𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 23

119 6 3
                                    

PELUH yang jatuh merinik di pelipisnya dikesat dengan kain yang tergantung di leher. Panas kerana cuaca. Penat kerana sudah 1 jam dia tidak duduk.

Tak henti-henti orang datang membeli air jagungnya. Sejak 2 minggu berpuasa, jualannya semakin meningkat. Untung pun bertambah berbanding untung sebelum Ramadan.

Dia sudahlah seorang saja. Tak ada orang lain nak tolong bantu. Terpaksalah dia kerah tenaga. Apa-apa pun Ayaaz bersyukur kerana rezeki yang dikurniakan ini.

"Bey, air jagung so bey." Ini dah kenapa berlonghat kelantan?

Ayaaz pandang pemilik suara itu. Dah agak dah. Tak lain dan tak bukan, Rafael. Ayaaz meletuskan tawanya.

"Awal beli air." Ujar Ayaaz. Tangannya bergerak mengisi air jagung buat Rafael dan Fariz.

"Kena la awal. Nanti habis. Dahlah gerai kau ni laku teruk. Banyak kali aku terlepas beli." Jelas Rafael. Hari ini dia cuba nasib setelah 3 kali dia gagal beli air jagung Ayaaz gara-gara datang pada hujung waktu. Mujurlah hari ini sempat.

Ayaaz mengangguk faham. Selalu saja ada orang yang tak sempat beli. Laku sangat jualannya. Mungkin dia perlu tambah balang baru? Nanti-nantilah dia fikirkan.

"Haa kau Fariz, masam je muka. Kenapa?" Soal Ayaaz. Diam saja dari tadi. Tak bercakap walau sepatah.

Fariz menggeleng.

"Dia merajuk sebab harini aku tak boleh berbuka dengan dia. Mengada gila mamat ni. Cekik kang baru tahu." Selamba saja Rafael berkata begitu. Ayaaz ketawa mendengarkan itu.

"Dah kenapa pula kau tak boleh berbuka dengan dia?" Soal Ayaaz.

"Haih, busy la bro. 2 minggu dah aku berbuka dekat hospital. Mamat mengada ni pula tak ada mood berbuka sorang-sorang. Dah kerja nak buat macam mana."

"Semua benda kau nak cerita." Terasa hilang pula kemachoannya. Selalunya orang nampak dia matang. Tapi, matang-matang pun kuat merajuk.

Ayaaz hanya menggeleng saja. Macam-macam hal. Susah juga menjadi seorang doktor ini. Selalu sibuk dengan urusan di hospital. Selalu tak ada masa untuk orang lain.

Tetapi ingat, doktor inilah yang telah banyak berjasa pada pesakit-pesakit.

"Kita orang balik dulu la. Dah lewat ni. Nah, baki simpan." Rafael hulurkan wang berjumlah RM50.

Ayaaz ambil saja. Dia dah jemu nak berlawan dengan Rafael. Rafael suruh ambil baki, maka dia kena ambil saja. Jangan banyak songeh.

"Terima kasih, bro. Fariz, senyum sikit." Ayaaz mengusik Fariz lagak memujuk kanak-kanak.

"Cepatlah beli. Aku nak masak untuk berbuka ni." Garang benar suaranya. Fariz terus beredar dari situ.

Rafael berkerut dahi melihat Fariz yang meninggalkannya terlebih dahulu.

"Aku rasa dia bukan lelaki." Ujar Rafael tiba-tiba.

"Haa? Kenapa?" Ayaaz membulat mata. Melayan si Rafael ini.

"Dia datang bulan tu. Emosi tak stabil. Nak maghoh je kerja."

Ayaaz ketawa terbahak-bahak. Aduhai, suka-suka saja cakap begitu. Dah nama pun Rafael. Perangai memang ngok ngek sikit.

••••

TYARA menutup dapur gas. Dia mendekatkan sedikit wajahnya ke arah periuk. Asam pedas ikan pari yang baru siap dimasak itu dihidu. Bau saja sudah sedap apatah lagi rasanya.

