𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 16

117 14 2
                                    

PADA jam 3 pagi, Ayaaz masih tidak dapat lena. Mentalnya sedikit terganggu pagi-pagi buta itu. Banyak perkara bermain dibenaknya.

Ayaaz tidak sedar apa yang sedang dia lakukan ke atas dirinya. Dia tidak sedar bahawa tangannya sedang menarik kuat rambutnya. Langsung tidak terasa sakit kepalanya kerana yang lebih sakit mencucuk adalah hati.

"Ya Allah, aku tak nak menyerah lagi. Tetapi, aku penat sangat." Ayaaz bersandar pada dinding. Kedua belah kakinya dipeluk erat.

Setitik.

Dua titik.

Ya, air mata Ayaaz mengalir. Air mata yang menunjukkan betapa penatnya dia ingin menghadap hari-hari yang mendatang. Mentalnya semakin sakit. Tiada hari yang tiada amarah atau hinaan daripadanya Tyara.

Itu semua hampir membawa dia kepada kerosakan mental.

Tangisan Ayaaz semakin kuat kedengaran. Tangan juga sudah mula mengetuk kepala. Berharap agar dia tidak ingat lagi akan suara amarah dan hinaan Tyara.

"Argh!"

Jeritan itu membuatkan Tyara yang sedang bersengkang mata menyiapkan kerja terkejut. Laju Tyara mengorak langkah ke bawah.

"Aku tak kuat.." Rintihan itu cukup menyedihkan di telinga Tyara. Kerana ego yang menggunung, Tyara lebih memilih untuk mengintai disebalik pintu.

"Sakit, Ya Allah." Ayaaz menumbuk kuat dadanya. Wajah semakin pucat kerana denyutan kuat yang terasa di kepala.

Tyara menekup mulutnya. Menahan diri daripada menangis bersama bunyi esakan. Dia tidak sanggup melihat Ayaaz begini.

Dum!

Dum!

"Allahuakbar.." Tyara mengucap perlahan saat Ayaaz menhentak kepalanya ke dinding dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi.

Dum!

Dum!

"Cukup Ayaaz.." Tyara menggeleng kepalanya berkali-kali. Ayat itu hanya kedengaran di hati. Tidak terungkap di bibir.

"Argh!" Cecair merah yang mula mengalir ke dahi tidak diendahkan. Dia sudah penat dengan semua ini. Tetapi, dalam masa yang sama dia perlu teruskan demi meraih semula hati isterinya.

"Kuatkan aku, Ya Allah. Bantu aku, Ya Allah."

Ayaaz semakin hilang tenaga. Perlahan-lahan badannya terbaring di atas kotak iaitu alas tidurnya. Tidak lama selepas itu, lena datang menjemputnya.

••••

TYARA membuat keputusan untuk tidak bekerja hari ini. Kerja di pejabat itu tak banyak sangat hari ini. Dia lebih risaukan keadaan Ayaaz. Bukan dia tidak nampak darah yang mengalir di dahi Ayaaz. Sumpah, dia sakit melihat Ayaaz begitu.

'Ayaaz jadi macam tu disebabkan kau, Tyara. Kau buat mental dia sakit.'

Tyara tersenyum kelat. Ya, salah dia. Apa yang dia buat telah memberi impak besar pada kesihatan Ayaaz.

Tyara rasa buntu. Dia masih belum dapat melupakan kesalahan Ayaaz 2 tahun lalu. Tidak mudah untuk dia ucapkan kata maaf pada Ayaaz.

Semua itu memerlukan masa.

Kakinya dibawa menuju ke dapur. Perkara pertama yang dia lihat ialah kelibat Ayaaz yang sedang menyediakan sarapan. Pergerakan Ayaaz nampak perlahan saja. Tidak setangkas sebelum ini.

Mungkin disebabkan Ayaaz banyak menangis menyebabkan antibody Ayaaz sedikit lemah.

Tyara bersandar pada dinding lalu tangan naik menyilang ke dada. Ayaaz yang merasa dirinya diperhatikan terus menoleh ke belakang.

Segaris senyuman kecil dihadiahkan.

Tyara terkelu lidah. Selalunya Ayaaz akan cakap sesuatu setiap kali bertemu dengannya. 'Good morning, sayang.' atau 'Tyara nak makan?'

Hari ini Ayaaz nampak berbeza.

Tyara mengambil tempat di meja makan. Tidak tahu apa tujuannya duduk di situ. Hendak tunggu sarapan siap dimasak? Ayaaz rasa perkara itu mustahil berlaku walaupun dia sebenarnya sedang buat sarapan buat isterinya.

Cuba nasib. Mana tahu hari ini Tyara nak makan sarapan yang dia buat.

Beberapa minit kemudian, bihun goreng dan seteko teh panas terhidang di atas meja. Tyara masih menunggu Ayaaz berkata sesuatu. Dia mahu sangat dengar Ayaaz bercakap dengannya.

Baru sahaja Tyara ingin membuka mulut, Ayaaz meletakkan satu pelekat nota di hadapan Tyara. Setelah itu, Ayaaz terus masuk ke biliknya.

Tyara sayang,

Abang tahu abang masih lagi buat perkara yang sia-sia. Tetapi, abang tak kisah. Mana la tahu harini Tyara boleh terima sarapan yang abang buat.

Makan ya, sayang. I love you. Wo ai ni. Saranghaeyo. Atapu <3.

Senyuman terbit di bibirnya.

"Comelnya suami aku ni."

Semakin romantik pula suaminya ini. Kerap juga dia menerima surat ataupun nota begini. Tapi itulah, alih-alih dia koyakkan juga. Tyara Tyara.

Tyara menoleh ke arah pintu bilik Ayaaz yang terbuka itu. Ayaaz keluar dengan berbaju kurta, kain pelikat dan songkok. Tidak lupa juga Al-Quran dan rehal di tangannya.

"Tyara, abang nak ke masjid sekejap boleh? Abang ada kelas mengaji." Pinta Ayaaz. Hari ini hari pertama kelas mengaji. Harapnya Tyara izinkanlah.

Melihat saja riak wajah Tyara yang tegang itu, Ayaaz rasa dia tiada peluang untuk mengikuti kelas mengaji. Mesti Tyara fikir yang dia sengaja ingin ponteng buat kerja rumah.

"Pergilah." Balas Tyara ringkas dengan nada mendatar. Perkara baik takkan dia mahu halang.

Ayaaz tersenyum. Alhamdulillah.

"Tyara, kalau Tyara taknak makan jangan buang ya. Tunggu basi dulu baru buang." Ayaaz bersuara perlahan.

Dia berdoa agar setelah selesai kelas mengaji nanti, sarapannya sudah habis dimakan dan bukan habis dibuang.

"Abang pergi dulu. Abang janji balik je dari kelas, abang sambung buat kerja rumah. Assalamualaikum."

Tyara hanya memerhati Ayaaz sehingga hilang dari pandangan. Dalam tidak sedar, Tyara memuji betapa kuat dan tabahnya Ayaaz menerima takdir hidupnya yang tidak begitu indah.

Ayaaz tidak pernah berputus asa demi meraih semula cintanya.

Ayaaz tidak pernah berputus asa demi meraih semula cintanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hello syume! Vote + comment ciked boyeh? ᥫ᭡

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now