𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟕

13.3K 563 60
                                    

Aku tak dapat tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tak dapat tidur. Kepala aku rasa serabut sangat. Dalam fikiranku hanya ada satu. Aku nekad nak larikan diri!

Tepat pukul 4 pagi, aku keluar dari bilik dengan membawa semua baranganku. Telefon yang sudah retak pun aku bawa sekali. Pandai-pandailah, aku hidup nanti.

Dengan perlahan-lahan, aku keluar dari bilik. Bimbang Tuan Ayzen akan sedar yang aku menghilang.

Sejak semalam, aku sudah buat perkiraan. Aku perlu keluar jam 4 pagi. Aku berani kerat jari yang mereka semua masih belum tersedar dari lena lagi. Inilah masa yang sesuai untuk aku larikan diri tanpa sesiapa perasan.

Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, aku bergegas menarik bagasi keluar bilik sebelum menuju ke lif. Aku meliarkan mata ke sekeliling, bimbang jika ada orang yang ternampak aku.

Line clear!

Aku meluru masuk ke dalam perut lif sebaik pintu lif terbuka. Butang level G ditekan berkali-kali dengan harapan akan lebih cepat tiba.

Hati aku rasa tak tenang. Namun, aku abaikan sahaja. Yang penting aku dapat larikan diri daripada perkahwinan ini.

Ting! Pintu lif terbuka di level G.

Pantas kaki aku melangkah keluar dari lif. Aku menuju ke kaunter untuk menyerahkan card bilik. Tentang bayaran, semuanya sudah diselesaikan oleh Tuan Ayzen. Jadi, aku tak perlu risau.

"Hati-hati, cik." Sempat penjaga kaunter itu memberi pesanan ringkas kepada aku. Aku hanya mengangguk kecil sebelum keluar dari lobi hotel.

Tanpa arah tuju, kakiku melangkah. Entah kemana, aku ikutkan sahaja. Kemana harusku pergi saat ini? Aku tak mampu berfikir apa-apa. Otakku kosong.

Aku tak sangka aku buat kerja gila ni!

Telefon pun sudah retak. Aku hanya mampu berharap yang baik-baik sahaja buat masa sekarang ni.

Terasa bagaikan aku sudah berjalan dalam jangka waktu yang teramat panjang. Jam tangan dikerling sekilas. 4:45 pagi. Nasib baik juga lah aku masih ada jam tangan. Kalau tidak, sekarang pukul berapa pun aku tak tahu.

Kaki aku mula rasa kebas. Hampir sejam juga aku berjalan. Tipu la kalau tak lenguh.

Mataku tertancap pada sebuah perhentian bas yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri. Alang-alang boleh la aku rehat sekejap.

Belum sempat aku melangkah menuju ke perhentian bas, tanganku direntap dari arah belakang. Hampir sahaja aku jatuh tersungkur.

Mataku kini tertumpu pada susuk tubuh seorang lelaki yang aku tidak kenal. Tatkala aku mengangkat wajah, sengihannya melebar. Jantungku mula tidak tentu arah. Jujur aku takut.

"Hey, apa kau buat dekat sini pagi-pagi buta? Nak aku temankan~?"

Bau sesuatu yang kuat menusuk tajam masuk ke dalam hidung. Busuk. Alkohol ke?

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now