𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟎𝟐

16.1K 688 151
                                    

Belum subuh lagi aku dah bangun pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum subuh lagi aku dah bangun pagi. Bukan sebab tak sabar, tapi sebab aku tak boleh tidur malam semalam. Otak aku serabut dengan semua yang baru sahaja terjadi.

Tak nak kusutkan lagi kepala, aku segera bangun ke tandas untuk mengambil wudhu' lalu menunaikan solat subuh. Usai solat subuh, aku mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aku keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur setelah selesai bersiap. Disebabkan bilik aku terletak di tingkat 1, agak dekat la dengan dapur. Tak perlu susah payah naik turun tangga.

Setibanya di dapur, aku terdengar bunyi kuali berlaga dengan sudip. Meriah betul. Siapa lagi yang ada selain aku di rumah ni? Jangan kata yang rumah ni berhantu. Yela, rumah besar tapi penghuni sikit je.

Laju aku menggeleng kepala mengusir bayangan pelik-pelik.

Aku menjengukkan kepala sedikit untuk melihat siapa. Aku sudah bersiap sedia untuk mengangkat kaki jikalau betul itu bukan manusia.

"Eh, Cik Filea. Awalnya bangun!" Seorang wanita separuh baya menegurku.

Ya Allah! Aku mengurut dada. Terkejut tiba-tiba ada suara yang menegurku.

Eh, sekejap. Mana dia tahu nama aku? Tuan Ayzen bagitahu kot.

"Err..." Lidahku kelu.

"Panggil maksu je. Maksu dah lama berkhidmat dengan Tuan Ayzen. Hampir 15 tahun dah. Cik Filea jangan segan-segan. Kalau ada soalan, tanya je maksu." Wanita itu menghadiahkan senyuman kepadaku sebelum menyambung memasak.

"Maksu masak apa tu?"

Aku sekadar berbasa-basi untuk menghilangkan kejanggalan. Mana reti sangat nak bersembang dengan orang. Maklumlah, introvert.

"Takde apa-apa pun, nasi goreng je."

Aku bergerak mendekatinya. Aku hanya perhatikan sahaja maksu masak. Niat di hati mahu tolong tapi takut hasilnya lain pula nanti. Tak pasal-pasal rentung pula dapur ni. Belum dapat gaji, dah kena bayar ganti rugi.

"Err, maksu. Ada apa yang boleh saya tolong?" Takkanlah aku nak duduk tercegat je tak buat apa-apa. Macam tak elok la pulak.

"Cik Filea duduk je situ. Susah-susah je. Lagipun, maksu dah siap masak ni." Serentak itu, api dapur ditutup.

"Eh, janganlah panggil saya cik. Panggil Filea je."

"Okaylah kalau macam tu. Filea, boleh tak tolong ambilkan pinggan dalam almari atas tu? Maksu nak pergi cuci baju sekejap. Nanti Filea letak je atas meja makan. Kalau nak hidangkan terus pun takpe." Jarinya ditunjukkan kearah almari putih yang berada di tepi peti. Agak tinggi juga.

"Boleh. Takpe, maksu. Serahkan je dekat saya." Aku tersenyum nipis.

Maksu terus melangkah keluar dari dapur meninggalkanku seorang diri.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now