𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟒

12.4K 507 61
                                    

Peluh di dahi aku kesat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peluh di dahi aku kesat. Lenguh kaki aku beratur lama-lama, menunggu giliran untuk menaiki Langkawi Skybridge Cable Car.

Ramai betul harini. Weekend la katakan. Hampir 1 jam juga la aku berdiri.

Tidak beberapa lama kemudian, giliran kami sudah makin dekat. Jantung aku mula berdegup kencang. Nervous.

Aku dah la tak boleh dengan tempat tinggi-tinggi ni. Gayat. Auto rasa pening, nak muntah.

Ayla yang beratur di hadapanku, terkinja-kinja melompat, tidak sabar. Mummy dan daddy hanya melayan sahaja perangai Ayla. Teruja betul budak kecik tu!

Sedang aku sibuk menenangkan diri sendiri, tiba-tiba Aariz menegurku.

"Filea, nanti naik dengan saya tau."

Aariz tersengih-sengih memandang aku. Dia fikir ni iklan Sensodyne ke nak tunjuk-tunjuk gigi?

"Err.."

Kalau boleh, aku tak nak naik dengan siapa-siapa. Aku tak nak naik pun! TAK NAK!

"Filea dengan aku." Tuan Ayzen pula berkata.

"Mana boleh, Zen. Bagi la chance dekat aku pulak nak date dengan Filea."

"No. She's mine."

Berkerut dahi aku memandang mereka berdua. Dua-dua tak nak kalah. Tuan Ayzen pun sama naik. Sedap hati je buat aku hak milik dia!

"No, Filea kena...

"Sudah! Saya tak nak naik!" Belum sempat Aariz habis berkata-kata, aku terlebih dahulu memotongnya.

Perbalahan mereka terus terhenti. Dua pasang mata memandang kearah ku dengan penuh tanda tanya.

Apa? Salah ke kalau aku tak nak naik?

"Alaaa, Filea. Saya minta maaf kalau dah buat awak stres dengan kitaorang berdua. Tapi, tolonglah naik. Sekali je. Pleaseee..."

"Pleaseeeeeee....." Panjang harakatnya.

Bersungguh-sungguh Aariz cuba memujukku. Dia memandangku seolah-olah berharap aku akan berkata ya.

Aku ketap bibir perlahan. Rasa sebersalah pula. Dahla pagi tadi, aku pun diantara orang yang teruja juga nak naik cable car. Tapi, tak tahu la pulak tinggi ni. Kalau aku tahu, aku tak nak ikut.

"It's okay. Kalau kau rasa tak nak naik, tak apa. Jangan paksa diri. Aku teman kau dekat bawah." Kata Tuan Ayzen pula.

Aku menghela nafas berat.

"Takpelah, saya naik."

Wajah Aariz terus berubah riak. Daripada muram terus bertukar teruja.

"Seriously, Filea?! Ni saya makin sayang ni. Peluk cikit." Aariz mendepakan tangannya kearahku.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now