𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 18

123 10 2
                                    

FARIZ menghentikan keretanya di hadapan rumah Ayaaz. Mujurlah ada satu pagar kecil yang tidak berkunci. Tak perlulah dia pening-pening hendak fikir cara untuk masuk ke perkarangan rumah ini.

Fariz berlari ke arah pintu utama. Ah! Berkunci pula pintunya. Hanya satu cara saja yang terlintas di benaknya.

BUM!

Fariz menendang kuat pintu utama rumah. Nantilah dia bayar ganti rugi pintu yang sudah pecah ini. Apa yang lebih penting adalah Ayaaz.

"Ayaaz!" Jerit Fariz.

Dia bergerak ke tingkat atas. Bilik tidur utama ditujunya. Namun, Ayaaz tiada disitu. Dia bergerak pula ke bilik lain. Tetap sama. Fariz mula risau akan keberadaan Ayaaz.

Dia takut perkara lebih teruk terjadi.

Fariz cuba mencari Ayaaz di tingkat bawah. Satu-satunya bilik yang ada di tingkat bawah ditujunya.

Tepat sangkaannya.

Ayaaz terbaring lemah di atas alas tidurnya. Segera Fariz memangku kepala Ayaaz lalu menepuk perlahan pipinya.

"Ayaaz, kau dengar suara aku kan?" Soal Fariz cemas.

Anggukan kecil daripada Ayaaz sedikit sebanyak menenangkan hati Fariz yang goyah. Dia fikir Ayaaz sudah tidak sedarkan diri.

"Dada aku sa-sakit." Ujar Ayaaz dengan susah payah. Dadanya naik turun menahan sakit. Rasa mahu tikam saja dadanya.

Fariz melekapkan belakang tangannya pada dahi Ayaaz. Panas sangat! Tanpa berkata apa-apa, Fariz mencempung tubuh Ayaaz lalu keluar dari rumah.

"Fariz!" Panggilan seseorang menyapa gegendang telinga Fariz. Serta merta wajahnya berubah tegang. Semakin membara api kemarahannya tatkala melihat Tyara yang baru munculkan diri.

Kenapa baru sekarang, Tyara?

"Kau nak bawa Ayaaz pergi mana?" Soal Tyara bersama kerutan di dahi. Diperhatikan Ayaaz yang sedang memejamkan mata di pangkuan Fariz.

"Kenapa kau tanya?"

"Dia suami aku. Mestilah aku kena tanya!"

"Baru sekarang kau nak anggap dia suami? Ayaaz call kau tapi tak jawab. Kau tahu tak masa tu Ayaaz betul-betul perlukan kau?! Buang jelah telefon tu kalau susah sangat! Kerja lagi penting kan. Silap-silap suami dah mati kat rumah ni pun taknak ambil peduli. Kau tengok suami kau ni, kau langsung tak ada rasa kesian ke, Tyara? Muka ni yang banyak bersabar dengan kau. Aku dapat rasa yang mental Ayaaz terjejas disebabkan kau. Allahuakbar! Aku tak sanggup tengok Ayaaz terseksa lagi, Tyara. Tolonglah! Kalau kau rasa Ayaaz masih tak berubah, kau salah. Kau yang patut berubah, Tyara. Ubah hati kau. Jangan ikutkan sangat ego yang kau sanjung tu. Ayaaz selalu tunggu kau cintakan dia."

Tyara terkelu lidah. Sedikit sebanyak kata-kata Fariz tadi telah menyedarkan dirinya. Masih sempatkah dia untuk menyesali semua ini?

Abang, Tyara minta maaf.

"Tyara, jaga diri ya. Jangan risaukan abang. Abang okay uhuk uhuk." Ujar Ayaaz yang separa sedar. Lihatlah, Ayaaz masih bersikap baik pada isterinya.

"Kalau aku tahu macam ni cara kau layan Ayaaz selepas dia keluar penjara, aku tak teragak-agak nak bawa dia keluar daripada rumah ni! Fikir-fikirkanlah. Jangan sampai semuanya dah terlambat, baru kau nak menangis." Seusai berkata, Fariz terus membawa Ayaaz ke hospital.

Tyara terduduk. Hujan mula turun dengan lebat. Selebat air matanya yang sedang mengalir laju bak air terjun.

Air mata penyesalan.

"Aku menyesal, Ya Allah. Aku menyesal." Rintihnya.

••••

FARIZ menunggu Rafael dan rakan sekerjanya memeriksa keadaan Ayaaz. Terasa berdebar hebat dadanya.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, Ayaaz sudah tidak sedarkan diri. Oleh itu, habis semua lampu merah dia langgar. Surat saman sampai ke rumahnya nanti, bayar sajalah. Apa susah? Kaya kan.

Fariz memejam mata seketika.

"Tidur ke mat?" Soalan daripada Rafael yang baru sahaja keluar dari bilik wad menggamit sistem pendengaran Fariz. Terus tercelik matanya.

"Tak adalah. Ayaaz macam mana? Dia okay?" Soal Fariz. Dia berdiri lalu berjalan mendekati Rafael. Rakan sekerja Rafael terus meminta diri memandang dia ada tugas lain perlu dibuat.

"Dia demam panas. Teruk juga. Suhu badan dia tinggi. 40 darjah." Jelas Rafael.

Terbeliak luas mata Fariz. Tinggi betul! Tanjat boboy.

"Dia cakap dada dia sakit. Ada apa-apa yang serius ke?"

"Itu berpunca daripada demamlah. Teruk sangat demamnya sampaikan oksigen dia pun turun mendadak. Sebab tu dada dia sakit. Susah nak bernafas. Sekarang ni dia bergantung dengan alat bantuan pernafasan." Terang Rafael bersama keluhan kecil. Kasihan dia tengok Ayaaz. Pucat saja wajahnya. Dia sebagai sahabat baik Ayaaz turut berasa sedih.

"Alhamdulillah la kalau tak ada apa-apa. Aku risau gila dho. Ada isteri pun tak boleh pakai." Ujar Fariz tanpa bertapis. Geram punya fasal.

"Maksud kau?" Rafael kurang faham dengan ayat terakhir Fariz tadi.

"Nantilah aku cerita. Aku nak tengok Ayaaz." Selangkah Fariz mara ke hadapan namun ditahan oleh Rafael.

"Ayaaz tengah berehat. Kau pergilah makan dekat cafe bawah dulu. Tak pun balik dulu tukar baju. Kelakar dho datang hospital pakai seluar pendek dengan singlet." Rafael menghamburkan tawanya. Ini mesti Fariz tergesa-gesa ingin ke rumah Ayaaz. Dicapai rawak saja pakaian yang ada di almari.

"Aku nak cepat, gila!"

Fariz menggaru kepalanya. Nasib baik dah tengah malam. Jadi, tak ramai sangat orang di hospital ini. Tapi dia tetap malu kerana ada doktor dan jururawat wanita yang pandang dia atas bawah.

"Aku balik dululah." Laju Fariz berjalan keluar dari hospital.

Urat malu putus tadi. Sekarang dah bersambung semula. Orang kacak pakai singlet pergi hospital? Hilang terus kemachoannya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now