𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 22

119 9 4
                                    

1 RAMADAN

Ayaaz mengucap syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepadanya untuk menjalankan ibadah puasa.

Perasaannya sedikit berbeza berbanding dia berpuasa di dalam penjara. Tahun ini, dia berpuasa dengan orang yang tersayang.

Tyara Marshanda.

Ayaaz menadah tangannya. Mulut mengalunkan satu doa.

"Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala."

Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

Masih Ayaaz ingat ceramah yang pernah disampaikan oleh seorang ustaz ketika di penjara dahulu.

"Kalian tahu bahawa puasa ini ada banyak sangat kebaikannya. Kalian boleh berikan satu contoh kebaikannya?" Soal ustaz kepada anak-anak didiknya.

"Puasa dapat hapuskan dosa, ustaz!" Cukup bersemangat suaranya. Macam tertelan mikrofon.

"Bagus. Lagi?"

"Dapat pahala, ustaz!" Ini pun bersemangat sungguh. Tersenyum Ustaz mendengar jawapan mereka.

"Masyaallah, bagusnya. Ada lagi?"

"Puasa ni tak boleh makan 30 hari, Ustaz." Jawapan daripada salah seorang banduan itu berjaya mencuit hati Ustaz dan banduan-banduan lain.

"Salah tu. Kita tidak dibenarkan makan dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Selepas daripada itu, barulah kita dibenarkan berbuka puasa." Banduan itu tersengih kambing. Malulah pula.

"Orang yang berpuasa dengan sempurna akan dijanjikan mahligai yang indah di syurga kelak." Ujar Ayaaz. Jawapan yang sangat memberi impak di hati Ayaaz.

"Saya suka jawapan itu, Ayaaz. Kalian tahu tak, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda..."

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredaan Allah SWT) akan diampunkan dosanya yang terdahulu."

Baru dia tahu, betapa seronoknya berpuasa. Selama ini dia asyik merungut saja. Pagi lapar, tengahari lapar, petang lapar. Sepanjang masa mulut tak berhenti sebut lapar.

Bagi dia, puasa hanya sekadar puasa. Langsung tidak memberi apa-apa kebaikan. Tetapi dia salah. Puasa mengajarnya tentang rasa syukur yang jauh lebih baik lagi.

Setelah beberapa minit berteleku di atas alas tidur, anak mata Ayaaz teralih ke arah bawah pintu. Tiba-tiba ada surat masuk. Terus  Ayaaz capai surat itu lalu membacanya.

Keluarlah. Sahur sekali.

Bini hang,
Tyara

Ayaaz menghamburkan tawanya. Comelnya Tyara. Siap tulis surat lagi. Tapi tak mengapa. Ayaaz faham yang Tyara masih tak mahu bercakap dengannya lagi. Hanya berinteraksi melalui surat saja.

Ayaaz membersihkan muka terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik. Kelihatan Tyara sedang menghidang lauk di atas meja. Wajahnya tetap masam mencuka.

Ini kes ajak sahur tak ikhlas. Sabar jelah.

"Sedapnya bau." Puji Ayaaz. Walaupun cuma lauk telur goreng dan kicap, tetap menjadi kegemarannya.

Lauk legend ini. Siapa saja tak suka. Yang tak suka itu jangan duduk Malaysia.

Suasana di antara mereka sunyi. Ayaaz mula bosan. Tyara ini tak mahu bercakap apa-apa ke?

"Tyara.." Panggil Ayaaz. Tyara buat tidak dengar.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now