𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 19

112 9 1
                                    

DISEBABKAN Tyara tidak dapat tidur, dia membuat keputusan untuk ke hospital. Hatinya bimbang dengan keadaan suaminya.

Baru sekarang nak bimbang.

Perjalanan ke hospital mengambil masa 15 minit sahaja. Tyara mematikan enjin keretanya lalu tanpa berlengah, dia terus berlari anak menuju ke kaunter.

"Ya, Cik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tanya jururawat wanita itu.

"Ada tak nama pesakit Ayaaz Zaiden dekat sini?"

"Sekejap ya." Jururawat itu terus mencari rekod nama pesakit yang sudah didaftar.

"Ada, Cik. Sebelum tu, boleh saya tahu Cik ni siapa?" Dia tidak boleh suka-suka hati membenarkan pelawat melawat pesakit tanpa mengenali identiti mereka.

"Saya isteri dia." Balas Tyara.

"Baiklah. Cik boleh ke tingkat 3, wad B12."

Tyara mengucap terima kasih lalu menuju ke lift. Dalam perjalanan ingin ke wad Ayaaz, Tyara membuat pelbagai andaian. Dia takut jika kawan-kawan Ayaaz ada di sana dan memerlinya.

Tyara tiba di hadapan wad Ayaaz. Nafas ditarik terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam wad. Saat itu, air matanya bertakung di tubir mata.

Ada sekujur tubuh lemah yang sedang berbaring di atas katil sambil memakai alat bantuan pernafasan.

Tyara memegang lengan suaminya. Diusap sayang atau lebih tepat menyalurkan kekuatan buat Ayaaz.

"Tyara minta maaf." Ucapnya perlahan. Esakan kecil mula memenuhi ruang wad itu.

"Disebabkan Tyara abang dekat sini." Kekura suaminya dikucup. Dada Ayaaz yang turun naik itu menambahkan lagi kekesalan dalam dirinya.

Tyara, tolong abang. Dada abang sakit.

"Kuatnya suami Tyara. Macam-macam abang dah lalui. Abang dibenci pun tetap abang kuatkan semangat. Abang tak pernah tunjuk yang abang dah mengalah. How can you survive? Tyara marah abang, tapi abang masih tersenyum. Tyara pukul abang, abang masih tersenyum. Tyara suruh abang buat kerja rumah, abang tak pernah mengelak. Mengeluh pun Tyara tak pernah dengar walau sekali."

Sebak. Tyara tidak boleh bayang bagaimana Ayaaz boleh bertahan dengan semua ini. Ditengking, dipukul, dihina, dicaci. Semuanya Ayaaz terima dengan hati terbuka.

Benarkah Ayaaz menerimanya dengan hati terbuka?

Siapa tahu dalaman Ayaaz. Mungkin Ayaaz sendiri sudah penat namun tetap cuba bersabar kerana dia pasti akan ada bahagia buat dia.

"Tyara ni tak tahu bersyukur kan. Dapat suami yang baik tapi di sia-siakan. Nikmat apa lagi yang Tyara cuba dustakan. Abang lelaki paling sempurna bagi Tyara."

Tyara, jaga diri ya. Jangan risaukan abang. Abang okay.

"Cepat sembuh, abang. Tyara rindu." Buat kali terakhir, Tyara mengucup dahi suaminya Lama. Menzahirkan rasa cinta yang tidak pernah mati buat seorang lelaki.

Ayaaz Zaiden.

Cinta hati Tyara Marshanda.

••••

KEESOKAN harinya, Ayaaz mencelik matanya. Dia memisat-misat matanya bagi menghilangkan kabur. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengahari.

"Lamanya aku tak sedar." Gumamnya.

Ayaaz bangun perlahan-lahan lalu bersandar. Kepalanya masih sakit tetapi sudah berkurang. Nafasnya juga semakin teratur.

Dia melilau sekeliling. Harapannya punah. Dia fikir Tyara akan datang menjaganya. Tetapi tidak. Ayaaz cuba husnuzon.

