𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 12

113 9 0
                                    

RAISHA berjalan dengan gaya modelnya sambil membawa satu beg kertas berisi makanan dan minuman dari Starbucks.

Walaupun wajahnya nampak segar, tiada siapa tahu yang dia sekarang ini sedang menahan rasa mengantuk yang maha dahsyat.

Kalau bukan disebabkan Tyara, hari cutinya pasti dimanfaatkan dengan memanjakan diri di spa ataupun pergi mencuci mata di pusat beli-belah.

"Selamat pagi, Cik Raisha."

Teguran daripada cleaner dibalas baik bersama senyuman. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak mengabaikan orang.

Ya, Raisha sedang marah kerana Tyara mengganggu hari cutinya.

Setelah tiba di hadapan pejabat Tyara, tombol pintu itu dipulas kasar sehingga Tyara yang sedang memakai pengilat kuku itu turut terkejut.

"Pulaslah kasar-kasar, Sha. Biar tercabut tombol pintu aku tu pun tak apa."

Raisha menunjukkan tangannya yang digenggam membentuk satu penumbuk.

"kaya kan? Rosak pintu beli baru."

Tyara kecilkan matanya melihat Raisha. Minah ni kang ey!

"Mimpi apa kau ni sampai hari cuti pun nak datang kerja?" Raisha menyoal tidak puas hati. Dia melabuhkan punggung dengan kasar di atas kerusi.

"Chill, babe. Macam tak biasa je kau ni." Balas Tyara bersahaja. Kukunya yang baru dikilatkan ditiup perlahan.

Raisha pasrah saja. Sarkastik sangat balasannya. Malas sudah Raisha nak berbalas kata.

"Cakap jelah dengan aku. Kenapa tiba-tiba datang kerja?" Suasana menjadi serius.

Tyara termenung seketika ke arah cermin kaca yang membolehkan dia melihat suasana bandar Kuala Lumpur yang seringkali sesak dengan kenderaan-kenderaan.

Tyara mengeluh perlahan.

"Aku bukannya datang sebab nak buat kerja. Aku panggil kau pun bukan nak suruh buat kerja."

Raisha berkerut dahi. Amboi, dah panggil aku datang office. Dengan baju formal pejabat lagi. Kemudian, Tyara kata bukan nak buat kerja?

Wah, sangat ramah!

"Aku sebenarnya malas nak duduk rumah. Rimas." Ujar Tyara menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Raisha.

"Rimas? Sebelum ni okay je." Benar. Sebelum ini, Tyara tak pernah merungut bahawa dia rimas berada di rumah pada hari cuti. Tetapi hari ini, Tyara seolah bukan Tyara yang dia kenal. Macam-macam perkara berubah.

"Aku tak okay, Raisha! Dah dua bulan Ayaaz tinggal dengan aku dan selama dua bulan tu, hidup aku tak tenang, Sha. Hari-hari ada saja benda yang buat aku marah!" Luah Tyara geram.

Contohnya seperti hari ini. Sudah dicakap berkali-kali kepada Ayaaz untuk tidak membuat perkara yang sia-sia kerana pasti akan membuatnya marah. Tetapi, Ayaaz tidak faham bahasa. Dibuat juga sarapan pagi untuknya.

Hati Tyara sedang panas membakar memikirkan kehidupannya selama dua bulan ini. Tidak pernah dia seserabut ini. Hidup berseorangan  lebih aman baginya berbanding hidup berpasangan.

Raisha terpempan mendengar luahan hati Tyara. Nampak marah benar. Giliran Raisha pula yang mengeluh.

Dia fikir Tyara sudah berlembut hati dengan suaminya memandangkan sudah dua bulan. Dua bulan itu kalau diikutkan lamalah juga. Takkanlah Tyara masih melancarkan perang antara Ayaaz.

"Aku tak faham dengan kau ni, Tyara. Kenapa kau nak ingat kisah Ayaaz yang dulu? Benda dah lepaslah, Tyara. Tak ada faedah pun kalau kau still nak pertahankan ego kau tu." Bebel Raisha. Dia juga marah apabila Tyara bersikap begini. Dia tidak suka sama sekali.

"Kau tak ada dekat tempat aku, Raisha Maleeqa. Kau tak rasa apa yang aku rasa! Cuba bayangkan kalau kau dah berkahwin dan suami kau curang. Paling gempak lagi bila dia disabitkan kesalahan sampai kena masuk penjara. Kau imagine sekarang! Kau rasa kau boleh terima ke?!" Suara Tyara naik seoktaf. Hatinya menggelegak panas.

"Yes. Aku terima. Whoever he is, whatever wrong he has done, aku tetap akan maafkan dia. Semua orang layak diberi peluang kedua. Tyara."

Mendengar saja jawapan yang keluar dari mulut Raisha, Tyara ketawa sinis sambil menepuk tangannya berkali-kali.

"Aku dah kata, kau tak lalui semua tu lagi. Jadi kau takkan tahu macam mana rasa dia. Jangan ikut sedap mulut saja, Raisha. You are not Tyara Marshanda and you'll never know my feelings. Sakit dalam hati aku ni tak ada siapa nak kisah pun kan? Yang semua orang tahu, cuma nak backup Ayaaz je. Habis tu aku? Tiada siapa yang nak tanya keadaan aku! No one, Raisha! No one!"

Wajah Tyara dibasahi air mata. Air mata yang jatuh ibarat hujan lebat. Air mata yang menunjukkan kesakitan yang teramat di sudut hatinya yang terdalam. Jika mereka fikir Ayaaz sudah tersakiti, jangan lupa padanya yang turut tersakiti.

Raisha tidak dapat menahan sebak. Air matanya turut jatuh membasahi pipi. Ya, benar kata Tyara. Dia takkan faham apa yang Tyara rasa. Kerana dia tidak lalui semua itu.

Rasa bersalah mula bertandang.

"Aku minta maaf, Tyara." Raisha meminta maaf. Tangan Tyara digenggam. Ingin mengalurkan kekuatan.

"Jangan menangis, Tyara. Muka kau dah tak cantiklah." Usik Raisha. Cuba meredakan tangisan sahabatnya.

Senyap. Hanya bunyi penyaman udara saja yang kedengaran. Rupanya, Tyara sudah berhenti menangis. Serentak, Tyara dan Raisha ketawa bersama.

"Oh, kalau aku cakap muka kau tak cantik, baru nak berhenti ya?" Raisha tersenyum menampakkan sebaris gigi bersinarnya. Tyara tersengih kambing.

"Muka aku buruk sangat ke?" Tanya Tyara. Telefonnya dicapai untuk dijadikan cermin. Bimbang jika solekannya rosak kerana air mata.

Raisha mencapai beg tangannya. Perlahan dia bangkit dari kerusi lalu mendekati wajah Tyara.

"Kau kenapa?" Dahi Tyara berkerut.

"Iya, muka kau buruk macam badut!" Sebaik sahaja berkata begitu, Raisha berlari keluar dari pejabat Tyara.

"Raisha Maleeqa!"

"Raisha Maleeqa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now