𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 25

107 7 2
                                    

TANPA dipinta, Ayaaz mencempung tubuh Tyara hingga ke meja makan. Tyara tak mampu halang kerana keadaan diri yang tidak mengizinkan.

Tyara lihat menu yang terhidang di atas meja. Ada bubur nasi dan sambal kerang. Tak lupa juga cendawan goreng dan sayur campur.

Semuanya nampak sedap di mata Tyara. Suaminya semakin lama semakin handal memasak. Sebelum ini, mahu goreng telur pun gagal. Sekarang, sambal kerang itu nampak lebih menyelerakan berbanding sambal kerang yang pernah dia buat.

"Memandangkan isteri abang yang cantik ni tak sihat, abang buatkan bubur. Abang masak lauk lain takut-takut isteri abang yang cantik ni nak makan bubur berlauk." ujar Ayaaz sambil mencubit perlahan pipi Tyara. Tyara termangu sendiri.

Isteri abang yang cantik.

"Isteri abang yang cantik, tolong pakaikan tie abang ni," pinta Ayaaz. Mengada betul. Sebelum berkahwin pandai pula pakai sendiri. Selepas berkahwin terus lupa cara pakai.

"Suami Tyara yang kacak, sejak bila lupa ingatan ni?" Tyara senyum kecil. Suaminya memang kacak. Sampaikan hampir setiap saat hanya wajah Ayaaz saja yang menjadi pemandangan yang paling indah.

"Alaa isteri abang yang cantik, abang ingat aje cara pakai tapi apa salahnya kalau Tyara yang pakaikan." Ayaaz terus menarik lengan Tyara agar berdiri di hadapannya.

"Yalah, mari Tyara pakaikan."

"Suami Tyara yang kacak, saya nak makan dengan sambal kerang,"ujar Tyara tanpa nada. Giliran Ayaaz yang terkesima.

Perlahan-lahan senyum lebar terbentuk di bibir Ayaaz. Walaupun Tyara berkata tanpa riak, Ayaaz tahu hati isterinya sedang berbunga-bunga.

"Sambal kerang tu pedas sikit, sayang. Tyara boleh makan?" soal Ayaaz. Tyara angguk sekali. Pedas tak pedas belakang cerita. Sambal kerang itu nampak menggiurkan. Nak rasalah sikit.

Suapan pertama. Tyara pejam mata sambil menikmati keenakan bubur nasi yang dimasak oleh Ayaaz. Ditambah lagi dengan sambal kerang yang pedas dan manis.

Tyara beri markah penuh untuk menu berbuka hari ini.

"Lepas habis makan, Tyara makan ubat tau. Kalau tak makan nanti melarat pula." pesan Ayaaz. Mendengarkan itu, badan Tyara mengeras.

"Taknak," ujar Tyara perlahan.

Dia? Makan ubat? Huh, memang taklah!

"Mana boleh taknak, sayang. Nanti demam tu tak kebah macam mana?" Tangan Ayaaz naik menyentuh dahi isterinya.

"Haa, panas lagi ni. It's okay, abang teman Tyara makan ubat sekejap lagi okay."

Tyara hanya pasrah. Seronoknya jikalau hubungan mereka benar-benar seperti pasangan suami isteri bahagia tanpa salah seorang daripada mereka bermasam muka.

••••

SEMINGGU sahaja lagi, hari raya bakal menjelma. Tyara berhenti menaip. Sudah dua jam dia menghadap komputer riba dan dia mula bosan.

Jam di dinding dipandang sekilas. Lagi 15 minit nak berbuka puasa dan Tyara masih tidak pulang. Entah mengapa dia memilih untuk bersendirian pada hari ini.

Segala meeting yang sepatutnya Tyara hadiri ditunda. Dia tidak keluar pejabat langsung. Hanya duduk membuat kerja di dalam pejabat serba mewahnya.

Sejenak, Tyara teringat akan suaminya. Ayaaz tidak tahu yang dia tidak akan pulang berbuka puasa bersama. Terbit rasa bersalah di hatinya. Pasti Ayaaz tertanya-tanya keberadaan dia.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now