𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 9

103 8 0
                                    

Fariz memasuki kawasan hospital swasta dimana tempat sahabatnya bekerja. Kereta diparkirkan lalu keluar dari perut kereta. Kaca mata hitam yang terletak elok di atas hidung membuatkan para jururawat perempuan tidak lekang memandangnya.

"Handsomenya kawan Doktor Rafael tu weh!"

"Tengok dari muka, macam single."

"Oh kandaku.."

Dan macam-macam lagi yang dia dengar tetapi dia cuma buat tak endah saja. Perkara sebegini memang Fariz sudah biasa. Setiap kali dia datang ke tempat kerja Rafael, pasti dia akan dengar pujian-pujian daripada jururawat perempuan.

Kakinya masih setia bergerak ke bilik Rafael. Apa yang jauh sangat bilik si Doktor Rafael ini.

"Oi!"

Terus terhenti langkah besar Fariz. Dia menoleh ke arah gerangan yang memanggilnya. Oh, Rafael rupanya. Lantas dia mengundur.

Penampilan Rafael nampak seperti masih dalam waktu bekerja. Kot labuh putih masih tersarung di tubuh lelaki itu. Tidak lupa juga pelitup muka.

"Kau buat apa kat sini? Sakit?" Soal Rafael hairan. Fail pesakit yang terbuka itu ditutup.

"Tak adalah, nak ajak kau keluar lunch lah. Kenapa? Kau busy ke?" Rasa serba salah pula Fariz ingin mengajak Rafael keluar.

Mentang-mentang lah dia boss, jadi bila-bila masa saja boleh keluar. Hampir terlupa pula akan Rafael yang bukan boss itu.

"Tak adalah, aku baru settled seorang patient ni. Tunggu sekejap, aku nak tanggal kot."

Fariz hanya mengangguk lalu menunggu di luar bilik Rafael. Tidak mengambil masa yang lama, Rafael keluar dari biliknya. Langkah mereka seiring menuju ke kereta Audi RS5 milik Fariz.

Sepanjang perjalanan, ruang kereta itu dipenuhi suara gelak tawa mereka. Salah Rafael lah. Dia saja yang suka buat lawak tidak kira hambar atau tidak. Fariz sebagai seorang yang sentiasa support member, hanya ikut ketawa saja.

"Dia macam nak gelak tau time budak tu nangis, dengan hingus nya meleleh. Tapi, aku sabor je. Cenggini muka aku weh," ditepuk berkali-kali lengan Fariz yang sedang memandu itu agar memandangnya.

Fariz ketawa terbahak-bahak saat Rafael menayangkan wajah tahan gelak. Dengan muka merah padam, bersama bibir yang dikemam.

"Buruk dho muka kau. Macam kambing."

"Handsome-handsome macam ni kau samakan dengan kambing.. sampainya hatimu." Rafael berpeluk tubuh seakan merajuk.

"Aku bukan apa, tapi itu kenyataan." Makin galak Fariz mentertawakan Rafael. Sabar sajalah Rafael, siapa suruh jadi kelakar.

Lampu isyarat bertukar merah. Fariz menghentikan keretanya lalu memandang Rafael disebelahnya. Berkerut dahinya apabila melihat Rafael seperti sedang melihat sesuatu dari jauh.

"Kau tengok apa?" Soal Fariz

"Kamu nanyak?"

"Eh Pael Poji ni, aku lempang kang memang meleleh air liur." Tangan Fariz mengacah-acah ingin menampar Rafael.

"Hello, sir? My name is Rafael Azka bin Ahmad Fauzi. You can call me as Rafael Fauzi but sorry, not Pael Poji." Ujar Rafael bersama gaya pondannya.

Fariz menunjukkan penumbuknya. Kalau dapat dekat muka si Pael Poji ni, memang tidur lena lah dia malam ini.

"Geli lah aku dengan jantan ni. Aku tanya kau tengok apa?"

"Tu ha, aku nampak gerai dekat tepi jalan tu. Nampak macam kuning-kuning sikit, duduk dalam balang. Tapi banner warna biru, macam ada gambar kartun tapi tak tahu kartun apa. Dalam balang tu... macam air jagung pun ya juga." Panjang lebar Rafael terangkan kepada Fariz.

Fariz mengecilkan matanya untuk membaca nama gerai itu.

"Air balang.. doraemon?" Baca Fariz sekali.

"Doraemon? Alololo comelnya nama gerainya pun, owner dia mesti comel juga kan?" Tersengih-sengih Rafael sambil membayangkan pemilik gerai itu. Fariz sekadar tersenyum kecil

"Tak pernah nampak pun gerai ni sebelum ni."

"Baru buka kut." Tebak Rafael.

"Jom singgah sekejap, nak rasa." Ajak Fariz. Sebaik sahaja lampu hijau menyala, Fariz meneruskan pemanduan sehingga tiba di hadapan gerai Air Balang Doraemon.

Fariz menyerahkan wang bernilai RM10 kepada Rafael. Rafael keluar dari perut kereta lalu melangkah ke gerai itu.

Kelihatan pemiliknya adalah seorang lelaki. Dia sedang berdiri membelakangi Rafael membuatkan Rafael tidak dapat melihat wajah lelaki itu.

"Bang, air jagung dua. Cup besar."

Pemilik itu terus menghentikan perbuatannya yang sedang memindahkan straw ke dalam bekas. Sedikit kalut dia ketika itu.

"Sekejap ya," Tanpa melihat siapa pelanggan itu, dia hanya meneruskan kerjanya.

Manakala Rafael sudah mula memandang pelik ke arah pemilik gerai ini. Sisi wajah lelaki itu mengingatkan dia pada sahabatnya yang seorang lagi.

Ayaaz Zaiden.

"Ayaaz.."

Dia tersentak. Bagaimana pelanggannya dapat mengetahui namanya? Perlahan-lahan kepala diangkat. Ingin melihat gerangan yang memanggilnya.

Dan saat itu, dunia terasa kelam. Bumi seakan berhenti berputar. Wajahnya jelas menunjukkan riak gelisah. Matanya berair.

"Ra-Rafael.." lidah terasa digam. Payah benar untuk bertutur dengan betul.

Rafael turut mengeras. Tidak lepas matanya memandang Ayaaz. Tidak lama kemudian, Fariz keluar dari kereta kerana dia turut nampak apa yang Rafael nampak.

Ayaaz menunduk, terasa kerdil tiba-tiba. Malah, dia terasa malu untuk berdepan dengan dua orang lelaki yang pernah menjadi sahabatnya. Namun, setelah apa yang terjadi dua tahun lepas, dia terus dibuang. Mereka tidak lagi menganggapnya sahabat.

Lambat-lambat Ayaaz menyerahkan dua cawan besar air jagung.

"Sa-saya bagi free. Terima kasih."

Baru sahaja Ayaaz ingin bergerak untuk menyorok di sebaliknya van, suara Fariz menghentikan langkahnya.

"Tunggu. Kami nak bercakap dengan kau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now