuah  projek.

Memikirkan tentang Tyara, makin menebal rasa rindunya terhadap Tyara. Balik cepat, sayangku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now