𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 26

107 8 3
                                    

SEPERTI yang tertulis di dalam surat pemberian Ayaaz, Tyara pulang pada malam itu. Dia sendiri tertanya-tanya, apa yang Ayaaz ingin berikan kepadanya?

Namun yang membuatkannya pelik, saat dia memasuki perkarangan rumah, tiada sebarang cahaya di dalam rumah. Seperti tiada elektrik pun ada. Tetapi jika benar, bagaimana pagar automatik masih berfungsi sedangkan elektrik terputus?

Tyara melangkah perlahan ke arah pintu rumah. Tiba-tiba dirinya berasa seram sejuk. Macam ada yang tidak kena aje? Jangan-jangan ada perkara buruk telah terjadi pada suaminya.

Menyedari dia sudah terlalu berfikir, cepat-cepat Tyara tanggalkan kasut. Sempat Tyara mendoakan agar tiada apa yang berlaku pada Ayaaz.

"Ayaaz!" jerit Tyara kuat sebaik sahaja kakinya memijak lantai rumah. Lampu di bahagian ruang tamu dibuka.

Menyala!

"Ayaaz! Awak dekat mana?" setiap ceruk rumah Tyara sudah cari termasuk dapur dan bilik tidur Ayaaz. Tetapi kelibat Ayaaz masih tidak dijumpainya.

Tanpa sedar, air mata Tyara mula bertakung di tubir mata.

"Jangan buat saya takut Ayaaz..." rintihnya perlahan. Wajah ditekup sambil menghamburkan tangisannya.

"Jangan tinggalkan Tyara..." Sungguh jantungnya sedang berdegup kencang. Adakah dia sudah terlambat? Dia masih tidak sempat meminta maaf kepada suaminya.

Tidak terhitung dosanya sebagai seorang isteri.

"Abang dekat mana? Hiks hiks..." Setelah sekian lamanya panggilan itu tidak meniti di bibirnya. Saat Ayaaz tiada bersamanya, Tyara mula menyesal kerana tidak sempat memanggil suaminya dengan panggilan mesra yang pernah dia guna dahulu.

"Abang dekat sini, sayang."

Tangisan Tyara terhenti. Air mata pantas diseka menggunakan hujung lengan bajunya. Perlahan-lahan, Tyara memusingkan tubuhnya menghadap pemilik suara itu.

"Happy Anniversary, isteri abang." ucap Ayaaz dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Tangan kiri Ayaaz memegang belon besar yang mempunyai tulisan ‘Happy Anniversary’ manakala tangan kanan memegang pinggan dimana ada sepotong kek di atasnya.

Tyara mati kata. Matanya tidak lepas daripada memandang suaminya. Hari ini... hari ulang tahun perkahwinan mereka dan dia boleh lupa akan tarikh itu?

Mahu saja Tyara ketawa pada diri sendiri. Bodohnya kau Tyara. Kenapa kau lupa Tyara? Seolah-olah kau tak mahukan tarikh ini menjadi tarikh terpenting dalam hidup kau. Hanya suami kau seorang sahaja yang berusaha untuk pertahankan rumah tangga sedangkan kau fikir hubungan kau dan Ayaaz sudah tiada makna.

"Sedar tak sedar, dah tiga tahun Tyara jadi isteri abang. Abang bersyukur sangat kerana dikurniakan isteri yang cantik bak bidadari macam Tyara. Abang nak Tyara tahu, cinta abang takkan pernah mati untuk Tyara. Tyara jantung abang. Tyara nyawa abang."

Ayaaz cuba menahan sebak tatkala wajah Tyara langsung tidak menunjukkan bahawa dia suka dengan kejutan ini.

"Walaupun susah untuk Tyara maafkan abang, tak apa. Abang cuba terima hakikat itu. Tapi, jangan minta abang untuk mengalah. Tyara tahu abang takkan penat tunggu Tyara kan?"

"Apa yang awak harapkan lagi dalam hubungan ni, Ayaaz?" Setelah lama berdiam, akhirnya Tyara membuka mulut.

"Cinta daripada isteri abang." balas Ayaaz tanpa ragu. Dia tahu Tyara masih cintakannya.

"Awak yakin awak boleh dapatkan cinta daripada saya semula?" Soalnya lalu Tyara silangkan tangannya ke dada.

"Abang yakin. Sebab Tyara masih cintakan abang."

"Apa buktinya?"

"Buktinya, Tyara cari abang sampai menangis. Tyara risau bila rumah gelap dan Tyara anggap ada sesuatu yang berlaku pada abang. Tyara cakap abang tak boleh tinggalkan Tyara. Tyara gelarkan diri abang sebagai ‘abang’. Semua tu dah cukup kan, sayang? Apa lagi yang Tyara nak sorok?" Ayaaz mara selangkah ke depan. Belon serta kek diletakkan di atas meja di ruang tamu sebelum melekapkan tangannya pada pipi Tyara.

"I love you to the moon."

Tyara akhirnya mengalirkan air matanya. Kalimah cinta itu betul-betul menusuk ke dalam sanubari. Melihat itu, Ayaaz pantas kesat air mata isterinya menggunakan ibu jari.

"Kenapa menangis ni sayang? Abang minta maaf kalau apa yang abang beri pada Tyara tak semewah dulu. Abang janji kalau Allah masih menjaga hubungan kita, abang bawa Tyara sambut anniversary dekat overseas macam dulu ya. Doakan abang murah rezeki tau." Tubuh Tyara didakap erat bagai tak mahu lepas.

Tyara tidak membalas pelukan itu namun air mata tetap saja mengalir.

'Abang tak perlu buat semua ni untuk Tyara. Cukup abang dah buktikan yang abang dah berubah' getus hati Tyara.

"Jom sayang. Kita makan kek." Lengan Tyara ditarik agar duduk di sofa bersamanya.

"Wiyu! Wiyu! Kapal terbang nak masuk. Buka mulut sayang. Wiyu! Wiyu!"

Tyara yang hampir-hampir ingin ketawa terus membuka mulutnya untuk menerima suapan daripada Ayaaz.

Hati telah menerima cuma waktu belum tiba. Haih, Tyara Tyara, tetap dengan egonya.

"Abang ada sesuatu nak bagi Tyara." Ayaaz seluk tangannya ke dalam poket seluar dan mengeluarkan satu kotak kecil berwarna merah baldu.

Tyara terkesima. Cincin berlian. Cantik tak terkata. Lihat saja dari rupanya, sudah tentu mahal. Wajah Ayaaz dipandangnya.

"Abang tengok jari Tyara dah tak ada cincin kahwin. Jadi, abang belikan yang baru. Abang harap Tyara suka cincin ni." ujar Ayaaz. Jari manis Tyara kini sudah cantik terhias dengan cincin yang dibeli hasil titik peluhnya sepanjang dia berniaga selama beberapa bulan ini.

Tyara tenung lama pada cincin itu. Cincin lama masih ada. Cuma dia simpan kerana dia merasakan cincin itu tidak perlu lagi untuk dia pakai. Buat sakit mata saja.

Tangan kiri Tyara bergerak ingin menanggalkan semula cincin itu namun Ayaaz pantas menahan.

"Kalau Tyara tak suka tak apa. Tapi kalau Tyara nak tanggalkan, tolong jangan buat depan abang." Ujar Ayaaz sambil menunduk kepala ke bawah.

Kau belum berjaya lagi, Ayaaz. Buktinya, Tyara nak tanggalkan cincin pemberian kau.

"Habiskanlah kek ni, sayang. Abang nak solat isyak sekejap." Ayaaz tayang senyuman kelat sebelum bergerak memasuki biliknya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now