𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 24

120 9 4
                                    

TYARA bangkit dari tidurnya. Matanya yang masih kabur itu digosok-gosok. Tyara toleh ke arah jam yang tergantung di dinding.

Serta merta matanya terbuntang luas. Allahuakbar! Ada 15 minit sahaja lagi sebelum waktu imsak habis. Sudahlah dia tak masak apa-apa lagi.

Pasti suaminya sudah menunggu.

Tyara ikat rambutnya gaya sanggul. Dia berlari anak menuju ke bawah. Sambil kakinya melangkah, kepalanya berfikir. Apa nak masak ni? Sempatkah?

Setibanya dia di dapur, Tyara mati langkah. Dia lihat meja makan yang sudah terhidang lauk kari ayam, sayur campur dan nasi putih. Tak lama selepas itu, muncul pula Ayaaz yang baru keluar dari dapur sambil membawa seteko milo panas.

"Sayang, mari makan. Dah lewat ni." Ayaaz pun nampak kalut kerana dia juga terbangun lambat. Nasib baik dia ada beli beberapa jenis lauk di bazar Ramadan semalam. Tak perlu masak lagi. Panaskan saja lauk itu.

Ayaaz tarik tangan Tyara ke meja makan. Tyara masih membisu. Dia rasa bersalah kerana tugas yang sepatutnya dia lakukan diambil alih oleh suaminya.

"Tyara, kenapa ni?" Ayaaz usap kekura isterinya. Tyara tersedar lalu pantas dia mengalihkan tangannya.

Ayaaz senyum kelat. Tak apa Ayaaz, semua perkara perlukan masa.

Beberapa minit kemudian, mereka selesai bersahur. Tyara yang baru sahaja ingin menapak ke arah tangga ditahan oleh Ayaaz.

"Tyara.."

Tyara tidak menoleh. Dia hanya berdiri membelakangi suaminya.

"Berapa lama lagi abang perlu tunggu?" Ayaaz bertanya tiba-tiba. Wajahnya menunduk memandang lantai. Mutiara jernih bila-bila masa saja akan mengalir.

"Kenapa awak tanya? Awak dah mengalah?" Kedengaran sinis tetapi siapa tahu betapa sakitnya hati Tyara saat menuturkan ayat itu.

"I haven't given up, I'm just tired." Kedengaran luruh ayat itu di telinga Tyara. Tyara gigit bibir bawahnya menahan perasaan.

"Jadi awak nak buat apa sekarang? You want a divorce since you're worn out of chasing my love?"

"How can you think about divorce?" Air mata Ayaaz mengalir jua. Tidak sangka isterinya menyebut soal cerai dengannya.

Hanya Allah yang tahu betapa sakit perasaannya saat ini.

"Kenapa penceraian yang terlintas dalam fikiran Tyara? Tyara rasa abang dah tak mampu bahagikan Tyara?" Soal Ayaaz dengan nada tertahan.

Jika boleh, dia mahu saja tutup telinganya. Dia tak mahu dengar walau satu perkataan pun yang bakal keluar daripada mulut Tyara.

Tyara pusing tubuhnya menghadap Ayaaz. Tyara akhirnya kalah. Dia turut menangis seperti Ayaaz.

"Tak ada isteri yang mahukan penceraian melainkan sebab-sebab tertentu, Ayaaz."

"Then why, sayang? Tyara tahu abang takkan mampu lafaz talak pada Tyara. Takkan pernah berniat langsung abang nak lepaskan satu-satunya wanita yang abang cinta. Tyara cinta abang yang pertama dan terakhir. How can I live without you?" Esakan kuat mula memenuhi ruang tamu. Jangan bawa dia jauh daripada aku, ya Allah.

Tyara seka air matanya. Dia mara setapak ke hadapan. Rahang Ayaaz disentuh lalu diusap.

"Tolong jangan mengalah lagi, Ayaaz. Ego saya lebih tinggi berbanding cinta. How I wish I could get rid of my ego," tutur Tyara dengan nada sebak.

Memahami maksud tersirat ayat itu, Ayaaz ucap syukur. Separuh daripada hatinya tidak perlu berasa resah lagi kerana Tyara..

masih cintakannya.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now