Keluar sahaja dari Aquaria KLCC, aku meminta izin daripada Tuan Ayzen untuk membawa Ayla bersamaku ke kedai buku Kinokuniya. Dah lama aku teringin nak pergi.
Nak jumpa dengan suami-suami fictional aku. Siapa je yang tak nak jumpa abe Dheo, abe Hilman? Mestilah, nak!
"Ayla, ikut kakak tau! Jangan pergi tempat lain." Sempat aku beri pesanan ringkas padanya. Risau pula kalau Ayla hilang. Dah la boleh tahan besar juga dalam ni.
Sebaik sahaja tiba di hadapan Kinokuniya Bookstore, aku terus berlari mencari buku yang dah lama berada dalam wishlist.
Aku meliarkan mata di setiap rak. Bagaikan helang, akhirnya jumpa pun buku yang aku nak. Hanya tinggal beberapa buah sahaja. Aku berjalan kearah rak yang menempatkan novel-novel Melayu.
Tanpa membuang masa, tangan digapai untuk mengambil novel 'KAF'. Lama dah novel ni masuk dalam wishlist aku. Akhirnya, dapat juga peluk!
Abang Kaf tunggu saya tau! Nanti balik, saya unboxing.
Nakal kau, Filea!
Eh? Baru aku teringat. Ayla!
Mataku diliarkan ke sekeliling. Tiada. Jantung bagaikan terhenti. Ya Allah, mana Ayla?
Novel Kaf di tangan ku letakkan semula di rak. Ayla lagi penting buat masa sekarang. Maaf, Kaf.
"Aylaaa! Ayla kat mana, sayang?!"
Aku berlari kearah celah-celah rak buku cuba mencari keberadaaan Ayla. Peluh sejuk mula merenek membasahi dahi. Hati tak payah kata la, rasa nak melompat keluar dari badan.
"Ayla, sayang! Where are you?!"
Aku menjerit sekuat hati. Lantaklah apa orang fikir pun. Yang penting, Ayla selamat. Aku berlari mencarinya di satu-satu rak.
Pengunjung-pengunjung lain mula memandangku hairan.
Ya Allah, tolonglah permudahkan segalanya.
"Kakak!"
Kedengaran satu suara kecil memanggilku dari arah belakang. Aku kenal suara ni!
Ayla!
Laju aku pusingkan tubuh menghadap ke belakang. Ayla berada di dalam dukungan seorang lelaki. Terus aku angkat wajahku memandangnya.
Isyraf Rizqi. Sepupu aku. Satu-satunya lelaki dari keluargaku yang layan aku baik.
Nafas dihela lega.
"Ayla, sayang. Kan kakak dah cakap ikut je mana-mana kakak pergi! Kenapa Ayla tak dengar?!" Tanpa sedar, aku tertinggikan suara pada Ayla.
Isyraf merendahkan badannya agar Ayla dapat turun dari dukungannya. Tubuh kecil Ayla berlari mendapatkanku.
Tanpa sepatah kata, aku merendahkan badan lalu memeluk tubuh Ayla yang sedang menangis di hadapanku.
"Ayla, sayang. Maafkan kakak sebab tinggikan suara. Kakak tak marah Ayla pun. Kakak cuma risau, takut Ayla hilang."
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romantik"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-