𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 8

101 12 0
                                    

ENJIN van dimatikan oleh Ayaaz seraya dia keluar daripada kenderaan itu. Langkah diatur pula ke arah bonet van. Khemah berwarna biru itu dibawa keluar lalu dipasang.

Setelah khemah selesai dipasang, Ayaaz mengeluarkan pula meja lipat dan beberapa peralatan lain seperti kerusi dan meja tambahan.

Sesekali dia mengesat peluh yang jatuh di pelipisnya. Cuaca agak panas hari ini, angin pun tiada. Harapnya, dalam jam 5 petang nanti, adalah angin dapat menyejukkan suasana sekitar tapak perniagaannya.

Mengambil masa 20 minit, Ayaaz selesai mendirikan tapak perniagaan air balangnya. Nampak sungguh menyegarkan air jagung yang berada di dalam balang itu. Ayaaz sendiri kecur liur melihatnya.

Ayaaz bergerak sedikit jauh dari khemahnya. Dia tersenyum lebar saat melihat banner bersaiz sederhana yang tergantung di hadapan khemahnya. Tulisan di banner itu dibaca sekilas.

Air Balang Doraemon.

Mengapa Doraemon? Ini kerana Ayaaz Zaiden sangat gemar dengan kartun Doraemon. Nampak pelik tetapi itulah kenyataan.

Tanpa sedar, Ayaaz mengucap kalimah 'Alhamdulillah'. Tidak sangka penantiannya selama sebulan tidak sia-sia. Ayaaz berjaya menubuhkan sebuah perniagaan kecil walaupun hanya di tepi jalan.

Masih dia ingat akan kisah sebulan yang lalu.

Selesai sahaja makan, Ayaaz terus memasuki biliknya untuk tidur. Sesekali mulutnya mengeluarkan bunyi sendawa, sedap sangat rendang daging yang Mak Ida bawa pulang tadi agaknya.

Sebelum tidur, Ayaaz ingin mengambil wuduk terlebih dahulu. Namun, kakinya tidak sengaja melanggar sebuah peti berwarna coklat. Entah mengapa dia berasa 'sesuatu' dengan peti itu.

Bukan baru pertama kali dia lihat peti itu. Dia tahu peti itu miliknya. Dahulu, dia selalu guna peti itu untuk menyimpan duit yang dia selalu simpan dalam poket. Maklumlah, Ayaaz ini jenis yang malas masuk duit dalam wallet.

Seketika kemudian, Ayaaz tersedar sesuatu.

Duit?

Ya, duit!

Niat ingin mengambil wuduk terbatas. Dia mencapai peti itu lalu bersila di atas tempat tidurnya. Peti yang sememangnya tidak berkunci itu memudahkan dia untuk membukanya.

Saat isi peti itu menyapa pandangannya, Ayaaz tidak terkata. Terlalu banyak duit dalam peti itu. Kebanyakannya not yang bernilai RM50 dan RM100.

"Dulu aku selalu simpan duit aku dalam peti ni. Duit kecemasan lah katakan." Ujar Ayaaz sendiri. Kecemasan lah sangat. Padahal, dia malas mahu simpan dalam wallet.

Setelah membuat pengiraan, jumlah kesemua wang di dalam peti itu adalah sebanyak RM8000. Banyak itu, bukan sedikit.

"Aku boleh jadikan duit ni sebagai modal." Ya, modal untuk dia mulakan perniagaan kecilnya. Ayaaz mengangguk lalu tersenyum. Akhirnya, masalah modal sudah selesai. Syukurlah.

Maka, dengan wang sebanyak RM8000 itulah Ayaaz gunakan untuk membeli segala keperluan untuk berniaga. RM5000 dia gunakan untuk membeli van terpakai dan RM1500 dia gunakan untuk membeli peralatan berniaga dan bahan-bahan untuk membuat air jagung. Wang yang selebihnya, dia simpan sebagai duit belanja.

"Assalamualaikum, bang. Air jagung satu."

Baru beberapa minit gerainya dibuka, seorang pelanggan datang ke gerainya. Jangan disoal bagaimana perasaannya tika ini. Gembira usah dikata. Perniagaan kecil ini adalah satu kurnian terindah buatnya biarpun tidak mewah mana. Alhamdulillah.

AYAAZ ZAIDEN | HIATUSWhere stories live. Discover now