"Kau keluar sekarang! Aku taknak tengok muka hodoh kau ni lagi!"
Tubuhku ditolak kasar hingga menyebabkan aku terhentak di atas lantai. Kuat.
"Papa, tolong percayakan kakak. Kakak tak buat semua tu!"
Rintihku sebelum memeluk kakinya erat cuba meraih kepercayaannya. Walaupun aku tahu dia takkan sesekali percayakanku. Hatinya dah lama mati untukku.
"Aku takda anak murahan macam kau. Kau bukan anak aku. Taraf kau sama je macam pelacur di luar sana!"
Dia menerajang badanku kuat bagaikan tiada langsung belas kasihan. Badanku terdorong ke belakang. Senak di perut aku tahan.
Sebak di dada kian terasa. Tanpa kusedari, air mataku mengalir deras membasahi pipi. Makin sakit apabila memikirkan bahawa ayahku sendiri tidak mempercayai kata-kataku. Tiada gunanya lagi untuk mempertahankan diri. Semuanya hanya sia-sia.
Siapa lagi yang patut aku harapkan melainkan keluarga aku sendiri?
Baju-bajuku dikeluarkan dari dalam almari pakaian. Semuanya dicampakkan ke wajahku.
"Papa, tolonglah percayakan kakak. Kakak masih ada akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk." Makin kuat aku menangis.
"Ni apa? Aku belum buta lagi! Entah-entah, kau dah buat benda yang lagi teruk daripada ni!" Dia melempar beberapa kepingan gambar tepat di hadapan wajahku. Aku mengambil gambar itu dan perhatikan.
Gambar seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bercumbu di dalam kereta. Dan wajah perempuan itu...
wajahku sendiri.
"Ni fitnah! Kakak tak pernah buat perbuatan terkutuk ni!" Dengan geram, aku koyakkan gambar itu sebelum dicampakkan ke lantai. Ni semua tipu! Aku tahu aku diperangkap. Lelaki tu siapa pun aku tidak tahu.
"Dah ada bukti pun, masih nak mengaku suci ke?"
Kedengaran satu suara yang tidak asing lagi bagiku. Perempuan yang telah menyebabkan mak aku mati. Perempuan yang telah menyebabkan keluarga aku hancur.
Manusia bertopengkan syaitan.
Aku mengangkat wajah. Anak mataku menatap matanya tajam. Aku tahu. Semua ni angkara dia. Aku belum bodoh lagi.
Dia menghadiahkan senyuman sinisnya kearahku.
Aku menarik nafas beberapa kali cuba menenangkan diri.
Ya allah, tolong kurniakan aku kesabaran yang cukup. Ikutkan hati, aku mahu bunuh semua orang. Namun, aku masih waras.
"Papa, kalau papa halau kakak malam ni, mana kakak nak tidur? Sekurang-sekurangnya, biarkanlah kakak tidur sini malam ni." Rania, adik tiriku memeluk erat lengan ayahku.
Dia sengaja mengapi-apikan diriku.
"Rania, kamu tak boleh baik sangat dengan perempuan murahan ni. Tapi sebab kamu anak kesayangan papa, papa akan turutkan." Ayah menggosok kepala Rania perlahan.
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romance"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-