𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟎𝟔

13.2K 583 94
                                    

Sepanjang perjalanan, aku membuang pandang ke luar tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang perjalanan, aku membuang pandang ke luar tingkap. Hanya suara Ayla dan Aariz sahaja yang menghidupkan suasana di dalam kereta. Kalau tidak ada mereka, maka sunyi sepi lah sepanjang perjalanan.

Mata dikerling sekilas kearah Tuan Ayzen yang berada di sebelahku. Kedudukan kami tidaklah begitu rapat. Masih ada ruang di antara aku dengannya.

Lelaki itu sibuk dengan telefonnya. Mata tidak lepas dari menatap telefon pintar di tangan.

Apa entah yang sibuk sangat tu? Kerja agaknya.

Aku menguap perlahan. Tangan mengatup mulut.

Aku mana boleh lama-lama dalam kereta ni. Mata cepat je nak tertutup. Tapi mengenangkan Tuan Ayzen di sebelah, memang tak lah aku nak tidur.

Aku menggeleng perlahan untuk hilangkan rasa ngantuk yang makin menguasai diri. Jam di tangan dikerling. 11:30 tengah hari. Hampir 1 jam juga. Yela, cuti kan. Agak sesak la jalan.

"Riz, lama lagi ke nak sampai?"

Suara Tuan Ayzen menampar gegendang telinga.

"Tak lama dah."

Aku sandarkan kepala pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Wajah masih lagi menghadap ke luar tingkap.

Mata kututup perlahan.

Tak lama lepas itu, aku tertidur. Entah bagaimana kepalaku mendarat di atas bahu Tuan Ayzen tanpa sedar.

Hm...

Selesanya.

"Ehem!"

Deheman Tuan Ayzen membuatkan aku terkejut. Serta-merta mataku terbuka luas. Rasa kantuk terus hilang.

Ya Allah, aku tertidur atas bahu dia ke? Patutlah kemain rasa selesa.

Astaghfirullah, Filea. Malunya!

Nasib baik aku tak tinggalkan sebarang peta. Kalau tak, mana aku nak sorok muka aku yang tak berapa nak lawa ni? Bawah kerusi? Tu pun entah muat ke tidak.

"Ma... maaf tuan."

"For what?"

Tiba-tiba, Tuan Ayzen mendekatkan wajahnya kearahku. Apa yang dia cuba lakukan ni? Kerja gila!

Aku menjarakkan diriku daripadanya sehinggakan belakang tubuhku berlanggar dengan pintu kereta.

Tiada ruang lagi.

Dia pula, makin lama makin mendekat. Sebelah tangannya diletakkan pada handle pintu kereta. Matanya menatap tepat ke dalam mataku. Tajam.

Renungannya membuatkan hatiku tidak tentu arah. Liur ditelan perlahan.

Perasaan ini. Aneh.

Strange. But it's fine.

Wajahnya didekatkan pada sisi wajahku.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now