Mangkuk dicapai lalu meletakkan lauk asam pedas ikan pari itu kedalamnya. Seusai itu, Tyara membawanya ke meja makan.

Asam pedas, sayur campur, sotong goreng tepung dan jus epal. Cukuplah itu. Banyak-banyak nanti tak habis pula. Semuanya sedap. Perut pun dah berkeroncong minta diisi.

Lagi 3 minit saja nak berbuka. Tyara masih menunggu kepulangan seseorang.

Ayaaz Zaiden.

Tyara dah lama simpan hajat ingin berbuka puasa sekali dengan Ayaaz. Tetapi tak kesampaian pula. Sebelum ini, Ayaaz hanya berbuka seorang diri di dalam bilik. Juadah berbuka pun beli sendiri saja.

Lauk asam pedas ikan pari itu dia masak bukan kerana cita rasanya untuk hari ini tetapi kerana Ayaaz.

Itulah lauk kegemaran Ayaaz. Sewaktu awal perkahwinan dulu, Ayaaz selalu berkata kepadanya.

"Kalau hari-hari Tyara masakkan abang asam pedas ikan pari pun abang takkan muak. Your masakan never let me down."

Mengingatkan hal itu, Tyara terus keluar rumah untuk membeli bahan-bahan memasak.

"Assalamualaikum." Tyara bersorak dalam diam. Suami dah balik.

Ayaaz melangkah ke arah Tyara. Tyara berdiri di hadapannya. Ada apa-apa ke?

"Kenapa sayang?" Ayaaz menyoal. Kunci vannya diletakkan di atas sofa.

Tyara gigit bibir. Masih berkira-kira mahu mengajak Ayaaz berbuka.

Bahunya disentuh. Tyara angkat kepala memandang suaminya.

"Kenapa ni Tyara? Cakaplah dengan abang." Lembut saja nadanya. Ini yang melemahkan hati seketul Tyara.

Sesaat, Tyara menarik tangan Ayaaz lalu dibawa ke meja makan. Kerusi ditarik lalu Tyara menekan bahu Ayaaz supaya duduk.

Tyara capai kertas pelekat nota dan pen yang tersimpan dalam poket seluarnya. Ditulis sesuatu lalu ditampal pada lengan Ayaaz.

Berbuka sekali. Makanan yang awak beli tu buat sahur je.

Ayaaz tersenyum lebar. Perasaan apa yang sedang bertandang di hatinya sekarang? Gembira, bahagia, suka, itulah dia.

"Kenapa tak cakap je, sayang?"

Tyara diam tak berespon. Dia mencedok nasi ke dalam pinggan Ayaaz.

Ayaaz senyum kelat. Tak apalah, mungkin Tyara belum bersedia.

"Terima kasih Tyara. You've changed a lot."

Bukan Ayaaz tidak sedar, Tyara seperti sedang membuka pintu hati untuk menerimanya semula. Jika benar, dialah lelaki paling bahagia di dunia ini.

Ayaaz ketuai bacaan doa. Walaupun masing-masing makan tanpa berbual apa-apa, tetap tidak dapat digambarkan bagaimana gembiranya hati mereka dapat berbuka puasa bersama.

"Lepas ini Tyara rehat je. Biar abang kemas semua ni." Ujar Ayaaz.

Tyara geleng tanda tak perlu. Dia kasihan pada Ayaaz. Baru balik kerja takkan nak kemas semua ini kan.

"Tak apa, Tyara. Tyara dah penat-penat masak takkan Tyara juga yang kena kemas kan."

'Ya Allah, baiknya awak Ayaaz.' getus hati Tyara.

Tyara tidak membantah. Kalau Ayaaz nak kemas, tak apalah. Dia takkan halang. Ayaaz ini memang jenis yang tak tahu penat. Dia pula yang penat tengok Ayaaz.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now