"Mungkin Tyara tengah kerja." Ujarnya. Tyara sedang lalui apa yang dia pernah lalui semasa dia menjadi CEO of Orphic Architectures.

Memegang jawatan CEO syarikat bukan sesuatu yang mudah. Dia pernah tidak pulang ke rumah untuk 2 hari kerana terlalu sibuk dengan kerja. Jadual terlalu padat sehingga Tyara terpaksa duduk di rumah seorang diri. Mujurlah zaman sekarang sudah banyak teknologi komunikasi. Jadi, Ayaaz sempat berhubung dengan Tyara walaupun untuk beberapa minit sahaja.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai manusia di sana." Panjang salamnya. Siapa lagi orang itu kalau bukan Rafael. Fariz menggeleng kepala.

Rafael Azka kan. Bila je dia jadi lelaki normal.

Ayaaz ketawa kecil. Dia masih lemah tetapi masih boleh memberi respon.

"How's everything?" Soal Fariz lalu mengambil tempat di kerusi.

"Getting better." Balas Ayaaz. Kalau semalam dia rasa nyawanya berada di hujung tanduk, hari ini nyawanya sudah dicas penuh.

"Baguslah. Kau buat aku takut semalam. Boleh KO pulak dalam kereta. Aku terus langgar lampu merah tau. Lepastu tadi aku dapat surat saman. Boek dho." Fariz menunjukkan ibu jari ke atas. Thumbs up. Ayaaz ketawa lagi.

"Hehe, ampunkan patik. Nanti aku bayar saman tu." Disebabkan dia, Fariz kena saman. Rasa bersalah pula.

"Tak payah gatal-gatal nak bayar ek. Aku yang kena saman, akulah bayar."

"Tapi mesti mahal kan?" Ayaaz menyoal. Makin menggunung rasa bersalahnya. Kenapa aku sakit semalam?

"Tak mahal pun. RM1050 je."

Terbeliak luas mata Ayaaz. RM1050 je? Je?! Orang kaya memang macam ni kan. Celah gigi saja.

"Kenapa mahal sangat?" Soal Ayaaz hairan.

"Memotong barisan secara berbahaya RM150, kesalahan lampu merah RM150, membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan RM150, memandu melebihi had laju RM300, tidak memakai tali pinggang keledar RM150, memandu sambil menggunakan alat komunikasi RM150."

"Yang last sekali tu mesti sebab kau tengah call aku kan?" Rafael menyoal.

"Betul la tu. Aku call kau balik sebab Ayaaz dah pengsan. Dah la masa tu ada roadblock. Aku dengan yakinnya pergi turunkan cermin kereta. Telefon dekat telinga lagi. Last last kena saman. Nasib baik aku bagi alasan nak bawa kawan pergi hospital. Jadi, aku tak kena tahan."

Rafael ketawa terbahak-bahak. Patutlah dia dengar suara seseorang memarahi Fariz.

"Kamu tahu tak kamu tak boleh memandu sambil guna telefon? Bahaya! Kamu disaman!"

Rupanya member kena saman.

"Apa-apa pun aku minta maaf. Aku dah susahkan kau orang berdua. Lagi-lagi Fariz." Ucap Ayaaz. Dia tidak dapat balas budi Fariz dengan membayar saman Fariz. Tetapi dia cuma mampu minta maaf saja.

"Tak ada masalah, bro. Takkan aku nak biar kau sakit kat rumah tu. Hal kecil je." Balas Fariz sambil mengukir senyuman nipis.

Ayaaz turut tersenyum. Fariz dan Rafael memang sahabat terbaiknya. Mana dia tak sayang dua ketul manusia ni kan.

"Sekarang kau kena makan." Rafael menarik troli makanan mendekati Ayaaz. Dia pula yang terliur melihat menu tengahari buat para pesakit di hospital ini.

Nasi putih bersama sayur masak lemak dan salmon bakar.

Ayaaz terdiam. Alamak, tak ada seleralah. Ayaaz menggeleng laju.

"Taknak!"

"Taknak!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now