Selesai sahaja solat Isyak berimamkan Ayzen, kami terus turun bawah ke dapur. Bak kata Ayzen, dia mahu masakkan untuk aku.
Aku pun apa lagi? Awal-awal sudah mengambil tempat di meja makan.
Aku menopang dagu, merenung muka kacak Ayzen. Tenang sungguh raut wajahnya.
"Sayang nak makan apa malam ni?"
Lamunan aku terus terhenti.
"Hm... Kalau abang?"
"Abang tak kisah. Semua benda abang makan. Makan Fil-
Mata aku terbuntang luas. Sebelum dia makin merapu, baik aku berhentikan dia.
"Cukup!"
Sepantas kilat aku tutup mulutnya dengan sebelah tanganku.
Tawa kecil meletus daripada mulutnya. Ayzen mengalihkan tanganku daripada menutupi mulutnya sebelum dibawa ke bibirnya. Lantas, tanganku dicium perlahan.
"A.. apa abang ni?!"
Cepat-cepat aku tarik tangan aku semula. Pipi sudah mula membahang. Ayzen pula hanya gelakkan aku. Ish, suka betul buat detak jantung aku tak keruan!
"Abang masak spaghetti la malam ni, boleh?"
"Filea okay je."
Ayzen mengambil apron lalu menyarungkan ke badannya. Tangannya cuba menggapai mencari tali apron untuk mengikat talinya.
"Sayang..." Meleret nada suaranya memanggilku.
"Hm?"
Aku mengangkat kepala memandang wajahnya.
"Tolong ikatkan apron ni."
Aku bangun daripada kerusi, melangkah ke arahnya. Kedua tali apron dicapai sebelum diikatkan di belakang tubuhnya.
"Done!"
"Thank you, sayang." Kepalaku diusap lembut olehnya.
Tanpa melengahkan masa, Ayzen mengeluarkan semua bahan dan meletakkannya di atas meja dapur. Kuali turut diambil daripada dalam laci dapur.
Ayzen mula menyediakan bahan-bahan untuk dipotong. Sebiji bawang besar Holland dan lima ulas bawang putih dikupas sebelum dicincang halus. Cendawan dan sosej turut dipotong kecil.
"Abang, ada apa yang saya boleh tolong?"
Rasa bersalah pula kalau tidak membantunya. Takkanlah nak duduk tengok dia je kan? Aku berdiri di sebelahnya. Senang sikit kalau nak tolong.
Tanpa berkata apa-apa, tubuhku diangkat oleh Ayzen lalu diletakkan di atas island table.
"Just sit still and look pretty for me, okay?"
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
عاطفية"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-