𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 5

118 13 0
                                    

KETUKAN pintu sebanyak 3 kali itu membuatkan Dato Termizi dan Datin Mardiya yang sedang bersantai di ruang tamu menoleh ke arah pintu utama rumah.

"Siapa tu, Diya?" Soal Dato Termizi pada isterinya. Surat khabar dilipat kemas lalu diletakkan disebelahnya.

"Entahlah bang. Sekejap, Diya pergi tengok."

Datin Mardiya bangkit dari sofa lalu menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, senyuman nipis diberikan kepada Tyara, anak perempuannya.

"Kenapa tak masuk aje?" Soal Datin Mardiya pelik. Dia berganjak sedikit ke tepi untuk memberi laluan kepada Tyara untuk masuk.

"Umi yang kunci pintu." Balas Tyara membuatkan Datin Mardiya mengangguk. Iyalah, dia kunci pintu utama rumah ini.

Setelah itu, Tyara menyalami tangan abinya. Datin Mardiya pula ke dapur untuk hidangkan air buat Tyara.

"Ada apa Tyara datang sini. Selalunya, diajak dulu baru nak datang." Ujar Dato Termizi.

Tyara menghembus nafas beratnya. Ada sebab mengapa dia tiba-tiba saja datang ke rumah umi dan abinya.

"Tyara ada masalah ya? Ceritalah pada abi." Perhatiannya diberi sepenuhnya kepada Tyara.

"Abi.." Panggil Tyara dengan suara malasnya. Seolah tidak berminat untuk mengatakan masalahnya.

"Ya, kenapa? Ceritalah."

"Ayaaz dah keluar penjara. He's back."

Terbuntang mata Dato Termizi begitu juga Datin Mardiya yang baru sahaja tiba di ruang tamu. Perlahan-lahan senyuman lebar terbit di bibir mereka.

"Alhamdulillah, dah balik menantu umi yang seorang tu. Kenapa kamu tak bawa dia sekali ke sini?"

"Betul tu, Tyara. Kenapa tak bawa dia ke sini?"

Tyara tercengang. Tak, kenapa semua gembira dengan kepulangan Ayaaz? Dia tak faham. Mereka ini sudah buta ke? Atau hilang ingatan? Ayaaz itu bekas banduan. Kesalahannya sangat besar dan tak mungkin dapat dimaafkan dengan mudah.

Tetapi Raisha, umi dan abinya gembira dengan kepulangan Ayaaz. Dia benar-benar runsing.

"Wait, Tyara tak faham kenapa semua happy bila Ayaaz balik. Umi, abi, what happened both of you?" Tyara menyoal dengan nada tidak puas hatinya. Badan yang lembik kerana penat pulang dari kerja tadi sudah kembali tegak. Dia serius sekarang ini.

Dato Termizi mengeluh berat.

"Sebenarnya, kami dah lama maafkan Ayaaz. Sebelum dia masuk penjara lagi kami dah maafkan dia. Abi tak ada hak untuk benci Ayaaz. Ayaaz sedar yang dia dah buat silap besar dan dia mengaku salah dia. Ayaaz dah insaf, Tyara." Ujar Dato Termizi panjang.

Pada mulanya, dia juga sukar untuk memaafkan menantunya tetapi melihat Ayaaz yang merayu-rayu kepadanya sebelum dimasukkan ke penjara, membuatkan hatinya dijentik rasa kasihan.

Jika dia dapat membantu ketika itu, sudah lama dia tarik Ayaaz pulang. Namun, salah tetap salah. Ayaaz tetap perlu dikenakan hukuman.

"Sudahlah! Umi dengan abi buat Tyara macam anak angkat pula. Ayaaz tu pula yang dibela. Kalau Tyara tahu umi dan abi nak cakap macam ni, Tyara tak akan datang sini." Tyara benar-benar marah. Beg tangannya dicapai lalu beredar dari rumah agam keluarganya

Datin Mardiya menitiskan air matanya. Dato Termizi pula hanya mampu menahan sabar.

"Kesian Ayaaz tu, bang. Isteri sendiri bencikan dia." Sebak Datin Mardiya rasakan saat menuturkan ayat itu.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now