𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 14

106 10 0
                                    

ZAIYAN keluar dari perut kereta Audi BMW 3 Series miliknya lalu melangkah masuk ke dalam syarikatnya.

Setibanya di tingkat 20 dimana pejabatnya terletak, Zaiyan menuju ke arah Diana, pembantu peribadinya.

"Selamat pagi, Tuan." Diana menunduk hormat kepada majikannya.

"Macam mana dengan jadual saya harini?" Soalnya tanpa nada.

Mendengar saja soalan itu, terus Diana mencapai Ipadnya.

"Jadual Tuan harini tak padat sangat. Pukul 12 tengahari nanti ada mesyuarat bulanan syarikat. Itu saja." Jawab Diana.

Zaiyan mengangguk perlahan lalu termenung seketika. Keluhan kecil dilepaskan.

"Batalkan menyuarat tu. Postpone pada hari lain." Seusai berkata, terus Zaiyan beredar dari situ.

Entahlah. Dia rasa malas sangat nak buat kerja hari ini. Diana termangu di mejanya. Macam itu saja Tuan Zaiyan arahkannya untuk menangguhkan menyuarat?

Well, hidup seorang CEO.

••••

KE mana arah tujunya pun tidak tahu. Tetapi, apa yang terlintas di benaknya, dia nak isi perut. Dari pagi sampai tengahari, dia masih belum menjamah apa-apa makanan.

Sebuah restoran kecil menjadi pilihannya. Sekali sekala merendah diri tak apa kan.

Kakinya dibawa ke dalam restoran itu, bau masakan yang datang dari dapur itu membuatkan perutnya berbunyi hebat.

BUK!

Bahunya tidak sengaja dilanggar oleh seseorang. Dahinya berkerut. Tak ada mata ke?

"Bang, saya minta maaf." Lelaki yang melanggar Zaiyan itu terus meminta maaf. Plastik makanan yang terjatuh itu diambil semula.

"Lain kali berjalan pakai mata! Bukan pakai lu---"

Ayat Zaiyan terhenti saat lelaki yang melanggarnya itu adalah Ayaaz. Ayaaz yang menyedari renungan tajam abangnya terus menunduk.

"Ayaaz minta maaf." Ucapnya sebelum bergerak ke vannya.

Niat untuk mengisi perut terbantut. Dia mengekori van yang dipandu Ayaaz dari belakang. Entah apa lah yang membuatkan dia rasa yang Ayaaz ada sorokkan sesuatu daripadanya.

Van Ayaaz berhenti di satu gerai. Zaiyan semakin pelik. Itu gerai adiknya? Tak mungkin. Hati Zaiyan dihimpit satu perasaan.

"Macam ni kehidupan kau sekarang, Ayaaz." Gumamnya perlahan. Terselit nada sayu di situ.

"Allahu." Kalimah Allah keluar daripada mulutnya. Kasihan dia lihat Ayaaz yang nampak penat berniaga pada cuaca panas begini.

Pelitup muka dipakai. Tidak lupa juga kaca mata hitam. Dia akan berdepan dengan Ayaaz. Tetapi, dia tak mahu Ayaaz tahu siapa dia.

Zaiyan menuju ke arah gerai adiknya. Dilihat Ayaaz sedang mengisi perut. Hanya nasi putih dan telur goreng. Tanpa lauk mahupun kuah. Zaiyan merasakan ada cecair jernih yang hampir mengalir di tubir matanya.

Inilah Athief Zaiyan. Sejenis yang cepat rasa kasihan dan simpati.

"Dik, air jagung satu."

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now