𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 28

142 14 5
                                    

LAUNGAN takbir raya kedengaran dari arah masjid. Dapur juga sudah berasap semula untuk memanaskan juadah yang telah dimasak pada hari semalam.

Betapa Ayaaz mengharapkan hari raya tahun ini dapat disambut bersama orang yang tersayang. Berpelukan bersama isteri, bersalam-salaman dengan ahli keluarga. Tidak lupa juga duit raya.

Namun, Ayaaz sedar bahawa dia takkan dapat merasai lagi momen seperti itu. Pagi raya itu dia lalui sendirian. Sempat Ayaaz beli ketupat dan rendang ayam setelah selesai solat sunat hari raya tadi untuk dia makan di dalam bilik.

Berseorangan.

“Selamat hari raya, sayang.” ucap Ayaaz dengan nada bergetar. Gambar Tyara yang berada di tangannya diusap perlahan. Andai tangan itu benar-benar dapat mengusap kepala si isteri, maka dialah lelaki yang paling bahagia di dunia ini.

Setitik,

Dua titik,

Gambar itu dihujani air mata seorang lelaki yang menginginkan hari kemenangan umat islam ini diraikan bersama dan bukan sendirian.

“Ma-maaf zahir dan batin.” bahu Ayaaz terhinjut ke atas saat tangisannya mula bergema di segenap ruang bilik. Hidupnya bagai dilembah kesunyian. Segala yang dia lakukan hanya bersaksikan diri sendiri.

Baju melayu berwarna biru tua yang dipakai ditilik sekilas. Baju melayu ini merupakan hadiah daripada Fariz dan Rafael.

Sudah dikata banyak kali untuk tidak menghabiskan wang mereka semata-mata ingin membelikannya persiapan raya. Tetapi, dua manusia itu memang tak mahu mengalah. Dia boleh saja pakai baju melayu yang lama. Masih elok lagi.

“Memanglah baju melayu kau tu elok lagi. Tapi kan seronok kalau ada baju baru.” ujar Rafael.

“Ya, aku tahu tapi banyak sangat duit kau orang habis untuk aku. Kau orang ni tak payah baik sangat boleh tak?” Ayaaz tunduk wajahnya. Rasa bersalah pula kerana menyusahkan sahabatnya.

“Kau ni banyak mulut tahu tak? Jangan la macam ni. Kau ingat aku tak tahu, kau akan sedih waktu hari raya nanti. So, pagi raya nanti datang rumah kita orang. Sambut dengan kita orang. Sebab itu aku belikan kau baju baru, barulah sedondon dengan kita orang,” balas Rafael. Fariz mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Rafael.

“Tch, kalau tak sedondon pun tak apa kan. Bukan salahpun. Baju melayu lama aku tu elok lagi. Pakai pun baru sekali.”

“Eee kau ni! Aku ni lapar. Berbuka lambat lagi. Jangan sampai aku makan kau kat sini!” Fariz dengan muka bekunya mara setapak mendekati Ayaaz.

“Ish, janganlah!” Ayaaz peluk tubuhnya erat. Ada pula nak makan kitew. Tumbuk kang.

“Jangan buat gedik sangatlah. Jom, kita cari baju untuk raya kedua.” tanpa aba-aba, lengan Ayaaz ditarik masuk ke butik seterusnya.

“Cukuplah, Pael! Dah RM 3000 habis!”

Ayaaz geleng kepalanya. Nak buat macam mana kalau dah ada kawan yang baik sangat. Apa-apa Ayaaz tidak lupa untuk berterima kasih kepada kedua-dua sahabatnya itu.

“Abang,”

Mendengar sahaja panggilan daripada seseorang, lantas Ayaaz menyeka cecair jernih yang mengalir di pipinya. Tubuh dipusingkan menghadap Tyara yang sedang berdiri di pintu.

“Ya, sayang?” Ayaaz ukir senyuman manis. Matanya tidak lepas daripada memandang busana indah berwarna biru tua yang tersarung pada tubuh kecil isterinya.

Cantik seperti selalu dan wah, baju raya mereka sedondon!

Dengan langkah perlahan, Tyara mendekati Ayaaz lalu duduk bersimpuh dihadapannya.  Perasaan sayu yang sedang melanda dirinya cuba dikawal sehabis baik.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now