Bunyi hon kereta mengejutkan aku yang sedang menyiram pokok bunga. Aku mengalihkan pandangan kearah pintu pagar utama.
Sebuah kereta mewah berjenama Porsche berhenti di hadapan pintu pagar rumah. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni? Tiba-tiba, pintu pagar terbuka.
Eh? Siapa yang buka?
Aku menangkap sosok tubuh Tuan Ayzen di hadapan pintu rumah. Oh, kalau Tuan Ayzen sendiri tak apa lah. Mungkin dia kenal dengan pemilik kereta Porsche tersebut.
Aku sambung menyiram pokok bunga. Hairan juga siapa yang tanam banyak-banyak ni. Aku agak maksu kot. Takkanlah Tuan Ayzen pula. Memang tak la mamat sejuk beku tu nak tanam pokok! Tak pasal-pasal tinggal batang je.
Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, keluarlah dua figura yang sudah pasti tidak kukenali. Mereka nampak agak berumur. Parents Tuan Ayzen ke?
"Assalamualaikum, Zen. Lama mummy and daddy tak jumpa kamu. Kalau tak diingatkan, memang takkan melawat kami la nampaknya. Ini pun mummy yang paksa daddy datang sini."
"Waalaikumussalam. Maaflah mummy, Zen busy sikit buat masa sekarang."
Tuan Ayzen menarik tangan daddy dan mummy-nya sebelum tunduk mencium kedua tangan mereka.
Aku berhenti menyiram pokok sebelum menundukkan badan sedikit kearah mereka. Macam tak hormat pula apabila tetamu datang, buat tak tahu je.
"Siapa ni Zen?" Berkerut dahi wanita itu memandang aku hairan.
"Saya...
"Isteri Zen."
Rahangku jatuh.
"Ha?! Bila kamu kahwin? Kenapa tak minta izin dulu dengan daddy?!"
"Sampai hati Zen membelakangi mummy!"
Riak wajah mummy dan daddy-nya sudah berubah. Terkejut mendengar jawapan daripada anaknya.
"Zen gurau jela. Ni maid baru dekat sini. Kenalkan, ni Filea." Tuan Ayzen ketawa kecil melihat riak muka mummy dan daddy-nya. Seronok kacau mummy dengan daddy-nya.
First time aku dengar Tuan Ayzen gelak. Reti gelak rupanya.
Tapi, kot ya pun, janganlah buat lawak macam tu. Jantung aku ni hampir terhenti dah tadi! Nasib baik masih bernyawa lagi.
"Kamu ni pun! Nasib baik mummy takde heart attack." Mummy-nya memukul perlahan bahu Tuan Ayzen.
"Err, assalamualaikum. Aunty dengan uncle boleh panggil saya Filea." Senyuman nipis aku hadiahkan pada mereka.
Tak silap aku, Tuan Ayzen pernah beritahu nama mummy dan daddy-nya. Auntie Maisarah dengan uncle Azman.
"Waalaikumussalam. Tak perlu la susah-susah panggil aunty. Filea panggil mummy dengan daddy je. Dah lama mummy teringin nak ada anak perempuan. Filea ada ni, dapat la juga mummy merasa ada anak perempuan."
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romance"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-