"Kakak!" Aku tersenyum lebar mendengar suara si kecil memanggilku. Seraya itu, Ayla berlari kearahku sebelum kakiku dipeluk erat. Senyuman automatik terukir di bibir.
"Ayla, best tak school?"
Rambut Ayla aku elus perlahan. Rambutnya sudah pun terlerai dari ikatan pagi tadi. Nampak gayanya suka sangat la tu main di sekolah sampai getah rambut pun sudah hilang entah kemana.
"Best! Tapi mesti lagi best kalau kakak ada." Ayla dongakkan kepalanya. Riak mukanya seakan-akan berubah menjadi sedih. Kemain dia ni!
"Kan Ayla boleh jumpa dengan kakak setiap kali balik dari school?" Aku cuba memujuknya. Risau pula kalau Ayla tak mahu pergi sekolah semata-mata sebab aku.
"Tapi... Ayla nak jumpa kakak selalu." Bibirnya sengaja dimuncungkan. Ya Allah, comelnya budak ni! Aku cubit pipinya perlahan.
Rasa nak culik Ayla letak dalam poket. Kalaulah aku ada poket Doraemon, dah lama aku buat.
"Ayla, why don't you go upstairs? Go wash yourself first." Tuan Ayzen berjalan kearah kami setelah pintu rumah dikunci olehnya.
Nampaknya, tugas aku hanya menghantar Ayla ke sekolah. Bab ambil Ayla dari sekolah tu tugas Tuan Ayzen. Jadi, aku tak perlu bersusah payah ambil Ayla petang-petang begini.
"Nak kakak teman." Ayla berlari pula kearah papanya.
"Ayla kan dah besar. Janganla susahkan kakak." Tuan Ayzen mendukung Ayla.
"Eh, takpe tuan. Tak susahkan saya pun."
Yela bukan susah pun. Aku suka kot jaga budak-budak! Tapi kalau yang nakal tu memang tak la. Aku baling je masuk longkang belakang rumah.
"Dalam scope kerja, kau patut buat apa sekarang? Tolong maksu masak kan?"
Matanya tajam menikam wajahku. Suaranya beku sahaja. Tak adil betul. Cakap dengan aku je auto beku.
Aku sumpah dia jadi beruang kutub betul-betul, baru tau! Lepas ni, bagi makan ikan je. Senang sikit nak jaga.
"Yer, tuan." Balasku perlahan. Dalam hati tak henti-henti lagi kutuk mamat tu.
"Dah, pergi tolong maksu. Ayla biar aku yang uruskan."
"Papa..." Meleret suara Ayla memanggil Tuan Ayzen.
"Yes, princess?"
"Ayla nak tidur dengan kakak boleh?" Matanya dikedipkan beberapa kali kearah Tuan Ayzen.
"Ayla... Papa cakap apa? Jangan disturb kakak kan? Kesian kakak, seharian penat buat kerja rumah." Pelipisnya diurut perlahan. Macam-macam betul kerenah Ayla harini.
"Alaa, papa. One night only? Esok kan cuti!" Jari telunjuknya diangkat menunjukkan satu kearah papanya.
"Ayla good girl kan? Bagilah kakak rehat malam ni." Tuan Ayzen berusaha memujuk Ayla. Kepalanya diusap lembut.
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romance"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-