𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 3

115 10 3
                                    

TYARA menukar posisi tidurnya ke arah kanan. Kemudian, bertukar pula ke arah kiri. Diulang perkara yang sama sehinggalah dia sendiri mula serabut. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Tyara masih tidak dapat tidur dengan lena.

Sedari tadi lagi hati Tyara berasa tidak tenang. Kepalanya asyik memikirkan Ayaaz. Sudah berkali-kali dia cuba buang bayangan Ayaaz namun tetap juga terlintas di fikiran.

Akhirnya, Tyara membuat keputusan untuk turun ke bawah. Sesekali bunyi guruh yang agak kuat mengejutkan dia. Fuh, meremang bulu roma. Di luar sana sedang hujan lebat. Jadi, agak sejuk juga suasana sekelilingnya.

Sesampai sahaja di tingkat bawah, Tyara terus menuju ke arah pintu utama rumah. Tangannya teragak-agak ingin membuka pintu itu. Niatnya cuma satu, dia ingin tahu sama ada Ayaaz masih di luar atau sudah beredar

"Nak tengok ke tak?" Soal Tyara pada diri sendiri. Bibir bawah digigit. Buntu.

Setelah beberapa minit, Tyara membuka pintu utama rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya disapa dengan pemandangan yang sungguh menyayat hati.

Kelihatan Ayaaz sedang berbaring secara mengiring di atas lantai jubin berdekatan rak kasut. Beg pakaian lelaki itu pula dijadikan alas kepala. Tubuh Ayaaz juga sedikit menggigil kerana kesejukan.

'Ya Allah, aku tak sanggup lihat dia begini.' getus hati Tyara

Timbul rasa kasihan dalam dirinya. Sanggup Ayaaz tidur diluar ini dengan keadaan hujan lebat. Lelaki itu pun sudah berkata yang dia tiada tempat tinggal lagi.

Patutkah dia mengizinkan Ayaaz menjadi penghuni di rumah ini? Tetapi sanggupkah dia ingin melihat wajah orang yang sudah menyakiti hatinya?

"Tyara.." Suara perlahan Ayaaz menggamit gegendang telinga Tyara. Terus Tyara menukar wajah simpatinya kepada wajah bengis.

"Awak buat apa lagi dekat luar ni? Saya dah cakap kan yang awak tak layak tinggal dekat sini. Sepatutnya awak dah berambus dari sini." Keras nada yang digunakan oleh Tyara. Dia tidak boleh beri muka sangat pada Ayaaz. Ayaaz layak terima layanan sebegini.

Ayaaz menggeleng kepalanya berkali-kali. Ayaaz mengesot sedikit ke arah Tyara lalu tangan isterinya diraih.

"Tyara, hukumlah abang jika itu yang dapat buat Tyara maafkan abang. Abang dah janji dengan diri abang. Abang nak berubah. Abang nak tebus kesalahan abang pada Tyara. Izinkan abang tinggal dekat sini ya? Abang janji dan abang akan bahagiakan Tyara."

Ayaaz memandang sayu ke arah anak mata Tyara. Tyara pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Ego yang dia banggakan itu tetap akan runtuh apabila melihat Ayaaz begini.

"Bangun." Arah Tyara tegas. Ayaaz pula menurut arahan itu.

"Masuk. Ambil beg awak." Hanya dengan ayat seringkas itu, Ayaaz tersenyum lebar. Akhirnya, Tyara mengizinkan tinggal di rumah ini.

Tyara menjeling sekilas suaminya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Tak pasal-pasal dia terpaksa rendahkan egonya sedikit. Kalau nak diikutkan, dia biarkan saja Ayaaz di luar ini. Biar terus kesejukan.

Masing-masing mengambil tempat di sofa ruang tamu dan hanya membisu. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan.

"Tyara sihat?" Soal Ayaaz terlebih dahulu sebagai pembuka bicara. Wajah Ayaaz usah dikata, lebar sungguh senyumannya.

"Ada nampak saya tengah nazak ke sekarang ni?" Soalan dibalas soalan. Sarkastik sungguh ayatnya membuatkan Ayaaz tersentak hebat.

Tyara memang lain daripada sebelum ini. Sabarlah duhai hati.

"Awak nak tinggal dalam rumah ni boleh. Tapi ada syarat, semua syarat awak perlu ikut and saya warning awal-awal, kalau awak tak sanggup nak ikut semua syarat tu, dipersilakan KELUAR daripada rumah ni." Anak mata Tyara tajam menikam anak mata Ayaaz. Perkataan 'keluar' ditekan.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now