𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 30

103 8 2
                                    

PUNYALAH sedap juadah hari raya yang dimasak oleh Fariz sampaikan Ayaaz, Tyara, Rafael dan Raisha sudah menambah lebih tiga kali.

“Kau kalau buka kedai makan memang laku teruk dho,” dengan mulut yang masih penuh dengan makanan, Rafael bersuara.

“Betul tu!” sokong Ayaaz, Tyara dan Raisha.

Mendengarkan itu, Fariz menekan sebelah hidungnya dengan ibu jari, menghalang mereka daripada melihat hidungnya yang sudah kembang kempis. Tahulah dia pandai masak, tapi tak perlulah sampai buka kedai. Nanti ramai sangat pelanggan, tak menang tangan dia nak urus.

Fariz mewarisi kehandalan ibunya dalam bidang memasak sejak usia 17 tahun. Kata ibunya, dia perlu pandai masak supaya bila sudah tinggal berjauhan, ibunya tidak perlu bimbang lagi. Lagipun, tak boleh mengharapkan sangat makanan dari kedai makan, ada baiknya masak sendiri.

Hm, puji melambung ya kau. Ada la tu,” Fariz kerling sekilas ke arah Rafael yang sudah tersengih. Tahu-tahu saja sahabatnya ini.

Eleh, kau dah janji semalam nak bagi lebih kan,” Rafael bersuara tidak puas hati. Salahkah dia nak duit raya daripada Fariz? Tak salah kan? Setahun sekali saja.

“Yalah yalah, dasar tak sedar diri dah tua berkedut. Mengalahkan budak-budak,” bidas Fariz. Rafael tayang penumbuknya.

Handsome-handsome begini boleh kata dia tua berkedut? Dasar!

So, when did you two end the war?” Raisha yang sedari tadi berdiam menyoal pasangan suami isteri itu.

“Pagi ni,” balas Tyara ringkas.

“Oh baru lagilah ni.” Mereka mengangguk mendengar balasan Tyara.

“Ingat, ini first and last perang dingin kau orang. Tyara, buang ego kau tu jauh-jauh. Ayaaz ni tak pernah sedetik mengalah untuk kejar cinta kau. He keep trying his best to be the best. Look at your husband know, dia lelaki yang terbaik. He is one in a million.” hujah Fariz panjang. Dia sebagai sahabat Ayaaz semestinya menginginkan yang terbaik buat pasangan ini.

“Insyaallah, thanks Fariz. Aku sedar aku salah selama ni. Aku nekad untuk ada di sisi Ayaaz sampai akhir hayat aku,” dalam dia berkata, terselit perasaan sebak di hati.

Syukur kerana dia masih belum terlambat. Lebih membahagiakan lagi adalah apabila Ayaaz tidak pernah terdetik untuk menghukumnya atas perbuatannya yang kejam sebelum ini.

Benarlah kata Fariz, Ayaaz lelaki satu dalam sejuta.

“Tengok tu, orang nak happy happy. Tiba-tiba sedih pula.” Ayaaz mencebik ke arah isterinya membuatkan Tyara ketawa kecil.

Hehe, sorry my husband,” pipi Ayaaz dikucup sekilas.

Tersengih-sengih Raisha memandang sahabatnya yang baru sahaja melabuhkan kucupan di pipi suaminya. Aww, so sweet!

“Awak, bila kita dah kahwin kan, awak cium pipi saya juga tau.” Amboi, bukan main lagi dia punya demand. Hampir saja Rafael, Ayaaz dan Tyara tersedak mendengarnya.

No, I won't,” balas Fariz mendatar. Suapan diteruskan. Sedap sangat gamaknya.

“Ish, awak ni tak romantik langsung!” Raisha memuncung seraya menyilang tangan ke dada. Nak merajuk!

“Raisha. I have my own way to treat you as my beloved wife soon,”

Tercengang mereka seketika. Abe Fariz kita lain macam ini. Tak pernah lagi abe Fariz jadi macam ini. Mungkin kerana Raisha ada bersama mereka, jadi Fariz pun tak teragak-agak untuk berkata sedemikian.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now