𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟎𝟓

13.7K 640 129
                                    

Pukul lapan pagi baru aku celik mata. Ni semua gara-gara tak boleh tidur semalam. Otak tak berhenti fikir tentang Tuan Ayzen yang tiba-tiba buang tabiat, cakap lembut-lembut dengan aku. Semua salah dia. Kan aku dah angau!

Bukan angau. Teringat.

Laju aku bergegas turun dari katil. Nasib baik juga la bendera Jepun tengah berkibar sekarang. Takdela aku tertinggal solat ke apa.

Tuala diambil. Lalu, aku meluru masuk ke dalam bilik air. Usai sahaja mandi, aku bersiap rapi sebelum keluar dari bilik.

Kalau ikut jadual, pukul 9 pagi aku perlu kemas ruang tamu. Maksu pula cuti setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi, aku la yang perlu ambil alih tugasnya.

Tak nak buang masa, aku mengambil penyapu dari dapur lalu melangkah ke ruang tamu untuk menyapu.

Sesampai di ruang tamu, kelihatan Tuan Ayzen dan Ayla sedang berbual. Disebabkan aku ni sejenis manusia yang 'curiosity killed the cat' punya orang, aku pun tadah telinga. Curi-curi dengar perbualan mereka.

"Papa... Kan papa dah janji nak bawak Ayla jalan-jalan harini?" Ayla lentokkan kepalanya pada peha Tuan Ayzen.

Tuan Ayzen yang tadinya sibuk menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya, mula memberi tumpuan kepada Ayla. Komputer riba diletakkan di atas meja kopi di tengah-tengah ruang tamu.

"Papa banyak kerja la sayang. Next week boleh tak?"

"Alaa... Papa dah banyak kali cakap macam tu. Sikit-sikit busy. Sikit-sikit kerja. Kerja lagi penting daripada Ayla ke?" Ayla muncungkan bibirnya tanda tak puas hati.

Papa selalu macam tu!

"No, sayang. Papa kerja untuk Ayla jugak. Apa kata, Ayla pergi jalan-jalan dengan paksu? Next week, papa bawak Ayla pergi bercuti." Tuan Ayzen mati kutu. Dia cuba mencari cara untuk memujuk Ayla.

"Dengan paksu? Nak-nak! Papa call la paksu sekarang!" Mukanya dari masam terus bertukar ceria. Suka betul dengan paksu dia!

"Wait.."

Tuan Ayzen pantas mencapai telefonnya dan nombor Aariz didail. Dengan sekali deringan, panggilan terus berjawab.

"Assalamualaikum, Aariz. Kau datang rumah aku sekarang. Urgent!"

Belum sempat Aariz menjawab, Tuan Ayzen terus mematikan panggilan. Tak beri peluang langsung untuk adiknya berkata-kata.

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ

Kedengaran bunyi loceng rumah ditekan berkali-kali. Memang nak suruh cabut agaknya butang loceng tu.

"Filea, tolong buka pintu pagar." Arah Tuan Ayzen.

"Baik, tuan!"

Aku meluru laju ke pintu rumah. Aku tekan butang khas untuk membuka pagar utama. Tombol pintu dicapai lalu pintu dibuka. Sebaik sahaja pintu dibuka, terpampang jelas wajah Encik Aariz di hadapanku.

"Oh, hi Filea! Tak sangka kita jumpa lagi."

"Err, hi Encik Aariz." Perlahan saja suaraku membalas.

"Tak perlu panggil saya encik. Ke awak nak saya panggil awak Cik jugak? Cik Filea?"

"Eh, tak. Panggil Filea je."

"Then, panggil saya Aariz. Buang encik tu. Tak sedap."

"Baiklah, enci... I mean, Aariz." Aku hanya tayang sengih.

"Anyway, Filea..."

Kaca mata hitam milik Aariz diturunkan sedikit ke pangkal hidungnya untuk melihat wajah Filea dengan lebih jelas.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now