Tiba sahaja di office, team aku perlu berkumpul di dalam bilik mesyuarat. Bak kata Hariz, ada projek baru masuk.
Belum sempat duduk lagi, aku sudah dikerah pergi ke bilik mesyuarat. Sekurang-sekurangnya, bagi lah aku duduk dulu. Nak letak barang pun tak sempat!
"Eh, tunggu apa lagi. Jom, semua! Karang bos besar mengamuk pulak kalau lambat. Come on, guys! Faster, faster!" Hariz mengetuk meja sorang-sorang.
Aduh! Pagi-pagi lagi si Hariz ni dah bising. Bingit telinga aku. Dia fikir dia siapa? Warden asrama ke? Semua benda nak diketuknya.
Tanpa melengahkan masa, aku mengajak Naura ke bilik mesyuarat. Aku membawa sebuah buku nota dan pen. Mana lah tahu, nanti nak catat apa-apa kan? Walaupun aku tak rasa aku akan catat.
Kaki diatur menuju ke ruangan bilik mesyuarat. Emir, Hariz dan Qhalish sudah mengambil tempat masing-masing. Aku duduk di antara Hariz dan Naura.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik mesyuarat terbuka. Muncul wajah Ayzen dan juga seorang lelaki yang aku tidak kenal.
Berkerut dahi aku memandangnya. Siapa pula ni?
Nak kata ada rupa tu, ada la jugak.
"Assalamualaikum, everyone. My name is Tengku Darrel Asytar. For your information, Rizen Holdings will collaborate with DZ Construction for the forthcoming project." Ucap lelaki yang berdiri bersebelahan Ayzen.
"Please have a seat, Tengku." Ayzen menunjukkan kerusi kosong yang berhadapan denganku.
Aku bertentang mata dengan Tengku Darrel. Kami berbalas senyuman.
"Alright. First of all, saya akan terangkan dulu projek yang akan dijalankan." Ayzen mula bersuara.
Aku keluarkan buku nota dan pen. Asal cukup syarat je.
"Kita akan menjalankan kerjasama dengan syarikat DZ Construction untuk merealisasikan projek pembangunan pelancongan diantara negara Malaysia dan Singapore. Saya nak team kita bina dua buah model sebelum saya proceed untuk model yang sebenar."
Panjang lebar Ayzen terangkan. Aku hanya mengangguk. Padahal otak ke lain. Tangan sibuk melukis muka Ayzen sedang marah dalam buku nota sendiri.
"Cik Filea, nampak macam faham sangat tu. Saya nak awak buat satu model untuk projek ni. Pastikan lusa saya nak tengok dah siap."
Terbeliak biji mata aku.
Gila!
"Huh?"
"Awak faham tak, Cik Filea?" Ayzen mengangkat sebelah keningnya.
Sah, dia saja nak kenakan aku.
Gila ke nak suruh siapkan satu model dalam 2 hari je?!
Semua mata memandangku. Aku menjeling Hariz dan Qhalish sekilas. Aku berharap sangat dia orang akan tolong aku, namun sangkaan aku meleset sama sekali.
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Roman d'amour"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-