𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 29

90 8 0
                                    

HANYA mengambil masa selama 15 minit, mereka tiba di sebuah banglo dua tingkat yang didiami oleh Fariz dan Rafael. Dah janji dah dengan dua ketul tu nak datang beraya. Jadi, Ayaaz ikutkan sajalah.

“Abang, Tyara rasa something yang peliklah.” ujar Tyara tiba-tiba. Ayaaz kerut dahinya. Pelik?

“Apa yang pelik?” soal Ayaaz meminta jawapan.

“Abang nampak tak tu?” Tyara menghalakan jari telunjuknya ke arah sesuatu yang berada di hadapan pintu rumah itu.

Ayaaz kecilkan matanya untuk melihat ‘sesuatu’ dengan lebih jelas. Sesaat, dua saat dan boom! Mulut Ayaaz ternganga luas serupa gua. Tyara juga ikut sama ternganga.

Heels siapa tu, sayang?” Ayaaz menyoal perlahan. Bermacam-macam andaian telah dibuat. Tetapi, tak mahulah cakap. Nanti jatuh fitnah pula.

“Tyara tak tahulah abang. Takkan heels ibu Fariz kut? Tak pun umi Rafael?” Tyara cuba bersangka baik.

“Ish, agak-agaklah Tyara. Takkan dia orang nak pakai kasut tinggi macam tu.” Ayaaz geleng laju kepalanya. Kena siasat ni, pagi-pagi raya pula tu.

“Jom jom jom,” ajak Tyara bersungguh. Dia pun nak ikut suaminya jadi penyiasat tak bertauliah.

Masing-masing keluar dari perut kereta. Ayaaz sudah siap melipat lengan baju melayunya hingga ke paras siku.

“Assalamualaikum!” Ayaaz memberi salam. Tetapi, tidak berjawab.

“Assalamualaikum, Fariz! Pael!”

“Ya, sabarlah Ya Allah yang kat luar tu pun.” Rafael buka pintu seluasnya. Matanya disapa dengan wajah Ayaaz dan Tyara yang agak bengis seperti mahu menerkamnya.

“Wa-waalaikumussalam. Datang berdua ek? Dah berbaik?” Fariz tersengih kambing. Sate ayam yang masih berbaki di lidi dihabiskan.

Heels siapa ni?” soal Ayaaz tegas.

“Haa?” Rafael bingung. Dia memandang sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam di hadapan pintu itu.

“Oh, Aduyai terkejut aku. Muka macam nak makan orang. Ini heels girlfriend Fariz. Datang beraya juga. Maklumlah parents girlfriend dia duduk jauh. Tak tahu nak beraya dengan siapa. Mujur ada bopren dia kat Kolumpur ni,” jelas Fariz. Bila difikirkan balik, untungnya Fariz dah ada buah hati. Sedangkan dia? Masih menunggu jodoh yang masih tak kunjung tiba.

Rafael sad boy.

Hm, nasib baik. Baru nak marah tadi. Ingatkan kau orang bawa perempuan masuk rumah.” ujar Ayaaz sambil ketawa kecil.

“Tak adanya. Kami baik tau, lainlah kau pernah berpengalaman kan?”

ZAP!

Seakan ada belati tajam yang menusuk ke dadanya. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja Rafael utarakan kepadanya.

“Rafael!” Tyara meninggi suaranya. Allahuakbar, lemah jantungnya melihat Ayaaz yang bergetar seluruh badan.

Rafael tersedar. Lantas tangannya naik menekup mulut. Ya Allah, apa aku cakap ni? Sumpah tak ada niat nak cakap macam tu, huwaaa!

“A-Ayaaz sumpah a-aku minta maaf.” Rafael tarik tubuh Ayaaz agar masuk ke dalam dakapannya.

“Aku faham, Pael. Aku terima semuanya. Aku tak terasa hati. Ya, memang aku berpengalaman pun.” ujar Ayaaz seakan berjauh hati. Jujur memang dia tidak terasa cuma dia terkilan sedikit.

Dah janji taknak ungkit tetapi kenapa ungkit juga, Rafael?’ getus hati Ayaaz.

“Weh, sumpah minta maaf. Aku tak sengaja. Dua tiga hari ni mulut aku memang celupar busuk macam longkang. Sorry weh sorry.” tanpa sedar, air mata Rafael mengalir. Ingat nak nangis olok-olok saja. Tetapi, ternangis betul-betul pula.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now