𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟔

12.7K 530 75
                                    

Aku buka mata perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku buka mata perlahan-lahan. Aduh, kepala aku rasa berat!

Apa yang dah jadi? Aku cuba mengingat kembali apa yang telah terjadi malam semalam. Kalau ikutkan, aku keluar makan dengan Isyraf. Lepas tu, tiba-tiba badan aku rasa panas dalam perjalanan pulang ke hotel. Isyraf tolong bawa aku masuk ke dalam bilik. Then, aku... peluk leher dia-

Jap! Peluk?!

Aku terus terduduk daripada baring. Badanku mula menggigil tatkala teringat semula kejadian yang berlaku semalam. Aku ada buat benda tak senonoh ke? Aku tak ingat langsung apa yang jadi setelah Isyraf bawa aku masuk ke dalam bilik.

Astaghfirullah...

Telingaku menangkap bunyi air shower terbuka di dalam bilik air. Ada orang lain selain aku ke? Isyraf? Aku menggeleng kepala laju.

Tak mungkin lah...

Dalam samar cahaya, aku melihat tubuhku yang masih dilitupi selimut. Alhamdulillah, baju masih elok terletak. Tapi....

Ni baju siapa? Kemeja siapa yang aku pakai ni?

Mana tudung aku? Aku meraba-raba kepala sendiri. Rambut aku bebas tidak terikat tanpa tudung. Kelam kabut aku menutup kepalaku dengan selimut.

Bunyi pintu bilik air yang tiba-tiba terbuka membuatkan pergerakanku terhenti.

"Filea, are you awake?"

Aku palingkan wajah kearah gerangan yang menegurku itu. Aku cam suaranya. Mataku terbuntang luas sebaik melihat wajahnya terpampang jelas di kornea mata.

Tuan Ayzen?

Jantung aku seperti direntap melihat dia berdiri di hadapanku. Sakit.

Kenapa dia ada dalam bilik aku? Macam mana dia masuk? Dia ada buat benda tak senonoh ke dekat aku? Terlalu banyak soalan yang terlintas dalam fikiran. Kepala aku rasa sakit.

"T... Tuan?"

Tuan Ayzen melangkah merapati aku. Tubuhnya hanya dibaluti dengan sehelai tuala sahaja yang tersemat rapi menutupi pusat hingga lututnya. Manik-manik air jatuh membasahi tubuhnya.

Aku mula rasa takut. Takut dengan segala tanggapan yang bermain di minda. Takut dengan Tuan Ayzen.

"I'm worry about you Filea." Dia duduk di bibir katil.

Jantung aku mula berubah rentak. Aku mengesotkan badan ke belakang menjarakkan tubuhku dengannya. Aku takut dengan kehadiran dirinya.

"Ma... Macam mana tuan boleh ada dekat sini?"

Tuan Ayzen hanya diam sahaja.

"A... Apa yang tuan dah buat dekat saya? Ni baju siapa yang saya pakai?"

"I'm sorry, Filea..."

Dia berhenti sekejap.

"I already said that I will do everything to make you mine. And yes. Those clothes are mine. Aku takut kau jatuh sakit sebab sejuk semalam."

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now