Bangun sahaja dari tidur, aku rasa basah. Tak selesa.
Wait, aku bocor ke? Sah, aku bocor!
Cepat-cepat aku bangkit. Bimbang makin merebak pula darah period di atas katil. Disebabkan pergerakan aku, tak semena-mena Ayzen turut tersedar dari lena.
Dia memandangku penuh hairan.
"Sayang, kenapa ni?"
Ayzen bangun dari baring. Dia bersandar pada birai katil. Skrin telefon pintar yang menyala dikerling sekilas. Baru jam 3 pagi.
"Err-"
Aduh, dah lah atas kain pelikat dia pulak tu! Macam mana ni?
"Filea bocor ke hm?" Perlahan saja suaranya.
Aku mengangguk perlahan.
"Let me help you."
Rambutnya yang terjuntai ke dahi, diraup ke belakang. Ayzen berura-ura ingin bangkit dari katil. Belum sempat dia bangun, aku pantas berlari ke arahnya. Tubuhnya ditahan.
"Eh, abang tidur je. Saya boleh buat sendiri. Bukannya saya tak biasa. Maaf, ganggu abang tidur pulak."
Kedua-dua belah tanganku menolak perlahan tubuhnya supaya dia berbaring semula. Aku tak nak la susahkan dia pagi-pagi buta ni.
"Sayang..."
Bahuku dipegang kemas olehnya menyebabkan pergerakanku terhenti. Perlahan, Ayzen bangun dari katil lalu menuju ke tempat tidurku.
"No, no, no. Jangan tengok."
Malu!
Aku berlari untuk menghalangnya daripada melihat darah period yang telah mengotorkan katil. Aku depakan tangan untuk menghalangnya.
Namun, lain pula yang dibuat oleh Ayzen. Dia bertindak menarik rapat tubuhku ke dalam rangkulannya.
"A-abang!"
"Yes, love?"
"Saya kotor la sekarang. Lepas!"
Aku dahla tengah bocor. Boleh pulak dia peluk-peluk aku! Aku cuba untuk melepaskan diri daripada dakapannya.
"Shh... Biar abang tolong cuci sekali. Filea kan tanggungjawab abang." Ubun-ubunku dikucup lembut sebelum tubuhku dilepaskan.
"Filea pergi bersihkan diri dulu. Biar abang settle kan yang ni."
Ayzen mengambil kain pelikatnya yang sudah dipenuhi dengan darah period aku.
"Abang! Jangan sentuh. Nanti saya cuci." Aku rampas kain pelikat itu daripada pegangannya. Aku letakkan semula di atas katil.
Aduh, mana aku nak letak muka aku!
"Filea, pergi mandi."
"Janji jangan sentuh kain tu dulu, baru saya pergi mandi."
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
عاطفية"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-