"Aku terima nikahnya Filea Az-Zahra binti Mohd Razman dengan mas kahwinnya berjumlah 50,000 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
Serentak itu, aku sah bergelar isteri kepada Tuan Ayzen. Air mataku jatuh mendengar lafaz qabul yang diucapkan olehnya. Aku tak mahu bergelar isterinya.
Aku benci!
Wajah ditundukkan ke bawah, cuba menahan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Perasaan aku bercampur baur. Marah. Geram. Sedih. Semua bersatu.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku bangun dan tinggalkan majlis ni. Aku tak mahu lama-lama disini.
Aku tak nak tengok muka Tuan Ayzen!
Aku dapat rasakan kehadiran seseorang di hadapanku. Tak perlu tengok pun aku dah tau siapa. Tuan Ayzen duduk melutut bertentangan denganku. Dia merapatkan lututku dengan lututnya.
"Filea, sayang. Please don't cry..." Pintanya lembut.
Ibu jarinya naik mengelap air mataku. Namun, aku tepis. Aku tak suka sentuhannya. Aku benci!
"Jangan sentuh saya." Suaraku bergetar menahan geram.
Dia merapatkan tubuhnya kearahku.
"Filea... I'm sorry, this happened because of me."
Bibirnya dilabuhkan ke dahiku, dikucupnya lembut. Aku cuba menolak tubuhnya. Namun, Tuan Ayzen keraskan badannya.
Sebelah tangannya memaut belakang kepalaku, membuatkan ciumannya di dahiku makin lama. Jantung aku mula berdegup tidak tentu arah. Dahi aku terasa hangat dengan ciumannya.
Tipulah kalau aku kata aku tidak rasa apa-apa.
"Let me love you for the sake of Allah, Filea." Katanya sebelum melepaskan bibirnya dari dahiku. Tuan Ayzen memandangku redup. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Entah kenapa aku rasa sebak.
Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku tak sanggup untuk bertentang mata dengannya. Aku takut aku tewas dengan perasaan sendiri.
Aku tak cintakan dia! Aku benci dia! Berkali-kali aku ingatkan dalam diri sendiri.
Tanpa menunggu lama, aku bangun dari duduk, melangkah ke bilik. Sempat aku berpapasan dengan maksu. Maksu hanya tersenyum nipis kearahku.
Pintu bilik ditutup kasar.
Nasib baik majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga Tuan Ayzen, tok kadi, papa dan beberapa orang saksi saja.
Aku pun tak tahu macam mana Tuan Ayzen kenal papa. Apatah lagi, berjaya mendapatkan persetujuan daripada papa untuk mengahwiniku. Aku ni kan dah dibuang keluarga. Hairan la juga.
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romance"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-