𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

103 11 0
                                    

PADA pagi jumaat itu, Teksi tiba di hadapan rumah banglo Ayaaz dan Tyara. Mak Ida melangkah ke arah majikannya setelah selesai meletakkan beg pakaian ke dalam bonet teksi lalu bersalaman serta berpelukan buat kali terakhir.

"Tyara jaga diri ya. Mak Ida minta maaf sebab terpaksa berhenti kerja." Ujar Mak Ida.

Rasa tidak sampai hati pula untuk meninggalkan rumah yang telah banyak mencipta kenangan dan pengalaman. Tyara Marshanda, majikan paling baik yang pernah dia jumpa.

"Terima kasih juga Mak Ida sebab dah banyak tolong Tyara. Tyara pun tak sanggup nak berpisah dengan Mak Ida."

Mak Ida baru sahaja mendapat panggilan daripada anak lelakinya beberapa hari yang lalu. Katanya, dia mendapat tawaran bekerja di Dubai. Jadi, Anak lelaki Mak Ida bercadang untuk membawa keluarganya berpindah ke Dubai.

Bukan biasa-biasa pekerjaan anak lelaki Mak Ida ini.

Mak Ida beralih pula ke arah Ayaaz.
Suaranya cuma perlahan. Hanya dia dan Ayaaz saja yang dengar.

"Ayaaz pun jaga diri. Jangan putus asa. Cepat atau lambat, kebahagiaan tetap akan jadi milik Ayaaz suatu hari nanti. Kalau Ayaaz rasa diri Ayaaz jatuh, Ayaaz rasa sedih, luahkan saja pada Allah ya. Allah tak pernah tidur. Dia dengar setiap apa yang umatnya luahkan. Tyara tu sayangkan Ayaaz. Tak pernah sekali dia bencikan Ayaaz. Mak Ida tahu itu. Dia cuma ego. Dalam hati dia mana ada orang lain selain Ayaaz. Percayalah cakap Mak Ida."

Ayaaz tersenyum manis. Nasihat berguna daripada Mak Ida membuatkan dia berasa sedih pula. Mak Ida akan jauh daripadanya. Dalam rumah ini, dah tak ada yang nak sayang dirinya.

Akhirnya, teksi yang membawa Mak Ida laju membelah jalan.

"Mak Ida dah tak kerja dekat sini. Makin mudah lah kerja saya nak buli awak dalam rumah ni kan?" Keningnya sengaja dijongketkan.

Ayaaz memilih untuk diam sahaja. Jika dia membalas, bertambah dalam luka di hatinya. Lebih baik dia telan saja kata-kata isterinya.

"Abang masuk dulu. Abang terlupa nak jemur cadar." Laju saja Ayaaz melangkah masuk ke dalam rumah. Lama-lama dia di situ, bimbang emosinya berubah tidak stabil.

••••

MEMANDANGKAN hari ini hari sabtu, Ayaaz dan Tyara sama-sama cuti. Masing-masing hanya berada di rumah sahaja.

Seusai menunaikan solat Asar, Ayaaz melangkah keluar dari biliknya bersama satu tujuan. Di tangannya ada satu sampul berwarna putih.

Ayaaz mengintai sedikit kr arah ruang tamu. Kelihatan beg tangan Tyara berada di atas sofa. Senyap-senyap Ayaaz melangkah ke arah ruang tamu itu sambil kepalanya melihat sekeliling. Takut-takut Tyara nampak apa yang dia buat.

Saat dia sudah dekat dengan beg tangan Tyara, dengan pantas sampul itu dimasukkan ke dalam beg tangan. Nafas dihela lega.

Tap! Tap!

Bunyi derapan kaki seseorang yang datang dari arah tangga membuatkan Ayaaz mengeras seketika. Lantas dia mencapai bulu ayam yang tergantung di dinding lalu berpura-pura membersihkan kabinet TV.

Tyara turun dengan pakaian santai bersama ipad di tangannya. Mahu siapkan sedikit kerja mungkin.

"Lepasni pergi cuci dekat luar rumah tu. Penuh dengan daun kering. Daripada haritu lagi saya suruh awak bersihkan. Tak buat-buat juga!" Suara Tyara naik seoktaf. Sakit mata dia melihat daun kering yang bersepah di atas simen garaj itu.

Ayaaz yang mendengar arahan itu mengangguk sekali.

"Okay, sayang."

Tyara merasakan pipinya berona merah. Suka apabila Ayaaz memanggilnya sayang. Eh, apa kau merepek ni?

Tyara mengambil tempat di atas sofa. Ayaaz yang sedang membersihkan garaj itu dipandang sekilas. Seketika kemudian, Tyara berkerut dahi apabila mendapati beg tangan yang dia letak secara tegak tadi sudah berubah posisi kepada baring. Beg tangan ni hidup ke?

Malas mahu berfikir, tangan Tyara mencapai beg tangannya. Saat dia ingin menyeluk tangannya untuk mengambil telefon, satu sampul berwarna putih menarik pandangannya.

Sampul apa ni? Ketika pulang dari kerja, sampul itu tiada lagi dalam beg tangannya.

Dibuka sampul itu lalu melihat isi dalamnya. Tyara pelik apabila terdapat RM300 dalam sampul itu. Duit apa ni?

Satu lipatan kertas yang turut terdapat dalam sampul itu dibacanya.

Assalamualaikum, isteri abang.

Dalam sampul tu, ada duit daripada abang. Itu nafkah Tyara untuk bulan ni. Maafkan abang sebab tak mampu beri nafkah sebanyak dulu. Tetapi, abang akan cuba tambah nilai nafkah Tyara untuk bulan akan datang. Untuk bulan ni, hanya itu yang abang mampu beri.

Sekali lagi, maafkan abang. Doakan abang dimurahkan rezeki ya. Abang akan cuba beri kemewahan untuk Tyara. Abang sayang Tyara dunia dan akhirat.

Husband,
Ayaaz

Terbit segaris senyuman nipis. Senyuman ikhlas dari hati. Dia tersentuh dengan ayat yang ditulis oleh suaminya. Walau susah bagaimana pun hidup Ayaaz sekarang, tidak pernah dia lupa akan nafkah buat isterinya.

Tyara tersenyum lagi ketika meneliti tulisan tangan suaminya. Tulisannya menyenget. Mesti Ayaaz sengetkan kertasnya sebelum menulis. Barulah cantik dan kemas. Tulisan dia pun tak secantik ini. Cakar ayam saja.

Ayaaz Zaiden. Suaminya sekarang punya sifat yang mampu membuatnya makin jatuh cinta. Terlalu banyak perkara yang telah berubah. Dia bersyukur atas semua itu. Kini, Ayaaz hidup lebih berpandukan ajaran agama yang benar.

Alhamdulillah.

"Terima kasih, Ayaaz. Saya sentiasa doakan awak."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now