𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 32

124 8 0
                                    

Setelah seharian ‘merayau’, Zaiyan pulang ke kediaman keluarganya. Selesai mematikan enjin, Zaiyan melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi saja. Mungkin mama dan papa sudah tidur.

Zaiyan menghempas tubuhnya ke atas sofa seraya menghela nafas lelah. Baru sahaja dia ingin memejamkan mata, susuk tubuh mama muncul di sebelahnya.

“Uish! Mama ni mujur Zaiyan tak terkejut,” Zaiyan mencebik masam. Puan Sri Adira ketawa kecil. Terkejutlah sangat ya.

“Kamu pergi mana seharian ni? Tengok jam tu dah lewat dah. Lupa jalan pulang ke?” Soal Puan Sri Adira.

Soalan Puan Sri Adira dibiar sepi. Dia termenung jauh ke depan. Kalau dia jujur, memang kenalah dia. Mama dan papa masih lagi bercerita perkara buruk tentang Ayaaz. Biarpun Ayaaz tidak lagi bertandang di rumah ini, tetap saja nama itu terlintas sebagai buah bicara.

Terkadang, Zaiyan merasakan dirinya sudah boleh memaafkan kesilapan adiknya dan terkadang, dia merasakan adiknya tidak perlu diberi peluang kedua lagi.

Zaiyan sendiri buntu. Melihat titik peluh Ayaaz yang jatuh merinik tatkala sedang berniaga, membuatkan jiwanya luluh.

Tidak tahu sama ada dia sahaja yang berasa begitu atau mama dan papa juga merasakan hal yang sama.

Tetapi, mendengar saja perbualan mereka tentang Ayaaz, nampak jelas yang mama dan papa masih tidak dapat menerima Ayaaz kembali. Yang dibualkan semuanya buruk-buruk belaka. Dia juga jarang sekali mencelah kerana separuh daripada hatinya tidak sanggup untuk berkata hal-hal buruk mengenai Ayaaz.

“Zaiyan, mama tanya ni boleh termenung pula,” peha Zaiyan ditampar ingin menyedarkan lamunannya.

Erm, Zaiyan ada meeting dengan klien dari Johor, Ma. Tu yang lewat sikit balik.” terpaksa Zaiyan menipu mamanya.

Hm, boleh percaya ke ni? semenjak dua menjak ni kamu selalu balik lewat. Takkan hari-hari jumpa klien? Jangan tipu mama ya,” Puan Sri Adira mengecilkan matanya memandang Zaiyan. Cuba mencari kebenaran disebalik wajah itu.

“Tipu apanya ma. Betul Zaiyan pergi meeting. Company Zaiyan tengah dalam perancangan nak tubuhkan cawangan baru kat Johor tu. Memang busy sikitlah.” bohongnya lagi. Haih, rasa berdosa pula kerana menipu mamanya.

“Kuat bekerjalah kamu ni. Kalau balik kerja, ada saja muka penat dia. Kesihatan tu jaga. Umur dah 34 tahun macam-macam penyakit boleh datang tau. Sebab apa? Sebab dah tua!” rancak Puan Sri Adira memerli anaknya.

“Mama ni, bila masa tuanya? Age is just a number,” Zaiyan jeling mamanya.

“Yalah yalah. Ni dah makan belum?” soal Puan Sri Adira sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi perut berbunyi.

“Belum. Laparlah ma. Ada masak tak?” perutnya yang berbunyi itu diusap. Mata terkelip-kelip memandang mamanya. Manja mode on.

Adalah. Tulah kerja tak ingat dunia sampai lupa nak isi perut.” sindir Puan Sri Adira.

Zaiyan mencebik. Apa yang savage sangat mamanya ni?

••••

Selesai membancuh air jagung, Ayaaz naik ke tingkat atas menuju ke biliknya untuk bersiap. Oh, lupa ingin khabarkan. Mereka sudah duduk sebilik. Memang lena sungguh Ayaaz tidur kerana adanya isterinya kesayangan di sebelah.

Tombol pintu dipulas. Saat kaki ingin menapak masuk, matanya disapa dengan penampilan Tyara yang cukup membuatkannya terkesima.

“Tyara sayang, kenapa pakai baju macam ni?” soalnya sambil menilik pakaian Tyara.

Seluar palazo berwarna khaki elok tersarung manakala tubuh genitnya dikenakan sehelai t-shirt berwarna putih dan terdapat gambar kartun doraemon di bahagian hadapan baju itu. Yang lebih membuatkan Ayaaz tersenyum, Tyara mengikat rambutnya dengan gaya pigtails. Tidak lupa juga aksesori rambut seperti cekak rambut dan klip rambut.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now