𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 33

82 5 0
                                    

MATA yang masih layu itu Tyara cuba buka apabila sinaran matahari menerobos masuk melalui jendela. Dalam keadaan separa sedar, Tyara berdecit.

“Siapa buka langsir ni? Sakit mata Tyaraaa,” meleret suara Tyara. Tangannya naik menggosok mata agar pandangan kembali jelas.

Sorry sayang. Abang yang buka.”

Mata Tyara tercelik luas. Kepalanya menoleh ke arah kanan. Anak matanya terus disapa oleh pemandangan indah.

Tyara tersengih suka. Tubuhnya didekatkan pada tubuh Ayaaz lalu dia masuk ke dalam pelukan suaminya.

Good morning, abang.” ucap Tyara sambil hidung digesel-gesel pada batang leher Ayaaz. Bau maskulin yang masih melekat pada leher itu cukup membuatnya khayal.

Good morning, sayang.” dahi isteri tersayangnya dikucup lama. Pagi-pagi lagi Tyara dah bertukar karakter menjadi kucing parsi. Manja sungguh!

“Abang...”

Hmm?”

Abang berniaga ke hari ni?” soal Tyara tetapi kedengaran perlahan saja di telinga Ayaaz.

“Berniagalah. Kenapa?” Ayaaz menyoal kembali. Ayaaz menunduk kepala sedikit, ingin melihat kucing parsi yang sedang bermanja di celah ketiaknya.

“Alaa, baru nak ajak abang pergi jalan-jalan,” Tyara mencebik.  Suaranya juga jelas menunjukkan kekecewaan yang melanda.

Tyara terus bangun lalu mengambil posisi duduk. Tyara menunduk manakala Ayaaz mula rasa bersalah yang teramat.

“Dah lama sangat kita berdua tak keluar jalan-jalan,” rintihnya lagi. Jari-jemari kanannya menguis jari-jemari kirinya.

Ayaaz mengemam bibir. Lemah dirinya melihat Tyara yang hampir saja ingin mengalirkan air mata. Ayaaz mengambil posisi duduk bertentangan isterinya.

“Jom,” Laju Tyara mengangkat kepalanya memandang Ayaaz.

“Jom jalan-jalan?” Kegembiraan semakin terpancar di wajah Tyara. Kedua belah tangan suaminya dipegang erat.

“Iya, isteri abang yang cantik.”

“Hari ni?!” Kedua belah tangan suaminya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Terlalu teruja nampaknya.

“Iya, sayang. Abang nak cuti. Abang nak bawa Tyara keluar jalan-jalan hari ni,” jelas Ayaaz agar isterinya lebih faham. Kalau dah seronok sangat, memang lembap sikit Tyara ini.

“Yeay!” Tyara bersorak gembira sambil kedua belah tangan ternaik ke atas. Macam baru menang anugerah saja.

“Pergi mandi cepat. Abang tunggu dekat bawah.” arah Ayaaz kepada isterinya.

“Abang taknak mandi?” Tyara tersenyum nakal pada suaminya. Jari telunjuk dan jari tengah bergerak naik ke lengan suaminya.

Ayaaz telan liur dengan payah. Senyuman nakal itu belum pernah lagi dia lihat daripada Tyara. Perlahan-lahan Ayaaz jatuhkan kakinya ke lantai. Bersedia untuk bangun.

Erm, abang nak turun buatkan sarapan untuk Tyara,” balasnya dengan nada getar.

Siapalah yang mengajar Tyara Marshanda kesayangannya ini yang bukan-bukan? Huh!

“Cey, telinga abang merah!” sakan Tyara ketawakan suaminya. Baru kena usik sikit dah meremang bulu roma.

Ayaaz menggeleng kepala seraya mencubit pipi gebu Tyara dengan kuat.

“Argh, sakitlah abang! Kenapa cubit pipi Tyara?!” Tangan suaminya dialih kasar. Bibirnya mencebik masam.

“Haa tulah, kenakan abang lagi. Padan muka!” spontan Ayaaz berkata begitu seraya menjelir lidah pada Tyara.

Terbuntang luas mata Tyara saat Ayaaz katakan ‘padan muka’ kepadanya. Kakinya sudah siap sedia ingin mengejar suaminya.

“Berani abang cakap padan muka dekat Tyara! Tyara kejar abang!” kaki pendeknya mula berlari ke tingkat bawah. Mengah tak mengah, tolak tepi. Asalkan dia dapat cubit pipi suaminya dengan lebih kuat dan lebih sakit.

Bwerk! Tak dapat, tak dapat!” Ayaaz pun sama naik. Sudah seperti kanak-kanak riang.

•••


TYARA nak pergi mana pula?” Ayaaz memandang isteri di sebelah. Lenggang betul si permaisuri ini. Dia pula yang perlu memegang semua beg kertas yang berisi barang-barang yang mereka beli di mall ini.

Tyara usap dagunya. Sambil-sambil berfikir, aiskrim yang hampir cair cepat-cepat disuap ke mulut.

“Jom pergi makan nak?” ajak Tyara mengundang kerutan di dahi Ayaaz. Langkah Ayaaz terhenti diikuti Tyara.

“Tadi dah makan nasi ayam kan?” Ayaaz tersenyum nipis melihat isterinya. Tyara usap perutnya yang berkeroncong semula.

“Tyara lapar lagilah, abang.” Tyara memuncung sedepa. Nasi ayam tak cukup bagi dia.

Ayaaz mengecil matanya melihat Tyara. Satu perkara tiba-tiba terlintas.

Are you pregnant, sayang?”

Hey! Baru buat semalam mana datang pregnant, abang?”

Shh! Jangan cakap kuat sangatlah, Tyara!” Ayaaz berbisik kasar di telinga isterinya. Malu pula apabila ada beberapa orang melihat ke arah mereka dan tersenyum saja.

“Siapa suruh tanya soalan macam tu? Sabar ya abang. Tak lama lagi ada la baby.” usik Tyara lagi. Urat malunya awal-awal dah putus.

Kasihan Ayaaz, dia pula yang kena tanggung malu. Reda sajalah.

Okay enough. Tyara saja nak kenakan abang dekat public kan?” Ayaaz mencekak pinggangnya. Mahu saja dia menggeletek Tyara sekarang ini.

“Cepatlah abang. Lapar ni.” Tyara mendongak ke atas menatap suaminya. Haih, tinggi macam galah betul laki aku ni.

Ayaaz usap kepala Tyara. Apa sahaja permintaan isterinya, dia akan tunaikan tidak kira apa jua keadaan. Termasuklah apabila Tyara mengadu dirinya masih lapar.

“Jom kita pergi makan dekat Damascus,” lengan kecil isterinya ditarik agar mengekorinya.

Mendengarkan itu, Tyara terus memeluk lengan suaminya. Dah lama Tyara teringin nak ke sana tetapi tiada masa pula.

“Nak shawarma ayam boleh kan abang?”

“Boleh, sayang.”

Erm, shawarma daging?”

“Iya sayang, boleh.”

“Semua boleh?” Ayaaz mengangguk. Bersinar mata Tyara tika ini. Semua kehendaknya, Ayaaz iyakan saja.

“Nak selfie dengan Abang Arab pun boleh?”

Hell no! Telefon Tyara abang pegang nanti.”

“Alaa...” Tyara buat muka cemberut. Cemburulah tu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now