𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 15

114 11 0
                                    

AYAAZ melihat jam di telefonnya. Masih awal lagi ini. Rasa nak beri hadiah pada Tyara. Sudah lama dia tidak beri hadiah kepada Tyara. Kalau dulu, seminggu sekali mesti kena beri hadiah pada Tyara.

Tidak mengambil masa yang lama, Ayaaz berhenti di sebuah kedai bunga. Macam-macam bunga ada di sini dan kesemuanya cantik belaka. Rambang mata dia nak pilih.

"Ya encik, nak beli bunga ya?" Soal seorang pelayan. Ayaaz mengangguk kecil

"Boleh saya tahu encik nak beri bunga pada siapa? Mana tahu saya boleh bantu untuk pilih bunga yang sesuai."

"Bunga untuk isteri saya." Balas Ayaaz. Pelayan itu tersenyum. Setiap kali ada pelanggan yang datang untuk membeli bunga buat sang isteri, pasti dia tersenyum. Nampak romantik para suami yang datang ke kedainya untuk membeli bunga.

Akhirnya, Ayaaz memilih bunga kesukaan Tyara. Bunga ros putih. Bunga yang melambangkan permulaan baharu dan cinta abadi.

"Mesti Tyara suka abang bagi bunga." Ujarnya sambil menghidu bau bunga itu. Sangat wangi.

10 minit kemudian, Ayaaz menuju pulang ke rumah dengan harapan Tyara tersenyum dengan pemberiannya. Tak sabar nak bagi bunga dekat isteri abang.

••••

MALAM menjelma. Disebabkan jalan raya yang agak sesak tadi, dia lewat sampai ke rumah. Mungkin Tyara dah tidur. Ayaaz berasa sedikit kecewa dengan diri sendiri kerana dia sudah berjanji untuk pulang awal.

Malas berfikir panjang, Ayaaz mencapai sejambak bunga ros putih yang terletak di tempat duduk bersebelahannya. Dipandang buat kali ke-10 bunga itu. Cantik.

Kaki dibawa menuju ke pintu utama rumah. Salam diberi sambil mata melilau sekeliling rumah sebelum matanya terlihat susuk tubuh Tyara yang sedang menonton televisyen.

Segaris senyuman terbit di bibirnya.  Hadiah itu disorok di belakangnya.

"Sayang.." Panggil Ayaaz lembut. Dia perlahan-lahan mengorak langkah menghampiri Tyara.

Tyara menjeling Ayaaz. Tak suka apabila dirinya dipanggil sayang.

"Sayang, tutup mata boleh?" Pinta Ayaaz sambil mengelip matanya berkali-kali.

"Jangan kacau saya la. Tepi!" Kaki Ayaaz ditendang sedikit kuat. Mujur Ayaaz tak jatuh.

"Sekejap je. Please?" Ayaaz memuncung sedikit. Haih, ingat comel lah tu?

Tyara mendengus kasar lalu menurut saja arahan Ayaaz. Apa yang Ayaaz nak buat pun dia tak tahu.

"Jangan buka lagi!"'

"Cepatlah!" Geram Tyara.

"Okay. Satu, dua, tiga. Buka!"'

Tyara membuka mata. Di hadapannya ada sejambak bunga ros putih kegemarannya  Senyuman lebar terukir. Jelas kelihatan wajah Tyara yang gembira itu.

Dalam hati, Ayaaz bersorak gembira. Dia dah agak yang Tyara sukakannya.

Menyedari dirinya sudah terlajak tunjuk riak wajah, cepat-cepat Tyara mematikan senyuman.

"Saya tak suka bunga."

Senyuman Ayaaz pula yang mati. Harapannya punah.

"Abang tahu Tyara tak pernah berhenti sukakan bunga." Ujar Ayaaz perlahan.

"Saya cakap saya tak suka bunga dah. Awak tak faham bahasa ke?!" Suara Tyara naik seoktaf. Rancangan televisyen yang sedang disiarkan itu tidak lagi menarik perhatiannya.

"Kalau Tyara tak suka, kenapa masih jaga taman bunga dekat belakang rumah tu? I know you, sayang. Ambillah bunga ni. Abang tahu Tyara suka kan?" Ayaaz tidak berputus asa. Dia menghulur bunga ros putih itu kepada Tyara.

Hati Tyara panas membara. Dicapai kasar bunga itu lalu dilempar jauh dari ruang tamu. Kini, bunga itu sudah hancur. Kelopak bunga tercabut. Sudah tidak nampak rupa bunga lagi.

"Nak sangat saya ambil kan? Saya dah ambil. Tapi saya minta maaf. Saya tak suka bunga. Jadi, saya terpaksa buang. Sorry tau." Sengaja Tyara menyakitkan hati Ayaaz dengan membuat suara sedih.

Ayaaz termenung jauh ke arah bunga yang sudah hancur itu.

'Kasihannya kau Ayaaz. RM100 kau habis macam tu je untuk sejambak bunga yang tak dihargai tu.'

"Ergh!" Ayaaz mengerang perlahan sambil memegang kepalanya.

Tyara yang perasan akan erangan itu mula berasa tidak enak di hati. Kenapa dengan Ayaaz?

'Ish, jangan kisah pasal dialah, Tyara.'

Ayaaz cuba stabilkan diri. Tak apa Ayaaz. Esok masih ada. Cuba lagi, Ayaaz. Jangan cepat menyerah. Suatu hari nanti Tyara pasti akan terima kau semula.

"Abang minta maaf sebab buat Tyara marah harini. Abang masuk bilik dulu."

Ayaaz tidak boleh lama di situ. Emosinya naik turun dan dia bimbang jika dia tidak dapat mengawalnya di hadapan Tyara.

Dengan langkah perlahan, Ayaaz masuk ke bilik bersama hati yang lara.

Dengan langkah perlahan, Ayaaz masuk ke bilik bersama hati yang lara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now